Part 4 💣

72 5 0
                                    

Naufalya Trysha kelam-kabut mengemas barang keperluannya. Dia harus keluar dari sini dengan cepat sebelum dia ditangkap oleh abang-abang Sophia Isabelle. Naufalya Trysha tidak menyedari dia telah dikepung oleh orang bawahan Heyez Que Ian.

Naufalya Trysha menyelinap masuk ke dalam bilik tidur Sophia Isabelle dan melangkah ke arah bilik persalinan yang menyimpan pakaian dan barang kemas bernilai hampir trilion ringgit. Dia bercadang untuk mencuri barang kemas dan menjualnya semula untuk mendapatkan duit.

Senyuman sinis terukir di bibir seseorang yang sedang memerhatikan kegiatan keji yang dilakukan oleh Naufalya Trysha dari kamera perangkap yang dipasang di seluruh kawasan perumahan dan di dalam rumah. Gadis itu tidak akan dapat melepaskan diri dari cengkamannya, dia akan memastikan gadis itu merana sepanjang hidup.

"When will we act, Young Miss?" Soal seorang lelaki yang sedang memerhatikan kamera perangkap yang dipasang secara senyap. Sungguh kejam apa yang gadis itu lakukan kepada Sophia Isabelle.

Nampaknya Naufalya Trysha telah berjaya membangunkan naga dalam diri Cik Muda mereka, sebaik sahaja naga itu bangun agak sukar untuk mengawalnya dan menidurkannya semula.

"Now," kata gadis misteri itu dengan nada dingin, serentak dengan itu semua lampu dimatikan melalui komputer. Semua ahli sudah bersiap sedia mengambil posisi masing-masing seperti yang dirancang oleh mereka semua beberapa hari lepas.

Gadis misteri itu melangkah masuk ke dalam rumah yang gelap gelita tanpa sebarang lampu.
Dia sudah biasa jadi dia tidak takut, dia memakai spek mata yang mempunyai teknologi canggih yang boleh membantu dia melihat dalam gelap.

"Ready at your position! I will lure her into our trap, get ready," bisik gadis misteri itu melalui earpiece yang dipakai di telinganya. Gadis misteri itu berjalan perlahan dan memerhati keadaan sekeliling, risau sekiranya Naufalya Trysha mengetahui kehadirannya di dalam rumah agam itu.

Naufalya Trysha yang berada di dalam bilik persalinan terkejut apabila lampu tiba-tiba terpadam dengan sendirinya. Butang lampu suluh di telefon pintarnya dibuka untuk memudahkan urusan, dia mengeluh perlahan apabila apa yang dicarinya tiada.

"Ish, kenapa semua barang kemas tak ada? Mana perempuan tu letak? Aku rasa ada dekat sini."

"Looking for all of this?"

Naufalya Trysha tersentak apabila terdengar suara seseorang menegurnya dari belakang. Dia terus menoleh ke belakang dan melihat siapa yang menegurnya sebentar tadi. Berkerut dahi Naufalya Trysha apabila melihat kelibat seorang gadis misteri yang kelihatan samar-samar di hadapannya.

Bilik yang gelap gelita itu menyukarkan dia untuk mengetahui siapa sebenarnya yang berada di hadapannya, apa yang dia dapat lihat gadis misteri itu memakai pakaian yang agak ketat dan juga topeng muka. Dia pasti gadis misteri itu memakai pakaian serba hitam.

"Siapa kau? Apa yang kau nak?" Tanya Naufalya Trysha dengan nada dingin, suaranya separuh menjerit mungkin kerana terlalu takut untuk berhadapan dengan orang yang tidak dikenali? Entahlah, dia pun tak tahu. Persetankan semua itu. Apa yang dia tahu dia perlu memikirkan cara untuk keluar dari rumah agam itu.

"You will not be able to escape from my grip, Naufalya Trysha," ujar gadis misteri dengan nada sinis, matanya tajam merenung wajah ketakutan gadis durjana di hadapannya. Naufalya Trysha agak terkejut apabila mendengar gadis misteri di hadapannya menyebut namanya. Macam mana gadis misteri ini boleh tahu namanya? Siapa dia sebenarnya?

"Aww, are you scared, little bitch? Don't be scared. I won't hurt you I but I will torture you until you can't bear to live anymore," kata gadis misteri itu dengan nada dingin, matanya merenung tajam wajah pucat tidak berdarah milik Naufalya Trysha.

My Adopted Brother Mr. Mafia Where stories live. Discover now