Prolog 💣

358 16 4
                                    

Sophia Isabelle menulis manuskrip ceritanya dengan penuh teliti, dia menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya. Wajah gadis itu sangat serius dan tertekan, Sophia Isabelle menarik nafas panjang dan menghembus perlahan sambil cuba menenangkan dirinya.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Sophia Isabelle dari melakukan kerjanya. Dia segera menolak kerusi rodanya dan menuju ke pintu bilik tidurnya, pintu dibuka perlahan. Kelibat abang sulungnya yang berada di hadapan muka pintu dipandang hairan.

"Ya, along. Along ada apa-apa nak cakap?" Tanya Sophia Isabelle dengan nada lembut dan perlahan. Terkebil-kebil mata Sophia Isabelle memandang wajah abang sulungnya, Heyez Que Ian Alhandro. Dia menolak perlahan kerusi roda Sophia Isabelle. Ada sesuatu mereka adik-beradik perlu bincangkan di bawah.

Sophia Isabelle terpinga-pinga sendirian apabila abangnya menolak kerusi rodanya ke bawah. Dia ada buat salah besar ke? Tapi apa yang dia dah buat? Dia langsung tidak ingat apa-apa. Heyez Que Ian memandang adiknya yang berada di atas kerusi roda. Dia tahu apa yang bermain di fikiran adik kesayangannya sekarang.

"Harraz Que Ian Alhandro, kau buat apa?!" Jerit Heyez Que Ian dengan nada sangat kuat. Dia baru sahaja turun bersama Sophia Isabelle, Tak sampai lima minit dia naik ke atas, ruang tamu di tingkat bawah sudah berselerak sana-sini. Apa nak jadi dengan diorang ni?

"Rileks, Along. It's not all my fault but Haylzer's, Haylzen's and Hazken's. I just want to clean everything up," ujar Harraz Que Ian dengan nada mendatar, matanya tajam merenung wajah Heyez Que Ian yang kelihatan sangat tegang dan bengis. Harraz Que Ian menyambung kerjanya membersihkan ruang tamu dengan bantuan adik perempuannya.

Heyez Que Ian menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan. Harraz Que Ian pantas menutup kedua-dua belah telinga Sophia Isabelle dengan tangannya. Dia tahu gunung berapi itu akan meletus tidak lama lagi, Harraz Que Ian memeluk Sophia Isabelle sambil menutup kedua-dua telinga adiknya.

"Haylzer, Haylzen dan Hazken. Turun sekarang!" Bergema seluruh rumah agam itu dengan jeritan dari Heyez Que Ian. Sophia Isabelle terkejut mendengar jeritan abang sulungnya, dia menoleh dan memeluk erat tubuh tegap abang keduanya itu. Tubuhnya menggigil ketakutan, dia menggenggam erat baju yang dipakai oleh abangnya.

"Bro, slow down your voice. Don't yell too loud, you make her scared," kata Harraz Que Ian dengan nada mendatar, matanya tajam merenung wajah bengis Heyez Que Ian. Harraz Que Ian mengusap lembut kepala adik kesayangannya sambil tersenyum manis. Dia mengucup lembut dahi adiknya untuk menenangkan adiknya daripada ketakutan.

Heyez Que Ian meraup kasar mukanya, dia mengeluh perlahan. Dia seperti baru tersedar dari dunia nyata, Heyez Que Ian cuba sedaya upaya mengawal emosinya. Dia tidak mahu orang lain terkena api kemarahannya. Heyez Que Ian melangkah menghampiri Harraz Que Ian dan Sophia Isabelle yang berada tidak jauh darinya.

"I'm truly sorry, Wildstar. Along tak sengaja, I won't do it that again," kata Heyez Que Ian dengan nada lembut dan perlahan sambil menarik Sophia Isabelle ke dalam pelukannya. Dia mencium lembut kepala adik kesayangannya sambil tersenyum manis.

"It's okay, adik tak apa-apa," ujar Sophia Isabelle dengan nada perlahan sambil tersenyum manis. Dia membalas pelukan abangnya dengan sangat erat. Walaupun dia tidak sempurna seperti gadis-gadis di luar sana. Namun, abang-abangnya tidak pernah membandingkan dirinya dengan orang lain.

Dibuang keluarga sendiri bukanlah perkara baru. Dia dibenci dan dihina oleh ibu bapanya sendiri, amat pedih. Mereka tidak mengaku dia sebagai seorang anak. Lebih perit dan dia harus menerimanya dengan hati yang ikhlas. Mereka sanggup memberikan dirinya kepada orang lain yang merupakan kawan baik mereka.

Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh keluarga angkatnya. Adik-beradiknya yang berusia hampir empat tahun sanggup meninggalkan keluarga kandung demi dirinya. Tan Sri Zachary Aldric dan Puan Sri Marion Rose, adalah datuk dan nenek yang sangat menyayangi mereka semua.

Setinggi mana pun ilmu seseorang itu tidak boleh mewarisi keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah SWT. Maka, ingatlah bahawa sesungguhnya Allah SWT tidak mahu hamba-Nya tersasar jauh dari landasan kebenaran dan keadilan menuju ke Syurga Firdaus.

My Adopted Brother Mr. Mafia Where stories live. Discover now