"Whyla aku tak terfikir kau ni ada." Lama Isabella menatap pelayannya yang berdiri tegak dihadapannya.
Isabella lupa bahawa pelayannya boleh mengambil apa-apa sahaja dengan arahannya. Maklumlah, dia tidak pandai mengarah orang. Lebih kepada berdikari sendiri.
"Puteri, ada yang puteri inginkan?" Sedari tadi dirinya dipandang oleh Puteri Bella yang jelas masam sejak dari tadi. Nampaknya angin Puteri Isabella sangat teruk. Jarang benar gadis itu memperlihatkan amarahnya. Bangun-bangun sahaja tidur, dia asyik terkejar sahaja langkah pantas puteri Isabella. Bahkan gadis itu sering bercakap sendirian sejak dari pagi tadi. Naik risau dia.
"Diana, apa kau boleh mencari tukang jahit pakaian? Aku ingin mengubah selera pakaianku." Jelas Isabella laju tanpa teragak-agak. Diakan puteri, jadi harus bersikap tegas dan yakin. Diana itu pelayan peribadinya selama setahun lebih. Dia yakin Diana sangat cekap orangnya.
"Ya, saya bisa memanggil pereka pakaian untuk tuan puteri. Bila tuan puteri inginkan?"
"Kalau bisa hari ini juga." Minta Isabella.
"Baiklah, jika begitu saya pergi dahulu." Diana, si pelayan itu keluar dari ruangan bilik Isabella.
Isabella hari ni kerjanya memang melekat dalam bilik selain taman. Memang itulah dirinya di kehidupan lalu. Biliknya adalah tempat lepak sesuai, manakala taman tempatnya keluar beriadah. Sudah tentu dia menjaga kesihatannya, mustahil harus duduk dalam bilik sahaja.
Isabella mendekati mejanya. Mencari kertas dan mula melukis pakaiannya. Jangan pandang remeh lukisannya, dia adalah pelajar terbaik segala subjek. Senyumannya menyengih sinis.
.
.
.
."Kenapa Puteri harus singkatkan gaunnya? Bukankah ia terlalu terdedah?" Ujar si pereka pakaian tersebut. Lukisan yang dilukiskan oleh Isabella dipandang atas bawah, siap dengan kanta besar lagi.
"Aku tidak berfikir untuk mendedahkan kecantikan aku, aku hanya ingin kau membuat ia bersambung dengan bahagian ini." Pinta Isabella sambil menunjukkannya.
"Apa yang puteri namainya tadi?" Si pereka pakaian itu menulisnya di kertas.
"Ia skirt, dan ia bersambung dengan seluar ketat di panggil legging. Pakaian ini bertujuan untuk memberi kelesaan kepada individu yang ingin berjalan bebas."
Isabella tersenyum puas sambil berpeluk tubuh. Dia puteri ke-18, tiada siapa yang menatapnya buat masa sekarang. Biarlah dia sendiri memperkenalkan fesyen dan gaya hidup moden disitu.
'Aku ubah suai selera orang dunia ni.'
"Wah, tuan puteri mempunyai buah fikiran yang menarik. Saya akan menyiapkan seperti diminta." Ucapnya teruja. Mereka sesuatu yang luar biasa adalah minatnya. Meski dikatakan pelik, tetapi belum cuba lagi dikenakan pada si tubuh puteri. Mana tahu, ia menjadi tarikan suatu hari kelak.
Setelah dijelaskan detail dan ciri-ciri yang diminta,
"Dan aku ingin kau membuat gaun tariku, bagaimana?" Tersenyum sungging Isabella.
"Ga-Gaun Tari? Bukankah ia perlu pendapat Puan Ratu Merida sendiri?" Si penjahit itu keraguan. Hal ini kerana, semua gaun para puteri diserahkan pada pereka terkenal. Dia pula hanya pereka picisan saja di kerajaan itu, tapi statusnya dikira masih baik.
Lama Isabella berfikir. Sejenak, dia ingat lagi dia pernah meminta pakaian baru dan bondanya memberi izin. Senyuman Isabella melebar sinis.
"Aku sudah meminta izinnya, lekas kita lukis rangkanya." Isabella teruja.
Bondanya tidak menanyakan pakaian baru apa, jadi jika disoal kelak bukankah dia boleh memutarkan belit cerita yang bondanya sendiri mengizinkannya.
"Baiklah jika Puteri berkata begitu." Ucapnya risau, tapi dia ada saksi, maka dia tidak perlu bertanggungjawab.
YOU ARE READING
GIVE YOUR STORY A TITLE SU
FantasíaFantasy | Reincarnation | Kingdom Kisah mengenai Putera Elan Daile Crashel telah mati jiwanya dan digantikan oleh seorang lelaki dari dunia lain. Atas alasan tertentu dia telah menjadi Elan, si putera Ketiga. "Who are you? How did you know Hanfu?" P...