LANGIT menangis pada waktu petang, Zayn sukar mendapatkan parkir di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai bagi menjalani aktiviti harian mereka.
Disebabkan parkir berdekatan kafe yang ingin dituju telah penuh, jadi Zayn terpaksa pakir agak jauh sedikit. Sebelum ingin keluar dari kereta, Zayn mencari payung di dalam kereta tetapi tiada membuatkan dia mencarut geram.
Tanpa membuang masa Zayn keluar dari kereta dan berlari merendahi hujan lebat sehingga ke bangunan yang terdapat kafe.
Zayn masuk ke dalam kafe sambil mengelap wajah basah, dia mencari kelibat teman baik untuk meluahkan rasa jengkelnya terhadap gadis bersikap pelik.Setelah ternampak kelibat teman baik, Zayn melangkah mendekati sambil mengimbas baju basahnya yang membuatkan tubuh rasa tidak selesa.
"Dude, maaf lewat. Hujan lebat sangat, nak cari parking pun susah." Ujar Zayn yang masih fokus mengimbas baju basahnya sehingga suara lembut seseorang mematikan aktivitinya.
Zayn mendongak untuk melihat suara lembut yang excuse me itu. Sesaat dia terpana, rasa bengkak di dalam hati terus hilang.
Siapakah gadis berwajah jelita itu yang berjaya menyejukkan hatinya yang sedang membara dengan hanya sekadar satu pandangan sahaja.
Bidadari
"Bro, tepilah!" Terdengar Hariz menjerit kepada teman baik yang gatal itu.
"Sorry." Zayn tersedar, lalu memberikan ruang kepada bidadari untuk melangkah.
"Siapa itu?" Soal Zayn yang masih lagi melihat tubuh si bidadari sehingga hilang dari pandangan matanya."Awek aku—punya teman baik." Ujar Hariz mencicip air kopi panas.
"Yes! Aku ada peluang." Zayn tersenyum lebar kerana mempunyai peluang untuk memikat gadis jelita yang mendatangkan debaran di dalam hati walau hanya sesaat mata memanah wajah menarik tanpa sebarang solekan itu.
"Tak—dia tak sama seperti awek yang kau selalu hit. Dia lain dan kau jangan cuba nak dekati dia." Hariz memberi amaran keras.
"Awek? Siapa awek baru kau?" Soal Zayn yang tidak mengendahkan amaran Hariz terhadapnya.
"Aileen." Hariz membalas sepatah.
Zayn ternganga besar saat mendengar nama yang disebutkan oleh Hariz kerana temannya itu telah melanggar prinsipnya yang tidak akan bersama wanita yang sama untuk kali kedua.
"Betulkah apa yang aku dengar?" Zayn berkerut serius.
"Aku rasa—aku dah jatuh cinta dengan Aileen. For real this time." Beritahu Hariz resah.
"Kau rasa apa yang patut aku buat?" Soal Hariz.
"Aku perlu kejar dia atau tak?"
"Kau tahu aku tak berminat dengan soal cinta lagi tapi kalau kau rasa kali ini benar-benar kau dah jatuh cinta, then go and grab her. Bercinta dengan dia dulu. Kalau dia buat kau rasa di awangan sehingga kau lupa nak jejak kaki semula di daratan, kahwin dengan dia sebab itu memang cinta sejati kau."
Hariz mengangguk memahami, nampaknya dia perlu pantas mengambil tindakkan sebelum terlewat.
"By the way, kenapa dengan perempuan pelik?" Hariz teringat akan motif perjumpaan mereka pada petang yang hujan itu.
"Aku rasa dia mental." Zayn bersandar tubuh di kerusi jenis sofa.
"Dia ketawa bila aku cakap dia sukakan aku." Zayn mengetap gigi.
Hariz berkerut hairan.
"Ketawa dia itu—maknanya dia tak sukakan aku. Dia ketawakan aku sebab nampak aku seperti badut, perasan yang dia sukakan aku." Bicara Zayn geram.
YOU ARE READING
ZAYN X KEISHA
RomanceZayn Cinta aku berikan pada kau Tidak mungkin aku berikan pada perawan lain Kembali pada aku sayang Untuk matikan sumpahan masygul ini Kau berjanji akan menjadi nafas aku Tetapi kau tetap pergi jua Kenapa sayang cepat sangat kau pergi ke dunia abadi...