PROLOG

448 16 0
                                    

WANITA yang sudah hampir separuh abad masih setia menanti kepulangan anaknya. Seketika kemudian, muncul kereta berjenama mewah memenuhi halaman rumahnya.

Otak sudah memikirkan siapakah gerangan tersebut. Pintu kereta dibuka dari dalam, tersembul keluar wajah yang ditunggu-tunggu. Anaknya sudah pulang!

Langkah diambil menuju ke arah anaknya. Dipeluk dan dicium kedua belah pipi anaknya. Sungguh dia rindukan wajah ini.

"Anak ibu," ucap Che Kuntum dengan penuh rasa sayang.

"Iya ibu, Irfan dah balik ni," kata Irfan , anak Che Kuntum dengan wajah yang lesu.

"Mari masuk Irfan, Riana, ibu ada masakkan lauk kegemaran anak ibu ni. Cucu tok ibu, mari masuk dalam, mesti penat kan?" Jemput Che Kuntum kepada anak, menantu dan cucunya.

Matahari yang tadinya terik sudah jatuh ke hujung bumi. Mereka anak, menantu berkongsi banyak cerita sebelum masing-masing menyibukkan diri dengan telefon bimbit. Cucunya sudah hilang pergi melawat kampung.

"Kamu tinggal lama ke dekat sini?" Soal Che Kuntum pada anaknya yang masih menghadap telefon bimbit.

"Tak lama pun ibu, esok kitorang dah nak gerak. Kerja dekat sana tak ada orang nak buatkan," kata Irfan. Tiada langsung rasa mahu menggerakkan mata menghadap ibunya. Masih lagi menghadap telefon.

"Riana, kandungan dah berapa bulan?" Soal Che Kuntum. Matanya memandang ke arah perut Riana yang membesar.

"Dah 7 bulan, ibu," balas Riana.

"Jaga kandungan elok-elok, jangan buat kerja berat sangat. Irfan, jaga isteri kamu tu elok-elok," pesan Che Kuntum. Riana hanya sekadar mengangguk.

"Iya ibu, Irfan akan jaga isteri Irfan ni elok-elok sampai la Irfan dijemput ajal," kata Irfan terselit gurauan.

"Apa awak cakap macam tu? Nak tinggalkan saya ke? Nak tinggalkan Leo? Nak tinggalkan baby ni? Awak nak saya besarkan anak kita sorang-sorang ke?" Bertubi-tubi soalan diajukan untuk Irfan. Irfan hanya gelak melihat telatah isterinya itu. Telefon di tangannya diletakkan atas meja. Memberikan tumpuan pada dua wanita yang disayanginya.

"Tak la sayang, ajal dan maut tu kan ditangan Tuhan. Kita mana tahu kita mati bila, kan? Mana tahu kalau malam ni saya dah tak ada? Awak tu, kena teruskan hidup tau"

Riana terdiam. Tidak tahu apakah reaksi yang sesuai untuk diberikan. Kepala di lentok ke bahu Irfan.

"Betul la tu apa yang Irfan cakapkan, Riana. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Mana tahu kalau nanti ibu yang pergi dulu dari korang berdua?" Che Kuntum berkata setelah mendiamkan diri. Dihujung ayatnya sempat dia ketawa kecil, walaupun dia tahu yang umurnya kini tidak lah panjang lagi.

Kepala Riana diangkat memandang Che Kuntum kemudian beralih pada Irfan.

"Ibu! Jangan nak mengarut boleh tak? Irfan masih perlukan ibu. Irfan tak nak hilang ibu! Ibu penyemangat Irfan! Irfan tak sanggup nak hilang ibu," kata Irfan tegas. Sungguh dia tak suka ibunya berkata demikian.

"Habis, kamu cakap mengarut boleh pulak?" Mereka terdiam. Suasana menjadi sepi.

"Irfan, mana anak kamu? Apa namanya tu? Lo? Li?" Soal Che Kuntum, mengubah soalan.

"Leo, ibu. L-E-O, Le-yo" kata Irfan. Siap mengeja lagi. Che Kuntum hanya ketawa.

"Iyalah, Irfan. Mananya anak kamu tu?"

"Dia kata nak pergi jalan-jalan tengok kampung sekejap," Riana menjawab bagi pihak Irfan.


Hyder Errand : Falsified LoveWhere stories live. Discover now