Part 5 💣

55 5 0
                                    

Tengku Zharriell menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Dia semakin bersemangat apabila ditemani oleh gadis kecil kesayangannya itu. Tengku Zharriell tersenyum manis apabila mendengar suara Sophia Isabelle berceloteh panjang tentang aktiviti hariannya.

Kadangkala Tengku Zharriell mencelah dan bertanya apa yang membuatkan gadis kecil kesayangannya itu bad mood. Mereka bertukar cerita antara satu sama lain. Senyuman manis itu tidak lekang dari bibir Tengku Zharriell.

"Abang, boleh adik tanya something tak?" Soal Sophia Isabelle dengan nada lembut dan perlahan, dia mengetap lembut bibir bawahnya. Dia takut soalan yang diajukan itu mungkin menyinggung perasaan lelaki itu, dia tidak mahu Tengku Zharriell terasa hati dengan kata-katanya.

"Apa dia, sayang?"

"Abang kerja apa?"

"Chef dekat Bee Hotel," ujar Tengku Zharriell dengan nada lembut dan perlahan, dia cuba membayangkan reaksi gadis kecil itu. Sophia Isabelle terkedu apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Tengku Zharriell seorang chef dekat hotel terkenal? Wah, hebatnya!

"Wah... hebatlah, abang. Nanti bolehlah ajar adik masak!" Kata Sophia Isabelle separuh menjerit, dia menjadi teruja apabila terbayang wajah lelaki itu sedang masak di hadapannya. Tengku Zharriell tersenyum hambar apabila mendengar pujian yang diberikan oleh Sophia Isabelle.

"Mana adalah, sayang abang. Biasa-biasa ajelah, tak ada yang hebat," ujar Tengku Zharriell dengan nada lembut dan perlahan, dia cuba merendah diri di hadapan gadis kecil kesayangannya itu. Rasanya dia tidak perlu bermegah dengan apa yang dia ada.

"Everyone has their advantages and privileges in something, so we don't need to be proud and show off what we have. We may think that we are great, but without us realizing our advantages and privileges will cause big problems for others."

Sophia Isabelle tersenyum manis apabila mendengar kata-kata Tengku Zharriell kepadanya. Memang benar apa yang cuba disampaikan lelaki itu kepadanya, sehebat mana pun seseorang itu, dia tidak dapat menjamin kehidupan yang lebih sempurna.

Kuasa dan keagungan menjadi rebutan, maruah diri yang dulu berharga kini tidak dipandang. Mereka sanggup menggadai dan memijak maruah sendiri kerana kerakusan yang menguasai diri. Mereka sanggup mengorbankan harga diri mereka untuk sesuatu yang mungkin tidak mampu mereka capai.

Orang lain di luar sana pasti beranggapan kehidupan yang dilaluinya sangat indah dan menyenangkan kerana dia memiliki segala-galanya tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu.

Namun, tanpa pengetahuan mereka, dia telah dididik sebaik mungkin agar tidak bergantung kepada orang lain atau keluarganya sendiri. Pada usia lima belas tahun, dia terpaksa mempelajari selok-belok dunia perniagaan dan mengambil alih syarikat yang dibangunkan oleh keluarganya.

"Sayang abang, nak kenal dengan seseorang tak?" Tanya Tengku Zharriell dengan nada lembut sambil tersenyum manis, dia mengerling ke arah pintu bilik yang terbuka sedikit. Dia tahu Ryan D'Alvize sedang memerhatikannya tanpa sedar. Tetapi malangnya dia dapat merasakan kehadiran Ryan D'Alvize.

"Siapa, abang?" Soal Sophia Isabelle dengan nada yang lembut dan perlahan, siapa agaknya yang ingin diperkenalkan oleh Tengku Zharriell kepadanya. Dia pun tak tahu. Dia berharap orang itu dapat menerima dia seadanya.

"My PA, he's will be your bodyguard soon," ujar Tengku Zharriell dengan nada lembut, dia mengemas barang-barang yang berselerak di atas mejanya. Dia memberi isyarat kepada Ryan D'Alvize untuk masuk ke dalam.

"Siapa nama dia, abang? Boleh ke dia terima keadaan adik?" Soal Sophia Isabelle dengan nada yang lembut, dia sedikit takut apabila membayangkan bagaimana penerimaan lelaki itu terhadapnya. Tengku Zharriell tersenyum nipis dia tahu Sophia Isabelle takut dan trauma bertemu orang baru selepas apa yang dilalui gadis kecil itu.

My Adopted Brother Mr. Mafia Where stories live. Discover now