Part 1 💣

127 9 0
                                    

Sophia Isabelle terpisat-pisat bangun dari tidur yang lena, gadis itu menggeliat kecil di atas katil. Dia mencapai telefon pintarnya yang berada di sebelah, terbeliak matanya apabila melihat jam sudah pukul lapan empat puluh lima pagi.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan pintu bilik mengejutkan Sophia Isabelle yang berada di atas katil. Dia tahu itu pasti pengasuh yang diupah oleh abang-abangnya untuk menjaganya. Dia mengeluh perlahan, dia tahu nasib malang akan menimpa dirinya.

"Hei, perempuan! Bangun sekarang!" Jerit seorang gadis muda bernama Naufalya Trysha. Nama sahaja yang sedap tapi perangai mengalahkan iblis. Abang-abangnya mengupah gadis itu apabila mereka semua tiada di rumah.

Sophia Isabelle menggigil ketakutan, dia tahu apa yang gadis itu akan lakukan kepadanya. Naufalya Trysha perlahan-lahan mendekati Sophia Isabelle yang berada di atas katil sambil tersenyum sinis. Dia suka melihat riak ketakutan di wajah gadis itu.

Dia pasti akan menyeksa gadis kecil itu sepuas-puasnya semasa ketiadaan abang-abang gadis kecil itu. Naufalya Trysha menarik kerusi roda dengan kasar untuk menuju ke arah Sophia Isabelle yang berada di atas katil.

"Cepat naik," kata Naufalya Trysha dengan nada dingin, matanya tajam merenung wajah ketakutan Sophia Isabelle terhadapnya. Dia menyelak selimut yang berada di badan gadis kecil itu dengan kasar. Tubuh Sophia Isabelle menggeletar ketakutan yang amat sangat.

"Ta...tapi kak Naufalya So...sophia tak boleh naik sendiri," ujar Sophia Isabelle dengan nada terketar-ketar, dia tidak berani bertentang mata dengan pengasuh yang diupah oleh abang-abangnya.

Naufalya Trysha terlalu menakutkan dan kejam kepadanya. Salahkah dia dilahirkan begini? Seandainya dia boleh memilih nasibnya sendiri, dia akan memilih untuk tidak dilahirkan di dunia ini.

Naufalya Trysha merengus geram apabila mendengar kata-kata Sophia Isabelle, dia menarik kasar pergelangan tangan gadis kecil itu untuk bangun. Sophia Isabelle meringis kesakitan apabila tangannya ditarik kasar oleh Naufalya Trysha.

Dia tidak menyangka gadis yang dipuja-puja orang sekeliling itu sebenarnya syaitan bertopengkan manusia dan berperangai seperti syaitan. Rasanya syaitan pun tidak ingin mengaku gadis itu sebagai bangsa dan keturunan mereka.

Naufalya Trysha menolak kerusi roda gadis kecil itu ke dalam bilik air, dia menolak Sophia Isabelle turun ke lantai bilik air. Naufalya Trysha pantas membuka pili air dan menyiram gadis kecil itu tanpa belas kasihan. Sophia Isabelle tercungap-cungap apabila dibuat begitu.

Dia cuba merayu-rayu dan meraih simpati tetapi semuanya sia-sia. Rayuannya langsung tidak diendahkan, malah Naufalya Trysha seronok menyiram dan melibas badannya menggunakan paip air yang besar dan panjang.

Berapa lama lagi dia harus menderita seperti ini? Setiap hari ada kesan lebam dan luka di seluruh badannya. Nasib baik abang-abangnya tidak pernah mengesyaki apa-apa, jika tidak nyawa Naufalya Trysha akan menjadi taruhan bila-bila masa.

"Kak... cukup, kak... saya dah tak tahan," ujar Sophia Isabelle dengan nada lembut dan perlahan sambil cuba menahan batang paip daripada terus mengenai tubuhnya. Naufalya Trysha merengus geram, dia masih tidak puas memukul dan melibas gadis kecil itu. Namun, itu tidak menjadi masalah baginya. Dia masih mempunyai banyak masa untuk menyeksa gadis kecil itu sepuas-puasnya.

"Cepat mandi, menyusahkan orang betullah," arah Naufalya Trysha dengan nada dingin, matanya tajam merenung wajah cantik Sophia Isabelle yang basah dengan air mata. Dia mencampakkan batang paip itu ke lantai dan berlalu meninggalkan gadis kecil itu sendirian.

Sophia Isabelle menangis teresak-esak sambil memeluk tubuhnya dengan erat. Apa lagi yang perlu dia hadapi selepas ini? Cukup. Cukuplah, dia tidak sanggup untuk menerima semua ini lagi. Setiap hari pasti dia akan terus dipukul dan dimarah tanpa sebab yang kukuh.

My Adopted Brother Mr. Mafia Where stories live. Discover now