ZAYN memeluk tubuh merenung jejaka yang sedang merenung luar melalui jendela bilik wad hospital.
"Kau nak apa?" Soal jejaka itu kepada Zayn yang membisu sejak tadi.
"Aku nak pastikan yang kau adalah Zach dan bukan klon dia." Zayn masih merenung abangnya yang berjaya ditemui setelah beberapa hari terperangkap di dalam ribut salji.
Zach cedera parah apabila mereka menemui jejaka itu kerana digigit oleh binatang buas. Disebabkan Zach kehilangan banyak darah, jadi jejaka itu terlantar lama di atas katil sehingga mereka ingatkan abangnya akan mati tidak lama lagi.
"Kau diam saja. Aku pelik." Zayn mendekati abangnya yang masih panjang umur.
"Pernahkah aku bising seperti kau?" Zach mengerling adiknya.
Zayn ketawa kerana betullah itu abangnya.
"Kau mesti sedihkan." Ujar Zach kepada Zayn yang berkerut bingung.
"Sebab aku masih lagi hidup." Zach mengukir sinis, mempamerkan wajah yang menyakiti hati adiknya seperti selalu.
"Mulanya aku gembira." Zayn duduk di birai katil.
"Tapi bila aku fikir tentang sangkar, terus aku sedih. Aku takut kematian kau buat aku masuk ke dalam sangkar." Bicara Zayn takut.
"Selepas aku bukan kau tapi Jay." Zach tersenyum nipis.
"Patutlah dia paling gelabah sekali bila tahu kau hilang." Zayn ketawa suka jika Jaymond iaitu sepupunya itu masuk ke dalam sangkar kerana antara kebanyakkan sepupunya, jejaka itu paling penakut sekali sebab itu jejaka itu tidak pernah menyertai mereka apabila melakukan keganasan.
"By the way, welcome back my bro." Zayn memeluk abangnya kerana rasa risau mereka kepada abangnya sudah hilang.
"Memandangkan kau masih lagi hidup, jadi kau kena tolong aku keluar dari perkahwinan gila yang daddy aturkan."
"Aku dah cakap tapi daddy tak nak dengar. Dia risau dan takut sesuatu terjadi pada kau sebab aku tak masuk ke dalam sangkar semula." Zach mengeluh perlahan kerana adiknya tidak akan membiarkan dia rehat dengan tenang.
"Aku tak akan masuk ke dalam sangkar kembali. Aku mahukan hidup aku kembali." Setelah Zach terperangkap di dalam ribut salji, lagi membuatkan dia tidak mahu masuk ke dalam sangkar dan meninggalkan keluarganya.
"Jika begitu aku ada cara sendiri nak hentikan perkahwinan ini." Zayn bangun dari duduknya.
"Kau tak akan berjaya sebab ada aku yang akan menghalang kau."
"Kau patut mati saja." Zayn menjeling abangnya seraya keluar dari bilik wad hospital. Di luar bilik wad Zayn bermasam wajah kerana abangnya hidup atau tidak tetap menyakitkan hati.
Suasana restoran mewah yang kelihatan begitu tenang bersama alunan bunyi muzik Instrumental indah berkumandang lembut membuatkan para pelanggan yang sedang menikmati makanan berasa aman sesaat apabila mendengar. Hanya seorang sahaja pelanggan yang tidak aman sedang menunggu seseorang yang masih tidak munculkan diri.
Mata tertancap ke arah gadis yang sedang berjalan cat walk menuju ke mejanya, membuatkan riak wajahnya berubah menjadi bengis.
"Maaf, I lewat." Ujar Keisha kepada Zayn, lalu dia berterima kasih kepada pelayan yang menarik kerusi buatnya. Nak tunggu jejaka itu menarik kerusi, memang tidaklah sehingga kiamat menjelma.
"Are you okay? Why you're looking serious?" Soal Keisha setelah memesan jenis makanan yang dia ingini.
"Aku tak suka dengan orang yang tak tepati masa." Sindir Zayn seraya melihat jam tangan mewahnya.
Berubah wajah ceria milik Keisha apabila di sindir oleh bakal suami.
"I lewat sebab—" Ayat Keisha tergantung apabila pelayan menghantar minuman yang dipesan.
YOU ARE READING
ZAYN X KEISHA
RomanceZayn Cinta aku berikan pada kau Tidak mungkin aku berikan pada perawan lain Kembali pada aku sayang Untuk matikan sumpahan masygul ini Kau berjanji akan menjadi nafas aku Tetapi kau tetap pergi jua Kenapa sayang cepat sangat kau pergi ke dunia abadi...