Putera Cyclo menghentak meja dengan wajah memerah.
"Bagaimana bisa ini terjadi!?" Kertas ditangannya di tunjal kasar pada dahi Marquees Haley yang menunduk.
"Patik salah tuanku, patik akan betulkan keadaan!" Rayunya lalu melutut di kaki Putera Cyclo.
"Betulkan keadaan!? Putera kedua dan ketiga sendiri datang melihat keadaan desa Ireka! Kau hendak betulkan yang mana!?" Marah besar Cyclo lalu menendang Marquees Haley.
"Patik sendiri akan menghadap mereka, patik akan menjelaskan pada mereka." Ucap Marquees Haley tergagap. Saat ini, memang dia tidak mampu hendak berhujah di hadapan Putera Cyclo. Dia tidak mahu kehilangan posisinya!
"Selesaikan ini, jika melibatkan aku. Aku tidak ragu membuang engkau." Ugut Putera Cyclo tajam.
"Baik Putera!" Marquees Haley keluar dari ruangan rahsia itu. Jika diugut sebegitu, siapa saja tidak takut.
"Tuan Putera, ini informasi yang didapatkan dari desa Ireka." Salah satu pembantunya memberikan helaian kertas.
Cyclo membacanya. Namun selepas itu, raut wajahnya yang tadi memerah berkerut seribu.
"Desa Ireka menggunakan batu kristal pada orc untuk membaiki keadaan desa?"
"Ya, ia diusul sendiri oleh Putera Elan. Dia, sepertinya tahu tentang sesuatu.." Ucap pembantunya sedikit perlahan.
"Maksud kau?" Cyclo mengerling tajam.
"Dia tahu, jika diserahkan pada guild atau Marquees Haley, keuntungan itu diambil oleh mereka. Maka, Putera ketiga sendiri bernegosiasi menukarnya sendiri dengan menggunakan kuasa Putera mahkota. Para guild tidak dapat mendapat jarahan satu sen pun kerana para orc dibasmi oleh Putera ketiga sendiri."
Cyclo yang mendengarnya terkejut. Sejauh ini, itulah tindakan terpaling bijak dari Putera ketiga. Putera ketiga tahu dia tidak melihat keadaan rakyatnya, maka datang memperingatinya dengan keadaan sebegini?
"Ku sangkakan dia hanya sibuk mengurus daerahnya, malah daerah aku juga dia ikut bersihkan." Cyclo tersenyum leret. Dia jarang berjumpa dengan kesemua Putera mahkota di istana utama memandangkan mereka diasingkan di istana lain.
"Putera, tentang orc itu.." Pembantunya tiba-tiba bersuara takut-takut.
"Apa?"
"Mungkin kedengaran mustahil, tetapi pembasmian orc hanya dilakukan Putera ketiga sahaja."
"Huh? Mustahil! Pasti para kstria membantu." Cyclo tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Tapi kenyataannya memang dia melakukannya. Rumor beredar di istana utama, bahawa Putera ketiga masih kecewa dengan keputusan yang mulia raja menjadikan Putera pertama penerus takhta, kerana tidak dipilih kemungkinan besar dia melepas kesalnya pada raksasa." Jelas pembantunya ada betul. Cyclo mendengarnya tertawa terbahak-bahak.
"Nampaknya aku tak boleh abaikan dia, dia Putera ketiga yang menarik. Aku terlalu memberi perhatian pada Putera Alex sehingga melupakan dia." Gumam Cyclo tersenyum lebar. Dia sukakan sifat kesal Putera ketiga, Putera Elan.
.
.
.
.Elan makan dengan bersahaja. Riaknya serta tampang dingin seperti biasa itu buatkan pemaisuri resah.
Semalam, dia lansung tidak melihat Putera ketiganya itu bersarapan bersama. Paling tidak, akan berkata ada hal hendak diuruskan.
Tapi sekarang, hendak melihatnya senyum saja payah, inikan hendak bergurau.
"Elan.." Pemaisuri Eleanor cuba menegur sikap acuh tak acuh Elan.
"Ada apa bonda?" Tanya Elan tanpa pandang wajah permaisuri Eleanor. Masih makan dengan santai.
YOU ARE READING
GIVE YOUR STORY A TITLE SU
FantasíaFantasy | Reincarnation | Kingdom Kisah mengenai Putera Elan Daile Crashel telah mati jiwanya dan digantikan oleh seorang lelaki dari dunia lain. Atas alasan tertentu dia telah menjadi Elan, si putera Ketiga. "Who are you? How did you know Hanfu?" P...