Part 6 💣

97 6 0
                                    

Seorang gadis misteri masuk ke bilik tahanan di mana mangsanya sedang tidur keletihan di atas kerusi renjatan elektrik yang direka khas untuk menyeksa semua mangsanya. Gadis misteri itu mengarahkan orang bawahannya membawa sebaldi air garam yang masih panas menggelegak.

"Flush the girl," arah gadis misteri itu dengan nada dingin, matanya tajam merenung wajah pucat mangsanya yang sedang tidur keletihan di atas kerusi renjatan elektrik. Lelaki itu mengangguk perlahan dan terus menyimbah air garam panas yang masih menggelegak ke arah mangsa bosnya.

"Argh, sakitnya!" Jerit Naufalya Trysha dengan sangat kuat, suaranya yang nyaring membuatkan seluruh bilik itu bergema. Gadis misteri itu duduk di atas sofa menghadap mangsanya. Naufalya Trysha menggelupur kesakitan di atas kerusi renjatan elektrik.

"Buongiorno, mia vittima. O dovrei chiamarti Zenith Almora Liora?" Tanya gadis misteri itu dengan nada sinis, matanya tajam merenung wajah pucat mangsanya. Naufalya Trysha terkejut apabila mendengar gadis misteri itu menyebut nama sebenarnya.

Macam mana gadis misteri itu boleh tahu nama sebenarnya? Siapa gadis misteri itu sebenarnya? Perasaan takut mula menyelubungi dirinya, tubuhnya menggigil ketakutan. Wajahnya menjadi sangat pucat, bibirnya menggeletar hebat.

Gadis misteri itu menyeringai jahat, puas hati dia dapat menakut-nakutkan Naufalya Trysha atau lebih tepat lagi Zenith Almora. Gadis misteri itu berjalan perlahan ke arah mangsanya dengan senyuman sinis. Baru digertak sikit, dah takut. Itu belum dia melakukan apa-apa di luar jangkaan gadis itu lagi.

"Aww, are you scared? Don't be scared, I won't kill you. But, I'll torture you until begging for your death," kata gadis misteri itu dengan nada dingin, matanya tajam merenung wajah pucat mangsanya. Dia mengusap lembut rambut perang Zenith Almora yang tidak ubah seperti orang gila.

"Who are you? How did you know my real name?" Tanya Zenith Almora dengan nada dingin, suaranya yang serak membuatkan tekaknya terasa sangat perit untuk bercakap. Gadis misteri itu tergelak kecil mengenangkan pandangan mata gadis itu yang penuh ketakutan ketika bertentang mata dengannya.

"Who am I? You don't need to know who I am. What you need to know, I'm Thorn Princess Killer," kata gadis misteri itu dengan nada dingin, renungan matanya yang tajam dan dingin membuatkan Zenith Almora takut nak bertentang mata dengan dia.

"I also know that you kidnapped Naufalya Trysha and pretended to be her. Now, I want to ask you. Where are you hiding Naufalya Trisha?"

"A...aku...ta... tak...ta... tahu."

Gadis misteri itu tergelak kecil mendengar suara Zenith Almora bergetar apabila bercakap dengannya. Tak tahu ya? Okay. Semakin rumit permainan yang dicipta oleh gadis itu, semakin dia suka dan semakin mudah baginya untuk menyeksa gadis itu.

Gadis misteri itu menyeringai jahat, dia menggeleng perlahan. Geli hati melihat riak ketakutan di wajah Zenith Almora. Tak sangka pula gadis kejam seperti Zenith Almora juga takut dibunuh. Lain kali, sebelum melakukan sesuatu, fikir baik dan buruknya dulu. Jangan main terjah sahaja.

"Take the torture items now put them on the table, time to play," arah gadis misteri itu dengan nada dingin dan tegas, dia berjalan mengelilingi mangsanya. Dia membelai lembut wajah pucat Zenith Almora, lagak seperti orang psiko.

Aura yang tegang dan menakutkan membuatkan gadis itu tidak senang duduk, peluh dingin mengalir di pipinya. Dia meneguk air liurnya yang tiba-tiba terasa kesat di kerongkong. Dia tidak boleh mati seperti ini, sekurang-kurangnya tidak di tangan gadis misteri itu. Dia perlu memikirkan cara untuk keluar dari bilik ini dan hidup bebas.

Ada apa pada Sophia Isabelle sehinggakan orang luar pun sanggup melindungi dan menjaganya seperti permata yang berharga? Dia tidak pernah menyangka gadis cacat seperti Sophia Isabelle akan disayangi ramai orang. Apa yang mereka semua lihat pada gadis kecil itu?

My Adopted Brother Mr. Mafia Where stories live. Discover now