SEPERTI yang dikatakan Hyder, pada hari minggu ini mereka akan melawat nek Siah. Perjalanan menuju ke rumah nek Siah sepatutnya menjadi momen yang indah bersama keluarganya kini hanya dalam kenangan.
Jalanan yang tidak sesak membuatkan mereka sampai ke destinasi dengan cepat. Kaizen yang ada di tempat duduk belakang langsung tidak mengeluarkan sebarang suara. Sudah tidur barangkali.
Hyder putuskan untuk berhenti di RNR dahulu kerana perjalanan mereka masih jauh. Johor hendak ke Perlis bukanlah satu perjalanan yang singkat.
Kaizen tersedar saat kereta tiba-tiba berhenti. Dia menggosok-gosok matanya sambil menguap besar. Sekeliling dipandang dengan kekeliruan.
"Kita dekat mana?" Soal Kaizen tetapi dibiarkan sepi. Hyder mematikan enjin kereta lalu membuka pintu bersedia untuk keluar. Kaizen masih lagi menjadi pemerhati.
"Turun la, kau ingat kau prince passengers? Nak orang bukakan pintu?" Bidas Hyder. Kaizen yang tadinya tidak berganjak kini tersentak dengan sergahan abangnya.
Dengan cepat dia keluar dari kereta itu. Papan tanda yang terletak elok di bangunan itu dipandang.
RNR Sungai Perak
Hyder melangkah menuju ke sebuah kedai kecil di dalam RNR. Dia hanya memesan segelas air sirap bandung dan sepinggan nasi ayam.
Kemudian dia mencari tempat duduk yang kosong setelah membayar. Sementara itu, Kaizen sedang memesan laksa dan teh ais. Setelah membayar, dia mencari tempat.
Meja bersebelahan meja yang diduduki Hyder menjadi pilihannya. Memang itu je yang ada lagipun meja lain dah penuh nak buat macam mana.
Mereka menyantap dengan tenang walaupun suasana yang hingar-bingar.
TING
Notifikasi dari telefon Kaizen berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dengan segera dia membuka telefon. Rupanya dari Hyder..
- Dah siap makan, masuk kereta terus
Nak jamak dulu -
Hyder terus membalas 'okay' dan serta-merta perbualan mereka tamat. Usai makan dan jamak ta'khir, dia terus menuju ke kereta dan dia melihat Hyder sudah tiba. Tanpa banyak bicara, dia masuk ke dalam kereta tanpa mengganggu Hyder yang merokok.
Hyder menghembuskan asap rokok terakhir dengan penuh kepuasan, sebelum dia menjentik puntung rokok yang masih berasap ke lantai. Puntung itu berguling seketika sebelum berhenti, dan tanpa ragu-ragu, Hyder menghancurkannya dengan tapak kasutnya.
Dia berpusing ke belakang dan meloloskan diri ke dalam kereta. Perjalanan mereka diteruskan hingga sampai ke Perlis.
Matahari sudah pun tenggelam. Setiap saat Kaizen tidak terlepas akan pemandangan matahari tenggelam. Setiap detik-detik itu, Kaizen merakam dengan menggunakan telefon pintarnya.
Jam pada pergelangan tangan kirinya ditilik dan sudah menunjukkan pukul 7 malam.
"Boleh berhenti dekat mana-mana stesen minyak atau masjid tak? Nak solat maghrib," pinta Kaizen ragu-ragu. Takut Hyder tidak mengizinkan. Namun, Hyder tidaklah sejahat itu. Hanya dibalas dengan anggukan.
Tidak lama itu, tibalah di sebuah masjid.
"Abang tak nak ikut?" Ajak Kaizen. Hyder hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Kaizen mengangguk, dia terus keluar dari kereta itu dan masuk ke dalam masjid itu.
Hyder memerhati masjid itu dari dalam tingkap kereta. Bunyi azan berkumandang menyentuh hatinya. Entah bila dia mahu kembali semula ke jalan yang benar. Jujur, dia sudah terpesong jauh dari landasan syurga.
YOU ARE READING
Hyder Errand : Falsified Love
RomancePertemuan yang langsung tidak diduga. Antara jejaka dengan gadis ayu. Gadis ayu? Tidak! Perwatakan gadis ini sungguh berbeza. Kasar dan garang! Bagai anjing dan kucing. Begitulah tingkah mereka setiap kali bertemu. Pasti ada saja perkara yang membu...