Part 2💣

84 6 0
                                    

Elra Clara mundar-mandir di bilik bedah tempat Sophia Isabelle ditempatkan. Keadaan gadis kecil itu tidak begitu teruk apabila dikejarkan ke hospital, nasib baik dia bertindak cepat membawa Sophia Isabelle ke hospital secepat mungkin untuk dirawat.

Racun arsenik ini sangat berbahaya kepada tubuh manusia dan hanya memerlukan dua ratus miligram, atau bersamaan dengan setitis air hujan, untuk membuat seseorang mati dalam masa dua jam.

Orang yang terkena racun arsenik ini biasanya mengalami muntah-muntah, kekejangan dan kemudian terus mati. Tidak hairanlah racun arsenik boleh digelar sebagai raja racun.

Nasib baik dia sempat membawa Sophia Isabelle ke hospital secepat mungkin sebelum terlambat. Masih berbaki sejam sebelum racun arsenik bertindak meragut nyawa gadis kecil itu, semoga doktor berjaya sebelum Sophia Isabelle kehilangan nyawanya sendiri.

"Ella!" Dia terkejut apabila terdengar suara seseorang menjerit namanya, bunyi tapak kaki bergema di dalam ruangan itu. Elra Clara menoleh ke belakang untuk melihat Heyez Que Ian dan adik-beradiknya menuju ke arahnya.

Amarahnya tiba-tiba saja mencacak naik, Elra Clara terus menampar pipi Heyez Que Ian. Semua yang berada di situ terkejut dengan tindakan drastik gadis itu, pandangan mata Elra Clara penuh dengan kesedihan dan kemarahanyang boleh meletus pada bila-bila masa.

"What is this slap for?" Soal Heyez Que Ian dengan nada tenang sambil memegang pipinya yang ditampar sebentar tadi. Dia agak terkejut apabila tiba-tiba dia ditampar sebegitu tetapi dia cuba berlagak tenang di hadapan adik-adiknya seperti tiada apa yang berlaku.

"This is for what Naufalya did to Sophia, my sister," kata Elra Clara dengan nada dingin dan penuh amarah, air matanya mengalir apabila mengenangkan kejadian tadi. Dia tidak boleh terima jika ada orang menyakiti Sophia Isabelle, adik kesayangannya.

"Aku tak tahu perempuan tak guna tu akan buat macam tu pada Sophia," kata Heyez Que Ian dengan nada mendatar, dia tidak kisah menerima tamparan Elra Clara kerana dia tahu dia layak menerimanya.

Dia tahu sebab sebenar Elra Clara menampar pipinya, dia sedar akan kesilapan yang dia lakukan tanpa berfikir panjang. Sebagai seorang abang, dia sepatutnya menyiasat latar belakang dan hati budi seseorang dulu sebelum diterima bekerja. Namun, dia terlalu sibuk dengan kerja sehingga melupakan perkara penting seperti itu.

"After this, let me take care of Sophia. As for the stupid girl, let me handle it," ujar Elra Clara dengan nada dingin, matanya tajam merenung wajah abang-abang Sophia Isabelle sebelum berlalu meninggalkan mereka semua di situ. 

Dia ada perhitungan yang perlu dibuat dengan Naufalya Trysha, dia pasti gadis itu sedang mengemas barang-barangnya untuk melarikan diri. Namun, tanpa disedari oleh gadis itu sendiri, dia telah mengepung seluruh kawasan perumahan itu tanpa disedari. Permainan akan bermula, kita tengok siapa yang akan menang.

"Where is Elra going, Heyez?" Soal Harraz Que  Ian dengan nada mendatar, dia dapat merasakan sesuatu yang berbahaya akan berlaku kepada Naufalya Trysha sebentar lagi. Dia malas hendak mengambil tahu apa yang Elra Clara akan lakukan terhadap gadis tidak berguna itu.

"Someone is going to live a miserable life soon," itu sahaja yang dia mampu katakan saat ini. Dia tidak sangka gadis berpakaian tutup litup dan berpurdah seperti itu memiliki hati yang busuk dan kotor. Dia tidak boleh membiarkan orang seperti itu mencemarkan nama baik dan agama Islam tanpa rasa bersalah.

Seorang doktor wanita keluar dari bilik pembedahan tempat Sophia Isabelle diletakkan. Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar. Nasib baik pesakit dibawa ke hospital secepat mungkin sebelum terlambat. Dos yang digunakan sangat melebihi jangkaan mereka semua.

"Siapa ahli keluarga pesakit bernama Sophia Isabelle?" Ujar seorang wanita yang bertanggungjawab membedah Sophia Isabelle. Heyez Que Ian dan adik-beradiknya melangkah menghampiri doktor yang baru keluar dari bilik bedah.

Jantung mereka berdegup kencang seperti mahu melompat keluar dari badan. Otak dan hati saling bertengkar antara satu sama lain, saling menafikan andaian yang bermain di hati dan fikiran masing-masing. Tidak putus-putus mereka semua berdoa agar Sophia Isabelle selamat dan okey.

"How is Sophia's condition, doctor?" Soal Harzrison Que Ian dengan nada cemas, matanya tajam merenung wajah doktor di hadapannya. Janganlah ada sesuatu yang buruk berlaku pada adik kesayangan mereka. Dia tidak akan dapat memaafkan dirinya jika sesuatu berlaku kepada Sophia Isabelle.

"Sophia's condition is good, thank God. It's just that when she is fully healthy, she will have to undergo surgery to remove the blood clot. If not, Sophia's condition is left in danger."

Heyez Que Ian dan adik-beradiknya terkejut apabila mendengar kata-kata doktor itu. Darah beku? Tidak mungkin. Macam mana semua ini boleh berlaku? Mereka semua berasa seperti dihempap batu besar. Kenapa mereka tidak tahu tentang perkara ini sebelum ini?

"It can't be...How can Sophia have blood clots in her body, doctor?" Soal Harzrison Que Ian dengan nada dingin matanya tajam merenung wajah doktor di hadapannya. Heyez Que Ian jatuh terjelepuk di atas lantai, air mata mengalir di pipinya. Dia menangis teresak-esak di hadapan pintu bilik bedah.

Harraz Que Ian dan adik-beradiknya memeluk erat tubuh tegap abang sulung mereka itu. Mereka semua tahu apa yang Heyez Que Ian rasa sekarang kerana mereka merasakan perkara yang sama. Kesedihan dan kehancuran semuanya digabungkan menjadi satu.

Heyez Que Ian menangis semahu-mahunya di dalam pelukan adik-beradiknya, tangisan dan raungannya semakin kuat memenuhi ruang bilik pembedahan di mana Sophia Isabelle berada. Luluh hati mereka semua mendengar tangisan dan raungan Heyez Que Ian dalam pelukan mereka.

"Shh, Sophia will be safe. She won't leave us, believe me," kata Harzrison Que Ian dengan nada lembut dan perlahan sambil mengusap lembut belakang badan abang sulungnya itu. Yang lain hanya mampu menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan kata-kata Harzrison Que Ian sebentar tadi.

"Just do Sophia's surgery, doctor. I will sign the agreement letter," ujar Heyez Que Ian dengan nada dingin, matanya tajam merenung wajah jelita gadis di hadapannya. Harzrison Que Ian mengerling sekilas tanda nama di dada kiri gadis itu yang agak unik.

Ashlyn Delia Graciella.

Harzrison Que Ian tersenyum sinis dalam diam sambil berpeluk tubuh memerhatikan gadis kecil di hadapannya. Jadi selama ini gadis yang dicari-cari hampir seluruh dunia sebenarnya berada di Manhattan berdekatan dengannya sahaja? Kecil sungguh dunia ini.

"Heyez, let me sign it. You and the others stay here," ujar Harzrison Que Ian dengan nada mendatar, matanya tajam merenung wajah cantik Ashlyn Delia yang berada tidak jauh darinya.

Heyez Que Ian hanya mampu menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Harzrison Que Ian berjalan pergi bersama Ashlyn Delia untuk menandatangani borang kebenaran untuk pembedahan.

Mata Harzrison Que Ian tidak lepas memandang gadis kecil yang sedang berjalan di hadapannya, otaknya ligat memikirkan strategi untuk menculik dan menjadikan gadis kecil itu miliknya sepenuhnya. Senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya yang ditutupi oleh mask. Dia tidak akan membiarkan gadis itu melarikan diri seperti dulu lagi.

Dia akan melakukan apa sahaja asalkan gadis kecil itu berada dalam genggamannya. Dia akan memusnahkan sesiapa sahaja yang berani menghalangnya untuk mendapatkan gadis kecil itu. Ashlyn Delia Graciella hanya miliknya seorang. Sesiapa yang berani mendekati gadis kecil itu akan menerima akibatnya. Dia tidak akan teragak-agak selepas ini.

Ti ho trovato, mia stella d'amore...

My Adopted Brother Mr. Mafia Where stories live. Discover now