"Puteri?"
Seorang gadis cantik berseri, menatap dirinya di dalam cermin. Bukan riak sombong terpamer, bukan riak cerianya, bukan juga riaksi yang pantas digelar seorang puteri.
Tapi, wajahnya yang terkejut melihat dirinya di dalam cermin.
'Jadi, ini wajah baru aku?'
Berambut panjang bersurai emas dengan anak mata berwarna laut sangat cantik.
"Aku akan meletakkan engkau di sebuah dunia fantasi, dimana keberadaan sihir dan pedang menjadi asas dalam kehidupanmu wahai manusia."
"Eh? Jadi, ia sebuah kemalangan?"
"Kematian engkau adalah takdir yang ditetapkan, namun kematian engkau juga sudah terkira akan harus terlahir semula."
"Jadi, ini kehidupan kedua aku?"
"Ya, namun ia tidak seindah yang engkau sangka."
Wajah dewa itu dilihat hairan. Apa maksudnya?
"Engkau akan menyedari setelah terlahir kembali."
....
Isabella Reliana Zeland
Seorang Puteri dari 18 adik beradik. Mempunyai si ayah raja kepada Kerajaan Zeland jelas menunjukkan dia berhak mempunyai isteri yang ramai.
Namun kerajaan Zeland itu, hanyalah kerajaan kecil yang hanya bergantung dari hasil laut dan tambang besi. Maka, sangat mudah diincar di kerajaan lain.
Apatah lagi dirinya itu berstatus puteri. Namun, dirinya itu puteri ke-18 memang tidak menonjol kerana dirinya kerap berada di istana bersama bondanya. Tidak mampu menolong banyak.
Tapi, yang tidak masuk akalnya lagi dirinya itu adalah satu-satunya watak sampingan dari novel My love to your heart yang dibacanya sebelum terlanggar oleh sebuah kereta saat duduk di perhentian bas!
Ceritanya berawal dengan kerajaan Zeland yang sangat kuat kerana tenteranya dijaga ketat oleh Putera Jefri, Puteri kelima. Dia sangat tegas dan dingin. Tetapi entah macam mana rahsia teknik dan strategi kententeraman Zeland akhirnya bocor disebabkan gadis bangsawan bernama Dianelly, ayahnya seorang Duke. Mungkin kerana itu, dia mempunyai hak kebebasan setelah menjadi tunang Putera Pertama, Jason dan bebas keluar masuk istana.
Disebabkan sikap abangnya itu mengendahkan Dianelly, kesannya satu kerajaan musnah.
'Dianelly tu psycho ke apa?' Naik bercantum keningnya mengingatkan alur cerita tersebut. Dia sudahlah jarang muncul, hanya muncul saat di majlis majlis tari-menari yang akhirnya awal dan akhir kepada kesemua cerita yang terjadi.
Pertunangan Putera mahkota pertama akan diberitahu saat itu.
Setahunya, abangnya Jason tidak mencintai Dianelly. Tetapi menerima keputusan dari si ayahandanya kerana mencari calon isteri. Duke Daren akhirnya menawarkan Dianelly sebagai calon tersebut.
"Sangat sukar bila tiada yang menolak usulan si raja. Pemaisuri juga tidak berbuat banyak." Isabella tarik nafas.
'Kelahiran kedua aku tidak mudah disangkakan. Aku harus menghindar kematian aku dari peperangan kerajaan lain.'
YOU ARE READING
GIVE YOUR STORY A TITLE SU
FantasiFantasy | Reincarnation | Kingdom Kisah mengenai Putera Elan Daile Crashel telah mati jiwanya dan digantikan oleh seorang lelaki dari dunia lain. Atas alasan tertentu dia telah menjadi Elan, si putera Ketiga. "Who are you? How did you know Hanfu?" P...