MATAHARI terbenam, parti bujang bermula di kelab malam eksklusif yang di mana hanya pelanggan yang mempunyai VIP pass sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kelab tersebut.
Di atas sofa jejaka kacukan Romania menikmati minuman keras sambil menonton stripper membuat persembahan tiang besi. Terlihat kiri kanan tubuh dipeluk erat oleh gadis-gadis seksi yang sedang menggodanya.
"Oh, dear you're so dashing! I'm yours tonight." Bisik nakal gadis seksi yang mengenakan gaun mengikut figura, terlihat buah dadanya hampir terkeluar dari gaun.
"Handsome, please come with me tonight." Gadis seorang lagi meraba tubuh muscle everywhere itu, dia tidak mungkin akan melepaskan jejaka tampan itu pada gadis lain.
"Is, bawa mereka ke tempat aku." Jejaka kacukan Romania meletakkan gelas kosong di atas meja seraya memberi arahan kepada pembantu peribadi yang mengangguk memahami
Kemudian, dia mengukir senyuman sinis kepada mereka berdua itu. Tidak perlu berebut untuk mendapatkannya, mereka berdua akan melayan dia pada masa yang sama bagi menjimatkan masanya yang terhad itu.
Jejaka kacukan Romania bangun dari duduk, lalu dia mengorak langkah ke kaunter bar mendekati seseorang.
"Kau nampak seperti bukan kau." Jejaka kacukan Romania duduk di atas kerusi yang terdapat di kaunter bar, duduk bersebelahan manusia yang sepertinya sedang dalam emosi melankolika itu.
"Aku nampak seperti apa—Zayn?" Hariz menoleh menyoal teman baik kembali.
"Mayat hidup." Zayn tersenyum sinis seraya memesan minuman keras kepada pelayan bar.
"Dah berapa hari emosi aku kacau begini." Hariz mengeluh perlahan memicit dahi kerana kepala berasa pusing.
"Aku dah dapat apa yang aku nak, jadi aku putuskan hubungan kami tapi kenapa aku yang tak tenang?" Hariz menyoal teman baiknya.
"Sedangkan dah ramai hati gadis yang aku kecewakan dan tak pernah rasa begini tapi kenapa kali ini aku rasa seperti—tak tentang, tak tenteram." Hariz meneguk rakus minuman keras.
"Kau tahu kenapa aku rasa begini?" Hariz tidak henti menyoal teman baik.
Zayn menggeleng perlahan seraya menikmati minuman keras. Sebenarnya dia dapat merasakan bahawa teman baiknya itu telah jatuh cinta tetapi dia tidak mahu berkata apa pun kerana dia tidak lagi sokong pada cinta.
"Buang rasa tak tenang kau itu, malam ini aku ada dua orang jalang. Kau nak satu?"
"No thanks. Aku tak ada mood nak main." Hariz menolak, dia hanya ingin meneguk minuman keras.
Zayn menepuk perlahan bahu Hariz seraya berlalu pergi meninggalkan teman baik yang memerlukan ruang bersendirian.
Setelah meniduri dua susuk figura menghairahkan yang rela mengangkang tanpa dipaksa, jejaka bangsawan itu menuju ke tandas yang terdapat di suites miliknya di sebuah hotel mewah yang dijadikan tempat melampiaskan nafsu.
Zayn membuang kondom yang telah diguna pakai ke dalam tong sampah kecil, lalu dia membersihkan tubuhnya dengan air hangat. Saat air hangat mengena tubuh, Zayn memejam mata menikmati mandian pada waktu tiga pagi itu.
Selesai membersihkan diri, Zayn merenung wajah kosong miliknya di cermin besar yang terdapat di dalam bilik mandi.
Hari tidak lagi sama seperti masa lepas, semuanya telah berubah seiring waktunya berubah setiap tahun. Yang paling ketara adalah tingkahnya yang berubah seratus peratus sejak kekasih hati pergi ke dunia sunyi.
YOU ARE READING
ZAYN X KEISHA
RomanceZayn Cinta aku berikan pada kau Tidak mungkin aku berikan pada perawan lain Kembali pada aku sayang Untuk matikan sumpahan masygul ini Kau berjanji akan menjadi nafas aku Tetapi kau tetap pergi jua Kenapa sayang cepat sangat kau pergi ke dunia abadi...