Part 3 💣

78 5 2
                                    

Seorang lelaki menyiapkan kerja di pejabatnya dengan begitu teliti. Memerhatikan dan meneliti semula semua dokumen penting yang perlu ditandatangani olehnya. Dokumen kewangan syarikat itu dicampak ke lantai.

"Berani betul kau uji kesabaran aku, kan? Tak apa, tak apa. Kau nak sangat main-main dengan aku, kan? Okay," ujar lelaki itu sendirian dengan nada perlahan. Dia paling pantang kalau ada yang berani kacau dia. Nafas lelaki itu turun naik menahan amarah yang membuak-buak. Pandangan matanya dipenuhi dengan api kemarahan seperti binatang buas.

"Ryan, masuk bilik aku sekarang," arah lelaki itu dengan nada dingin. Tanpa menunggu jawapan daripada Ryan D'Alvize, lelaki itu terus mematikan interkom. Tidak lama selepas itu, ketukan di pintu pejabat mengejutkan lelaki itu.

Ryan D'Alvize melangkah masuk dengan tablet di tangan. Dia berdiri betul-betul di hadapan lelaki itu, dia hanya diam menunggu dengan penuh sabar apa yang ingin diperkatakan oleh lelaki itu. Apa agaknya tujuan lelaki itu memanggilnya masuk?

"Aku nak kau siasat siapa yang gelap kan duit syarikat aku," ujar lelaki itu dengan nada mendatar, matanya tajam merenung wajah dingin Ryan D'Alvize yang berada di hadapannya. Dia memberikan dokumen penting yang diteliti sebentar tadi.

"Easy," kata Ryan D'Alvize dengan nada mendatar, matanya memerhati dokumen di tangannya. Lelaki itu tersenyum sinis mendengar kata-kata Ryan D'Alvize. Dia tahu kerja ini terlalu senang untuk seorang lelaki bernama Ryan D'Alvize Zac Zillion.

"Good, put all the details at my table by tomorrow morning," kata lelaki itu dengan nada mendatar, matanya tajam merenung wajah dingin PAnya yang berada di hadapan. Ryan D'Alvize hanya mengangguk perlahan sebagai balasan, dia melangkah keluar meninggalkan lelaki itu sendirian.

"Zhar, you should go to your family's house your dad you want to see you," ujar Ryan D'Alvize dengan nada mendatar, dia menutup semula pintu pejabat Tengku Zharriell. Biarlah lelaki itu menguruskan kerja-kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

Tengku Zharriell mengeluh perlahan, menjadi satu-satunya harapan keluarga bukanlah satu perkara yang mudah. Pada usia muda dia dipikul dengan tanggungjawab yang besar. Menjadi seorang CEO, chef di hotelnya sendiri dan ketua mafia bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dibanggakan.

Dia terperangkap antara keinginannya sendiri dan keinginan keluarganya. Apa yang patut dia buat? Dia tidak minta banyak, dia hanya nak bersendirian dan kebebasan menikmati masa mudanya. Orang lain di luar sana seusianya bebas untuk pergi ke kolej dan memilih keinginan mereka sendiri.

Pada usia dua puluh tahun dia terpaksa mengambil alih syarikat-syarikat yang dibangunkan oleh nenek moyangnya yang diwariskan dari generasi ke generasi. Walaupun dia memiliki harta dan syarikat sendiri, itu tidak bermakna dia boleh lari daripada tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ahli perniagaan yang terkemuka.

Tengku Zharriell membaca komen-komen yang diberikan oleh para pembaca mengenai novel yang ditulis olehnya. Tengku Zharriell tertarik dengan seorang gadis yang membaca novelnya bernama Miss Lavender. Tidak lama selepas itu, gadis kecil itu menghantar pesanan ringkas kepada Tengku Zharriell.

Kata-kata semangat yang diberikan oleh gadis kecil itu membuatkan Tengku Zharriell tersenyum manis buat pertama kali selepas kejadian hitam menimpa dirinya dan membuatkan dia kehilangan seseorang paling berharga dalam hidupnya.

Tengku Zharriell dapat merasakan kelembutan dan kehangatan yang ditunjukkan oleh gadis kecil itu pada dirinya. Sangat menenangkan, masalah yang dihadapinya bagaikan terbang pergi. Tengku Zharriell membalas mesej tersebut dan bertanyakan nama dan umur gadis kecil itu.

Gadis kecil itu menjawab soalan satu persatu dengan penuh kejujuran. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menipu tentang latar belakangnya. Tengku Zharriell tersenyum manis membaca mesej yang dihantar oleh gadis kecil itu. Jadi nama gadis kecil itu ialah Sophia Isabelle Riverra? Nama yang sangat cantik dan menarik.

Walaupun mereka baru berkenalan sebentar tadi. Namun, dia dapat merasakan keikhlasan dan kejujuran Sophia Isabelle. Gadis kecil itu telah menceritakan apa yang berlaku kepadanya sehingga dia dibawa ke hospital baru-baru ini. Dia mengaku, dia agak terkejut apabila mendengar apa yang berlaku kepada gadis kecil itu.

Tengku Zharriell pantas bertanya tentang kesihatan gadis kecil itu, sama ada dia sudah makan atau belum. Dia mengetuk meja kerjanya dengan jari telunjuk sambil menunggu jawapan daripada Sophia Isabelle. Tengku Zharriell mengambil keputusan untuk menghubungi gadis kecil itu menggunakan nombor telefon yang diberikan oleh Sophia Isabelle sebentar tadi.

Tengku Zharriell melonggarkan tali leher yang menjerut lehernya sambil menunggu panggilan telefon disambung, tiga butang baju teratas dibuka untuk menambahkan lagi keselesaan. Dia tersenyum nipis apabila panggilan telefonnya berjaya disambungkan.

"Hai, sayang abang. Buat apa tu?" Tanya Tengku Zharriell dengan nada lembut dan perlahan sambil menikmati pemandangan indah dari tingkap pejabatnya. Sophia Isabelle terkedu apabila mendengar panggilan yang diberikan Tengku Zharriell kepadanya. Sayang abang?

"Hai, abang. Tak buat apa-apa pun, tak boleh keluar wad lagi," ujar Sophia Isabelle dengan nada lembut dan perlahan, suaranya sedikit serak mungkin kerana baru bangun dua hari lepas. Entahlah, dia pun tak tahu. Asalkan dia boleh bercakap dan berkomunikasi dengan baik itu sudah memadai.

Tengku Zharriell tersenyum manis apabila mendengar suara lembut Sophia Isabelle yang berada di corong telefon walaupun sedikit serak namun itu tidak menjadi penghalang untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Tengku Zharriell dapat merasakan dia mula menyayangi gadis kecil itu.

"It's okay, sayang. Tak lama pun, trust me, okay," ujar Tengku Zharriell dengan nada lembut dan ceria. Jika dia berada di sisi gadis kecil itu, dia akan memeluk tubuh kecil itu dengan erat dan menemaninya supaya Sophia Isabelle tidak berasa bosan dan sunyi.

"Kalau abang ada dekat sini mesti seronok, kan?"

"I hope I was there too, sayang. I'll comfort you and I'll cuddle you all the time, sayang."

Sophia Isabelle yang berada di atas katil pesakit hanya mampu tersenyum manis. Kalau Tengku Zharriell ada di hadapannya, pasti dia akan mencium pipi lelaki itu dan mencubit-cubit pipi Tengku Zharriell semahu-mahunya.

"Sayang, okay tak? Kenapa diam aje ni?" Tanya Tengku Zharriell dengan nada lembut dan perlahan, dia tidak senang duduk apabila tidak mendengar respon daripada gadis kecil kesayangannya itu. Kebisuan Sophia Isabelle membuatkan jantungnya berdegup kencang, hatinya tidak tenang.

"Eh...ya, abang. Sophia ada aje ni," ujar Sophia Isabelle dengan nada lembut dan perlahan, dia cuba sembunyikan rasa gugup yang melanda dirinya. Sophia Isabelle berdehem perlahan, dia cuba berlagak tenang seperti tiada apa yang berlaku. Dia menampar lembut pipinya sendiri.

"A...abang, boleh Sophia tanya sesuatu?" Soal Sophia Isabelle dengan nada terketar-ketar. Dia takut soalan yang diajukan olehnya boleh menyinggung perasaan lelaki itu. Tengku Zharriell tersenyum manis apabila mendengar suara Sophia Isabelle yang sedikit bergetar apabila bercakap dengannya.

"Tanya apa tu, sayang? Don't be afraid, I don't eat people. I eat rice," ujar Tengku Zharriell dengan nada lembut, dia tergelak kecil di hujung ayatnya. Sophia Isabelle terkedu apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Dia gelakkan aku? Memang nak kena dia ni, ish.

"Kenapa abang panggil Sophia sayang?" Tanya Sophia Isabelle dengan nada lembut dan perlahan, dia meramas-ramas hujung baju pesakit hospital yang tersarung di tubuhnya. Tengku Zharriell tersenyum manis apabila terbayang wajah cantik Sophia Isabelle di hadapannya.

"I call you Sayang because I love you, Sophia," ujar Tengku Zharriell dengan nada lembut sambil tersenyum sendiri. Dia memejamkan matanya cuba membayangkan seolah-olah wajah cantik Sophia Isabelle berada di hadapannya. Tengku Zharriell tidak ubah seperti orang gila.

Mamma, finalmente. Ho trovato la mia cheerleader.

My Adopted Brother Mr. Mafia Where stories live. Discover now