"Jadi, perjalanan ni memakan selama seminggu?" Isabella menyoal lesu. Diana yang berada di hadapannya mengangguk mengiakan.
"Jika tiada sebarang kecemasan sepanjang perjalanan, kemungkinan besar kita akan sampai tepat waktunya." Jelas Diana lagi.
Isabella menghela nafas payah. Dia expert kalau mereka akan terbang ke, guna sihir teleportasi ke, atau apa-apa cara untuk mempercepatkan perjalanan tersebut. Rupa-rupanya! Ia tidak mudah seperti yang disangka.
Kecemasan yang dimaksudkan oleh Diana ialah, tidak mustahil jika tandu kerabat diraja ini diperangi oleh perompak. Jumlah saat ini hanya dua tanduk sahaja. Satu tandu kuda lengkap dengan barang berupa hadiah dan emas untuk sapa pertama kalinya. Kepergian Isabelle pula tidak diketahui oleh ayahandanya dek ingin merahsiakannya demi keselamatan kerajaan.
"Jika aku tahu Kerajaan Solveathem ini, pulang kelak kita guna sihir teleportasi." Cadang Isabella tersenyum puas. Dia sudah mencubanya, dia memberi kesempatan untuknya memakai sihir itu sekali seminggu.
"Apakah Puteri tahu menggunakan sihir tersebut?" Diana menanya kagum.
"Ya!" Bangga Isabella menyahut.
.
.
.
.Tiba di sebuah pekan, Isabella merencanakan sesuatu pada pengawal-pengawal dan juga untuk rancangan mereka kehadapan nanti.
Kesemua pengawal terkebil-kebil saat memandang pakaian yang dikenakan pada mereka.
"Puteri, boleh jelaskan tentang ini?" Diana berkerut tidak faham.
"Hehehe, mulai hari ni. Kita akan berlagak macam orang biasa sepanjang perjalanan ni nanti. Jangan sesekali panggil aku puteri. Panggil aku Puan besar." Jelas Isabella buat mereka semakin tak faham.
Para pengawal seramai dua belas orang itu saling berpandangan.
"Tuan Puteri, untuk mengenakan pakaian ini ke kerajaan Solveathem, akan memalukan kerajaan kita sendiri tuan Puteri. Bahkan kerajaan Solveathem saja tentu menolak kunjungan kita jika datang seperti ini." Luah seorang lelaki. Ketua pengawal tersebut berkerut risau.
Isabella berpeluk tubuh, senyuman yang dikoyak tadi memudar dan digantikan dengan riak biasa.
"Kau hendak menarik ramai perhatian Joseph?" Soal Isabella tiba-tiba.
"Ma-Maksud tuan puteri?" Joseph tidak faham.
"Baju besi engkau semua dan juga pedang yang tajam itu, bisa saja dijadikan barang rampasan buat perompak jalan. Bukan itu saja, jumlah kita saat ini juga tidak ramai sebab kepergianku bukanlah urusan rasmi sebab itu khuatir keselamatan kalian. Bisa saja kita kalah jumlah. Sebab itu aku menukar pakaian kita dari biasa."
"Untuk baju besi engkau semua, simpan saja di tandu kedua. Sehari sebelum tiba ke Solveathem, kita kembali menukar pakaian kita. Perjalanan ini, sebolehnya aku tak nak adanya sebarang kecemasan." Panjang lebar Isabella berkata buatkan kesemua terkedu tidak percaya bahawa Puteri ke-18 itu menitikberatkan mereka sebegitu rupa.
Esak tangis disebelah Isabella buatkan wanita itu menoleh.
"Diana! Kenapa kau menangis!?" Naik terkejut Isabella.
"Saya rasa terharu puteri memikirkan keadaan kami." Ujarnya sambil mengelap air mata sambil tersenyum lebar. Naik meremang bulu roma Isabella melihat emosi Diana yang mudah tersentuh.
Isabella menggeleng kepala. Ada-ada je.
.
.
.
.Selama empat hari perjalanan, tiada apa-apa yang berlaku. Perjalanan sangat lancar dan juga mudah. Semuanya berkat rancangan Isabella yang berhati-hati. Dari berkhemah, Isabella yang menawarkan untuk memasak. Siapa sangka Puteri itu sangat mahir memasak. Para pengawal berasa seronok dengan sikap dan layanan Puteri Isabella untuk mereka.
YOU ARE READING
GIVE YOUR STORY A TITLE SU
FantasiFantasy | Reincarnation | Kingdom Kisah mengenai Putera Elan Daile Crashel telah mati jiwanya dan digantikan oleh seorang lelaki dari dunia lain. Atas alasan tertentu dia telah menjadi Elan, si putera Ketiga. "Who are you? How did you know Hanfu?" P...