TAMAN indah berlatar belakang tasik tenang, kelihatan pasangan remaja sedang berkasih sayang bersama emosi bahagia tanpa sebarang gangguan.Si jejaka berwajah Romania itu merehatkan kepala di atas riba si gadis kesayangan, dia memejam mata sesaat kerana kepenatan bermain sukan lasak pada awal pagi tadi.
"Sayang jangan tidur. You tak makan lagikan?" Terdengar suara lembut si gadis kesayangan memecahi suasana.
"Suapkan I." Zayn membuka matanya bersama senyuman tampan, lalu dia bangun dari pembaringan.
"Mengada." Si gadis kesayangan menggeleng bersama senyuman manis, dia membuka bekal makanan yang disediakan buat kekasih hati seperti selalu.
"I love this meal!" Zayn teruja melihat makanan kegemaran yang disediakan oleh gadis kesayangan.
"Enjoy my sayang." Gadis menawan yang berlesung pipit di kedua pipian menyuap california maki kegemaran kekasih hati.
Zayn sangat suka akan makanan sushi terutamanya california maki yang disediakan oleh si cinta hati.
"Sedapnya sayang. Hari-hari makan begini pun tak apa janji sayang yang masak." Zayn menikmati makanan kegemaran sepertinya baru kali pertama menjamah.
"Muka mat saleh tapi berjiwa Jepun. Kelakar betul." Si gadis kesayangan mengusik bersama ketawa nakal.
Zayn menjelir lidahnya seperti anak kecil.
"I harap dapat masak untuk you hari-hari." Si gadis kesayangan tidak lagi ketawa nakal, dia mengukir senyuman nipis.
"You will." Zayn tidak lagi menjamah makanan, dia mengambil tangan si gadis yang sentiasa menwarnai hidupnya.
"Habis belajar, kita kerja dan kahwin." Zayn mengucup tangan lembut itu.
"Eh silap, I seorang saja kerja dan you hanya duduk rumah masak untuk I hari-hari. Syoknya sayang. I can't wait!" Zayn teruja memeluk sisi tubuh si cinta hati.
"I akan masak california maki buat you hari-hari." Si gadis kegemaran tertawa kecil.
"Janji?"
"Janji sayang."
Jari kelingking mereka bercantum mematikan janji yang dibuat seketika tadi.
"I love you my Sophie." Zayn merapatkan wajah mereka berdua.
"I love you too my Zayn." Sophie mengukir senyuman menawan kerana pada saat itu dia adalah gadis paling bertuah di dunia memiliki jejaka yang menerima dan mencintainya sepenuh hati.
Sesaat bibir mereka bertaut melepaskan rasa cinta yang sentiasa ghairah itu.
"Cukup sayang." Sophie menolak lembut dada milik kekasih hati yang tidak mahu melepaskan bibirnya.
"Tak pernah cukup." Zayn tetap mengucup bibir kekasihnya bertalu-talu.
Sophie ketawa manis membiarkan tingkah nakal Zayn, dia memeluk erat leher jejaka kesayangan membalas kembali ciuman cinta itu.
Langit senja, Zayn menghantar pulang Sophie semula ke rumah walaupun hatinya tidak ingin berpisah dengan kekasih hati.
Zayn membuka pintu kereta buat Sophie seperti selalunya membuatkan Sophie tersenyum bahagia diri dilayan seperti seorang puteri.
"Bye sayang, pandu kereta hati-hati. Jangan laju sangat." Pesan Sophie seraya memeluk dan melaga pipi dengan Zayn.
"Baik sayang. Jumpa you esok di sekolah." Zayn melepaskan tubuh Sophie, lalu memberi beg kertas yang terisi bekal makanan yang dibawa oleh gadis itu.
Sophie melambai tangan kepada Zayn sehingga hilang kereta jejaka itu dari pandangan.
YOU ARE READING
ZAYN X KEISHA
RomanceZayn Cinta aku berikan pada kau Tidak mungkin aku berikan pada perawan lain Kembali pada aku sayang Untuk matikan sumpahan masygul ini Kau berjanji akan menjadi nafas aku Tetapi kau tetap pergi jua Kenapa sayang cepat sangat kau pergi ke dunia abadi...