Start the system
Data is updated
The memory of the body owner has been mastered
The soul exchange has been done successfully.
Lelaki yang menghuni jasad Elan, perlahan membuka mata. Ruangan mewah menjadi santapan matanya. Tatapan yang kosong dan dingin itu beriak tidak teruja dengan apa yang berlaku.
Elan bangkit dari baringnya lalu pergi mencari cermin. Setelah mendapat cermin, dia berdiri disana dengan lama. Memerhati lekuk tubuh serta wajah anak berusia 14 tahun itu.
"Dewa gila, apanya cabutan bertuah kematian ke sejuta? Kepala otak dia." Gumam Elan sendiri merenung nasib.
Masih ingat dia, saat dia nyawa-nyawa ikan di tembak mati oleh rakan baiknya sendiri, saat itu datang cahaya berkilau terang menampakkan sesusuk dewa lantas berkata..
"Tahniah! Anda menjadi manusia ke sejuta yang memenangi cabutan bertuah pengulangan kehidupan seterusnya! Anda mahu menerimanya?"
Kerena memikirkan dirinya dikhianati, tanpa fikir panjang dia terus menerimanya tanpa bertanya terlebih dahulu.
Elan duduk di birai katil, dia meraup wajahnya sedikit kesal. Jelaslah dia geram dengan sikap Dewa tersebut yang jelas sedang berseronok. Dia termakan umpan Dewa itu.
Tok tok tok!
Pintu bilik diketuk dari luar, Elan mengangkat pandang. Cuba melupakan masalahnya sebentar tadi.
"Putera Elan, selamat pagi. Putera sudah bangun?"
Terdengar suara wanita disebalik pintu besar tersebut.
"Ya." Jawab Elan dengan tenang meski rautnya masih dingin. Maklumlah, dia tak biasa berwajah manis berdasarkan ingatan Elan sebelumnya.
"Boleh saya masuk."
"Ya."
Apa yang berubah total, hanya sikapnya. Namun ingatan yang didapatkan membantu dirinya saat itu.
"Saya sudah siapkan mandian serta pakaian." Wanita itu masuk, memperlihatkan dirinya selayaknya seorang maid.
"Baik, terima kasih." Balas Elan senada tanpa pandang maid tersebut. Bukan dia sombong, dia dah sememangnya macam tu. Mintak maaflah kali ni dia mulai dingin. Dia bukan Elan sebenar.
"Aku bersarapan dalam bilik jela. Ayahanda belum balik lagi." Elan mengambil kesempatan ke atas ketiadaan raja yang tika ini sedang berpergian di kerajaan lain.
Atas sebab hendak mencari Puteri untuk dipinangkan dengan Putera pertama. Putera pertama telah menjadi Putera mahkota pertama. Pilihan raja seterusnya.
.
.
.Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut wajahnya, rambutnya perang itu membuai mengikut rentak angin. Dia selesa. Elan tertidur di bawah pokok itu dek terlalu tenang dirasakan.
"Lihat, Putera ketiga tertidur. Dia sangat kacak sekali.."
"Ya, dia menikmati tidurnya."
YOU ARE READING
GIVE YOUR STORY A TITLE SU
FantasiFantasy | Reincarnation | Kingdom Kisah mengenai Putera Elan Daile Crashel telah mati jiwanya dan digantikan oleh seorang lelaki dari dunia lain. Atas alasan tertentu dia telah menjadi Elan, si putera Ketiga. "Who are you? How did you know Hanfu?" P...