Paginya.
Para pelayan tiada yang berani bertanya dengan kehadiran dua wanita asing dalam kediaman Putera kelapan yang dibawa Putera Elan.
Alex bersarapan penuh pertanyaan. Dilihat Elan makan tanpa banyak bunyi. Sekejap matanya mengerling wanita berdada besar dan cantik disebelah Elan. Sekejap mata emasnya beralih pandang menatap Elan kembali.
"Emm Elan, siapa wanita yang kau bawa ni?"
"Dia hamba aku." Elan balas tanpa pandang Alex yang terkedu.
Suasana sunyi. Elan tak tahu hendak berkelakuan seperti biasa dengan kehadiran wanita asing itu. Hamba? Sejak bila Elan keluar beli hamba?
"Hari ni kau dengan Kenshi akan ke wabah kegelapan bukan?" Elan bersuara.
"Ha ye. Betul tu. Aku ingat hendak menunggu senjata yang kau buat itu, tapi aku ada pedang. Rasanya tiada masalah jika pergi hari ini." Jelas Alex.
"Kau hendak membawa pengawal bersama?" Elan ingin tahu.
"Tidak, aku tidak yakin mereka mampu menahan udara yang diracuni oleh wabah." Jelas Alex buatkan Elan faham. Ya, untuk orang biasa, mungkin akan tidak tahan.
"Jika begitu, hati-hati selama perjalanan."
Alex tersenyum lebar, untuk pertama kalinya Elan merisaukannya.
"Ya."
.
.
.Elan menatap cermin muka di hadapannya, wajahnya bertukar ke wajah Kenshi.
"Kau sembunyikan tanduk kau dengan baik." Puji Elan sambil memandang Merisa yang berdiri tegak di belakang. Baju maid dipakainya agak ketat namun nampak seksi. Dada besar dan pinggul lebar pasti menaikkan nafsu lelaki lain yang memandang.
"Terima kasih tuan."
"Engkau tinggallah disini, terus periksa Melisa seperti biasa."
"Ya, terima kasih tuan."
Elan terus membuka sihir teleportasinya.
.
.
.
Flashback sebelumnya.Elan membaringkan Melisa di katil miliknya, dia akan tidur di tempat lain malam ini. Mujur sahaja di istana milik Alex tidak ramai pengawal lagi. Namun, balik dengan sihir teleportasi jarak jauh betul-betul menguras tenaganya.
Selama ini, dia hanya menggunakan teleportasi jarak dekat. Memandangkan dia harus membawa Melisa dan Merisa bersama, dia terpaksa menggunakan mana berlebihan untuk sampai ke kerajaan Solveathem.
"Kau akan satu bilik dengannya." Ujar Elan sambil menjeling wanita yang sangat cantik di sisi katil Melisa. Tubuh itu, sangatlah menggiurkan sesiapa sahaja yang melihat. Dada besar dan punggung lebar itu bukanlah menunjukkan wanita itu biasa.
"Baik.." Ucapnya perlahan sambil membelai rambut si adik.
"Selain itu, perubahan apa kau tunjukkan padaku saat ini?"
"Perubahan?" Merisa mengangkat pandang. Berkerut tidak faham.
"Bukankah kau tadi berupa anak kecil?"
"Sebenarnya, ini wujud asliku, aku menyembunyikan wujud asliku kerana aku sering didatangi lelaki dan di ajak kahwin tiba-tiba." Ucap Merisa malu-malu sambil menyembunyikan wajahnya yang memerah.
"Kau bukan succubus." Sindir Elan selamba buatkan Merisa yang malu-malu hilang senyumannya. Elan lansung tak tergoda!
"Tapi dari perbezaanku yang ketara, nampaknya tuan lagi ketara. Apakah ini wajah asli tuan?" Merisa tersenyum sinis. Melirik penampilan Elan yang jauh berbeza dari sebelumnya.
YOU ARE READING
GIVE YOUR STORY A TITLE SU
FantasyFantasy | Reincarnation | Kingdom Kisah mengenai Putera Elan Daile Crashel telah mati jiwanya dan digantikan oleh seorang lelaki dari dunia lain. Atas alasan tertentu dia telah menjadi Elan, si putera Ketiga. "Who are you? How did you know Hanfu?" P...