HUJUNG minggu datang, majlis ulang tahun perkahwinan pasangan Stanislav disambut meriah pada malam itu di rumah agam besar yang kelihatan seperti sebuah istana.
Dari jauh sepasang anak mata berona hijau air laut melihat ibu bapanya sedang berpelukan mesra di hadapan tetamu ingin memotong kek.
Zayn mendekati pasangan bahagia itu apabila si ibu memanggilnya. Dia memeluk tubuh mereka berdua bersama senyuman tampan. Di situ semua ahli keluarga dan teman rapat ibu bapanya hadir, hanya seorang sahaja yang tiada melengkapi majlis tersebut iaitu abangnya.
"Nasib baik you ada malam ini." Rosella membisik di telinga anak bongsunya agar suami di sebelah tidak dengari.
"Daddy you mengamuk abang you tak ada malam ini." Sambung Rosella.
"I hubungi Zach tadi, dia dah terbang ke negara lain. Ada kerja yang tak dapat dielakkan." Beritahu Zayn kepada ibunya.
Rosella menggeleng. Alasan.
Mereka henti berbisik saat terlihat ada pasangan suami isteri bersama seorang anak gadis datang menegur mereka.
Qushairy memeluk tubuh Zavian iaitu teman baiknya bersama usikan tentang ulang tahun perkahwinan membuatkan wajah Zavian yang sentiasa serius itu mengukir senyuman.
Manakala, Rosella melaga pipi dengan isteri dan anak teman baik suaminya.
"Maaflah lewat, Keisha ini lambat sangat bersiap." Ujar Melinda kepada mereka membuatkan anak gadis itu memerah wajah malu.
"Ini hadiah untuk aunty dan uncle." Sopan Keisha memberi hadiah kepada pasangan yang sentiasa kelihatan hangat itu.
"Thank you darling." Rosella mengambil beg kertas bersama senyuman lebar.
Zayn melihat anak gadis teman baik ayahnya itu, yang dia selamatkan dari maut beberapa hari yang lepas. Gadis berambut paras bahu itu sebenarnya seorang yang menawan, mempunyai figura yang menarik dan memiliki senyuman manis apabila tersenyum.
Jika ikutkan sikap man whore Zayn, sudah pasti gadis itu terlentang tanpa seurat benang di atas katilnya tetapi tidak tahu kenapa hatinya tidak berminat ingin mengganggu gadis itu. Mungkin kerana sikap gadis itu kelihatan aneh.
Zayn melihat anak teman baik ayahnya itu membalas renungan dia semula tetapi kali itu berbeza kerana gadis itu mengukir senyuman kepadanya.
Zayn menjeling gadis itu seraya memaling tubuh berlalu pergi saat ketua butler memberitahu mereka untuk ke ruang makan apabila waktu makan malam bakal bermula.
Keisha melabuhkan punggung di atas kerusi, dia melihat Zayn yang duduk jauh darinya berbual dengan sepupu.
Sejak kejadian diri hampir maut Keisha mengambil cuti beberapa hari kerana dadanya masih lagi terasa sakit, tekaknya jua masih terasa perit dan perutnya masih terasa pedih.
Keisha tidak memberitahu ibu bapanya tentang kejadian ngeri yang menimpa diri kerana khuatir mereka akan meleter dan semakin risau padanya. Paling parah mereka tidak akan membenarkan Keisha berenang lagi kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali tetapi dia masih tetap mahu berenang walaupun dia trauma.
Keisha mencuri melihat Zayn yang sedang ketawa mendengar jenaka dari sepupunya mungkin. Itu kali pertama dia melihat Zayn ketawa di depan mata yang menyerlah ketampanan jejaka kacukan Romania itu.
Sebenarnya Keisha sudah lama mengenali Zayn kerana mereka selalu bertemu di majlis-majlis seperti ini. Selalunya mereka hanya membalas renungan tanpa menegur kerana tiada sebab untuk mereka bertegur sapa.
Seusai menikmati makanan yang sedap, Keisha melihat semuanya beredar dari ruang makan untuk berbual sebelum pulang.
"Nak ikut I lepak tak?" Darviena menyoal Keisha yang membisu sejak tadi.
YOU ARE READING
ZAYN X KEISHA
RomanceZayn Cinta aku berikan pada kau Tidak mungkin aku berikan pada perawan lain Kembali pada aku sayang Untuk matikan sumpahan masygul ini Kau berjanji akan menjadi nafas aku Tetapi kau tetap pergi jua Kenapa sayang cepat sangat kau pergi ke dunia abadi...