BAB 3

978 116 6
                                    

GADIS bertubuh langsing mengekori jejaka berpakaian kot labuh makmal yang sedang menerangkan bagaimana cara proses kerja mereka.

Keisha mencatat di buku setiap kali mendengar penerangan ketua pengurusan bahagian pengeluaran. Pada masa yang sama dia turut menyoal para pekerja di bahagian tersebut untuk memastikan mereka mengikut standar prosedur pengurusan yang telah ditetapkan.

Setelah berakhir Keisha kembali ke bilik pejabat yang dikhaskan buatnya bersama tiga orang rakan yang turut mengaudit syarikat besar yang terkenal itu.

"Ada CAR?" Sheron menyoal Keisha.

"Ada." Keisha membalas.

"Supervisor bahagian pengeluaran, dia tak update record machine maintaince." Beritahu Keisha.

"Akhirnya ada juga." Sheron menaip laju papan kunci komputer riba miliknya.

Kemudian mereka berempat ketawa kerana sudah seminggu mereka mengaudit syarikat Stanislav Technologies yang merupakan sebuah kilang besar tetapi semuanya berjalan dengan begitu lancar sekali tanpa ada sebarang kesalahan dari para pekerja tetapi hari itu mereka telah berjaya menemui kesalahan pertama.

"Tapi mungkin I akan beri observation dulu." Ujar Keisha kepada mereka.

"Relaks ini baru ISO, belum lagi IATF." Ben bersuara.

Mereka mengangguk kerana sijil IATF lebih mencabar, walaupun kesalahan sedikit pun tetap akan di catat membuatkan wajah para pekerja yang di audit menjadi pucat.

Keisha mendekati telefon di atas meja, lalu dia menekan nombor yang menghubungkan kepada pengawai audit syarikat Stanislav.

"Please arrange for a short interview session with your top management or their appointed representative." Arah Keisha kepada pengawai audit syarikat tersebut.

Keisha meletakkan gagang telefon dan kembali membuat kerjanya yang masih tidak selesai lagi.

"Mari makan. Aku dah lapar." Ella memegang perutnya yang sedang berbunyi.

Lima belas minit kemudian mereka duduk di kafe yang terdapat di syarikat Stanislav. Keisha melihat dalam syarikat itu mempunyai beberapa jenis kafe yang boleh dipilih oleh para pekerja untuk mengisi perut mereka secara percuma.

Sungguh Keisha berasa seronok jika menjadi pekerja syarikat Stanislav kerana diberi pelbagai faedah dan kemudahan seperti contohnya para pekerja diberi makan percuma diwaktu pagi, tengahari dan petang. Para pekerja juga dibenarkan tidur di pod yang disediakan selama 1 jam bagi mengecas tenaga kembali. Belum lagi bercakap tentang bonus yang para pekerja dapat sebanyak 3 bulan sekali itu.

Keisha tahu semua itu kerana selama seminggu di situ dia diberikan kemudahan dan faedah sepanjang berada di syarikat tersebut, hanya bonus sahaja dia tidak dapat.
Tengahari itu mereka berempat memilih untuk makan di kafe yang berkonsepkan Itali.

Keisha memesan piza untuk berkongsi dengan yang lain kerana dia tidak begitu lapar. Beberapa minit kemudian piza dan pesanan lain datang, mereka menjamah makan sambil berbual.

Secara gelojoh Ben menikmati pasta sehingga tidak sedar tangannya tersentuh gelas Keisha membuatkan air itu tertumpah di atas meja.

"Ben!" Keisha tangkas mengambil tisu mengelap air di atas meja sebelum mengalir jatuh ke lantai. Nasib baik airnya sudah tinggal separuh.

"Maaf aku lapar sangat." Ujar Ben berwajah tidak bersalah.

Geram Keisha dengan Ben yang tidak senonoh itu, lalu dia membawa gelas kertas itu ke tong sampah kecil untuk dibuang. Kemudian dia mendekati dispenser air yang menyediakan pelbagai jenis air, dia masih dahaga.

ZAYN X KEISHAWhere stories live. Discover now