3

125 10 0
                                    

KAPAL terbang yang bakal berlepas akan memakan masa yang lama membuatkan Hyder memutuskan untuk tidur sebentar. Tangan disilangkan mata dipejamkan. Tidak sampai seminit, matanya dicelik semula.

Tak boleh tidur!

Nafas yang terasa berat dihela. Permandangan diluar tingkap dipandang. Hatinya terasa tidak tenang. Beberapa kali nafas dihela. Menghilangkan rasa gelisah.

Tidak lama selepas itu, ruang kosong di sebelahnya kini penuh. Seorang figura gadis menyapa kornea matanya.

Rambut yang jatuh terurai diselit belakang telinga. Hayder melihat gadis itu dengan perasaan yang kosong.

Hayder memandang ke luar tingkap, melihat orang-orang bergegas masuk ke dalam pesawat. Tinggal beberapa minit sebelum pesawat berlepas.

Gadis ditepi dipandang.

Rambut perang ikal mayang, wajah nya putih mulus. Dah la nampak mulus putih melepak pulak tu. Walaupun hanya nampak dari tepi, Hyder yakin gadis ini mempunyai rupa yang cantik.

Alamak, terpuji!

Hyder berdehem beberapa kali membetulkan kotak suara. Dia kembali memandang ke luar tingkap. Nak main phone, tak boleh lagi.

Gadis itu memandang Hyder pelik.

"Are you okay?" Soal gadis itu. Dari tadi macam gelisah semacam je. First time ke?

"Erm? Oh, yeah," kekok rasanya. Hyder mengusap belakang tengkuknya. Sekali lagi dia berdehem.

"Need water?" Soal gadis itu lagi sambil menghulurkan sebotol air mineral. Lama Hyder memandang botol itu kemudian barulah dia sambut.

Lama menunggu, announcement dari pramugari menyapa gegendang telinga. Tiba masa untuk berlepas.

30 minit telah berlalu, namun Hyder tidak dapat memejamkan matanya biarpun kantuk menguasai.

"Huargh," tangannya naik menutup mulut yang terbuka luas itu. Entah kali ke berapa Hyder sudah menguap.

Gadis itu hanya memerhati.

Hyder memusingkan wajahnya ke arah gadis itu sambil menjongketkan keningnya. Ada masalah ke perempuan ni?

Gadis itu hanya menggelengkan kepala. Dia turut tersenyum nipis untuk Hyder. Hyder menjeling lalu membuang pandangannya ke tingkap kapal terbang itu.

"Where do you want to go?" Soal gadis itu.

"London," jawab Hyder sepatah. Matanya tidak lepas dari memandang ke luar tingkap. Melihat awan putih berkepul-kepul yang dicipta oleh Tuhan. Hyder yang tadinya memandang tingkap kini beralih pada gadis itu.

"What?" Marah Hyder apabila gadis itu menepuk-nepuk bahunya.

Wajah amarahnya bertukar risau apabila melihat wajah pucat gadis itu.

Dah kenapa ni?

"Are you okay?" Soalnya. Gadis itu hanya menggelengkan kepala.

Tidak menunggu lama, gadis itu memuntahkan segala yang terisi di dalam perutnya ke atas Hyder.

"Oh shit," carut Hyder. Mata dipejam sesaat. Menyesal tak naik business class!

Hadis itu hanya menundukkan wajahnya. Perasaannya bercampur baur.

Malu dan takut.

"S-sorry," ujar gadis itu kemudian teresak dia menangis. Hyder hanya diam menahan dirinya daripada menghambur amarah.

Hyder Errand : Falsified LoveWhere stories live. Discover now