Part 7 💣

66 5 2
                                    

Heyez Que Ian memasak garlic bread dan mushroom soup, makanan kegemaran Sophia Isabelle sebagai sarapan pagi untuk mereka semua. Dia dibantu oleh Harraz Que Ian, Hazreyz Que Ian, Haylzer Que Ian, Haylzen Que Ian dan Hazken Que Ian. Sementara itu, Hazen Que Ian dan Harzrison Que Ian menyiapkan Sophia Isabelle yang berada di dalam bilik.

Hazen Que Ian menggosok blaus yang berwarna hitam dan skirt labuh berwarna kelabu gelap.
Dia tahu Sophia Isabelle sangat suka memakai pakaian dari pemberian mereka. Apa yang mereka berikan itulah apa yang akan dipakai oleh gadis kecil itu walaupun telah dipakai berulang kali. Semua pakaian gadis kecil itu akan dicuci dan dikeringkan secepat mungkin.

Hazen Que Ian menyangkutkan blaus dan skirt labuh pada tombol pintu bilik air menggunakan penyangkut baju supaya mudah untuk Sophia Isabelle mengambilnya nanti. Dahi Hazen Que Ian berkerut seribu apabila melihat tingkah laku adik kembarnya yang serba tidak kena. Ada barang yang hilang ke?

"Kau kenapa, Zrison?" Soal Hazen Que Ian dengan nada dingin, matanya tajam merenung wajah gelisah adik kembarnya yang tidak tentu arah. Terangkat bahu Harzrison Que Ian apabila ditegur oleh abang kembarnya, Dia tidak tahu kenapa perasaan marah tiba-tiba mencacak naik.

"The nuclear weapon microchip on Sophia's necklace is gone," kata Harzrison Que Ian dengan nada dingin, suaranya naik seoktaf. Puas dia mencari mikrocip itu di dalam rantai leher Sophia Isabelle yang sememangnya mempunyai ruang khas untuk meletakkan mikrocip itu di dalamnya.

"Wait, what? It can't be!" Ujar Hazen Que Ian dengan nada dingin, separuh menjerit. Dia merampas rantai itu dan memeriksanya sendiri, ini tidak boleh jadi. Sekiranya mikrocip itu jatuh ke tangan orang yang salah atau jatuh ke tangan musuh, itu akan menjadi masalah besar bagi semua orang.

"We need to tell others quickly, go downstairs and tell them. Aku akan siapkan Sophia," kata Hazen Que Ian dengan nada dingin, matanya tajam merenung rantai yang berada di tangannya. Harzrison Que Ian hanya mampu mengangguk perlahan, dia terus berlari keluar ke tingkat bawah.

"Baby, faster. We need to hurry, doll," kata Hazen Que Ian dengan nada lembut sambil mengetuk pintu bilik air supaya Sophia Isabelle dapat mendengar suaranya dengan jelas. Sophia Isabelle membuka pintu bilik air dan menolak kerusi rodanya perlahan. Belum sempat dia menolak kerusi rodanya keluar dari bilik air, Hazen Que Ian lebih pantas menggendong adiknya seperti beruang koala.

Hazen Que Ian meletakkan Sophia Isabelle di atas kerusi meja solek, dia mengambil pengering rambut dan mengeringkan rambut adik kesayangannya itu. Itulah rutin harian mereka, mereka akan bergilir-gilir menyiapkan Sophia Isabelle.

Hazen Que Ian menyikat rambut Sophia Isabelle dengan sangat lembut, sesekali mereka berdua bergurau antara satu sama lain. Suasana di dalam bilik itu sungguh ceria dihiasi gelak tawa mereka, seketika suasana itu menggamit kenangan lama ketika mereka masih kanak-kanak.

Dia menyanggulkan rambut adik kesayangannya dengan sangat cantik dan elegan. Hazen Que Ian memakai aksesori yang dilengkapi dengan peranti pengesan lokasi seperti cincin, rantai, gelang dan subang. Hazen Que Ian terus mengangkat adik perempuannya keluar dari bilik. Sophia Isabelle terkejut dengan tindakan drastik abangnya itu.

"Eh, abang. Kerusi roda tu?" Soal Sophia Isabelle dengan nada lembut dan perlahan, dia menghalakan jari telunjuknya ke arah kerusi rodanya yang berada di hadapan pintu bilik air. Matanya terkebil-kebil memandang wajah abangnya menunggu jawapan.

"Let it be," kata Hazen Que Ian dengan nada mendatar, dia mengusap lembut kepala Sophia Isabelle yang berada dalam dukungannya . Gadis kecil itu tersenyum manis apabila dimanjakan oleh abang-abangnya sendiri.

"Good morning, our princess. Let's eat before the food gets cold," kata Heyez Que Ian dan adik-beradiknya serentak. Mereka semua duduk di kerusi masing-masing, Hazen Que Ian meletakkan Sophia Isabelle di atas ribanya. Tangan kirinya memeluk erat pinggang adik kesayangannya agar tidak terjatuh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Adopted Brother Mr. Mafia Where stories live. Discover now