7THP 18

9 1 0
                                    

Raja Elderick merenung tajam Puteri Carlesha yang meminum tehnya dengan santai dan tenang. Tidak dipedulikan tatapan terarah kepadanya. Bonda dan Ayahandanya?

"Kenapa dengan rambutmu Carlesha?" Pemaisuri Lysandra menyoal ingin tahu.

Carlesha berhenti menyuap donut memasuki mulutnya. Senyuman kecil dibentuk.

"Bagaimana, cantik tidak? Apakah aku harus mengembalikan warna hitamnya?" Kasar sahaja perkataannya, tapi lembut bertanya.

Pemaisuri Lysandra tercengang dengan kata ganti nama Carlesha.

"Bahaya menggunakan sihir ilusi Carlesha, para pembesar bangsawan akan mengkritik. Pulang kembali ke istanamu." Raja Elderick ingin bergerak pergi. Geram dengan tingkah puterinya itu. Si pembuat masalah.

"Ayahanda yakin aku menggunakan sihir ilusi?" Carlesha mematikan senyumannya. Kini, hanya wajah kosong tanpa riak. Donut kembali dimakan. Sayang dia melepaskan makanan manis tersebut. Di istananya tidak ada makanan tersebut.

Elderick berhenti melangkah. Dia menoleh kembali melihat Puterinya.

Tapak tangannya dihala pada Carlesha.

Sinar merah terus diserang Carlesha. Sihir pemusnah ilusi.

Kesannya, rambut perang Carlesha tetap utuh dan cantik. Pemaisuri Lysandra terbutang besar dan Raja Elderick ikut terkedu.

"Stupid, you fight magic with magic. That why it destroy. But you can't fight science with me."  Carlesha menggumam dalam bahasanya, sapu tangan mengelap tepi bibirnya. Dia selesai makan. Tenang dan sopan bangkit dari meja jamuan kecil itu.

"Aku sendiri akan memilih dayangku. Ambil semula pembunuh upahan yang bonda dan ayahanda tempatkan di istanaku. Jangan sampai aku sendiri membunuhnya." Ugut Carlesha dingin.

"Aku pergi dulu."

.
.
.
.

Carlesha pergi ke perpustakaan, jika di istananya. Dia hanya diberikan buku cerita dongeng. Disini, dia ingin dapatkan maklumat.

Ingatan berupa kenangan pemilik tubuh lansung tidak ada maklumat tentang Kerajaannya serta sejarah.

Sudahlah bodoh, bangang pula tu. Pemilik tubuh asli sememangnya orang yang tidak berguna.

"Lihat, siapa disini. Rupanya Puteri terbuang. Wah, lihatlah rambutnya! Dasar pengguna sihir ilusi."

Satu suara menjengah ke lubang telinga. Carlesha tidak peduli. Tujuannya mencari peta dunia jika ada.

"Kau pekak huh?"

Terdengar lagu satu suara kasar menjengah.

"Buat apa dia disini? Huh, itu Sihir ilusi?"

Carlesha menoleh. Ada empat individu berambut perang. Setahunya, mereka ini anak-anak tiri dari gundik.

"Apakah aku menganggu engkau semua?" Soal Carlesha dingin.

"Dasar tidak sedar diri. Engkau itu aib kerajaan! Duduk saja di istana terbiar!" Ucap satu puteri yang kecil. Berlagak. Tak padan dengan umur.

"Sudahlah menggunakan sihir ilusi. Dasar anak iblis." Ucap kembarnya pula.

Puteri Elera dan Eveline. Anak dari gundik ketiga. Seorang lagi, gadis yang tampak seusianya. Anak dari gundik kedua, Ophelia.

"Carlesha, perbuatan menggunakan ilusi itu tidak sopan." Ujar abang si kembar. Evander.

"Aku tidak menggunakan ilusi, hancurkan sihirnya jika bisa." Carlesha berucap tenang. Lagaknya yang tidak menunjukkan ekspresi takut dan risau. Malah berbicara santai.

GIVE YOUR STORY A TITLE SUWhere stories live. Discover now