9

21 3 0
                                    

"BAGUIH la kalau hampa dah kenai. Tak payah la tok nak kenai lagi," kata nek Siah sambil menatang dulang air minuman.

Dulang itu diletakkan di atas meja kemudian cawan-cawan yang berisi air teh itu dibahagikan kepada mereka.

Muka Aeyna usah di cakap, memang bengang. Masalah di lapangan terbang haritu masih belum habis di bicarakan.

Manakala Hyder hanya santai mencicip air teh itu sambil mata memandang ke arah pergerakan mulut Aeyna.

"Kau masih ada hutang dengan aku," bicara Aeyna dalam isyarat mulut. Dia pasti bahawa Hyder memahami kerana satu persatu patah perkataan dia bicara.

"Pa yang hang dok kumat-kamit tu, Aeyna?" Soal nek Siah apabila perasan akan mulut Aeyna.

"Entah lah, nek. Ada la tu benda yang dia tak puas hati," kata Hyder pura-pura tidak tahu. Dia menyembunyikan senyuman sinis.

"Nenek tanya lah cucu nenek tu. Apa salah yang dia buat," kata Aeyna. Kalau boleh, dia nak tumbuk muka tampan Hyder itu biar hilang rupa.

Eh, terpuji.

Tapi dia memang handsome.

Eh, tak!

"Aeyna, pa yang hampa dok geleng-geleng pala tu?" Soal nek Siah apabila melihat Aeyna menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Ha? Oh, tak. Lalat ha lalat"

"Jarang lalat ada dekat ruang tamu melainkan ada sampah yang busuk. Baru muncul lalat tu," kata Hyder dengan nada sinis.

"Kau nak cakap aku busuk la ni?" Soal Aeyna tidak puas hati. Dia merasakan bahawa Hyder tujukan kata-kata itu kepadanya.

"Aku tak cakap, kau yang cakap," kata Hyder. Di akhir ayatnya dia ketawa halus.

Tiada apa lagi yang hendak Aeyna balas jadi dia putuskan untuk diam sahaja.

"Sudah, hampa jangan dok bergaduh. Hyder, hormat tamu." kata nek Siah. Dia menepuk lembut peha Hyder.

Hyder mencebik sementara Aeyna menjelirkan lidahnya kepada Hyder.

"Aeyna, Suraya, hampa dua makan tengah hari kat sini no? Tok pi masak sat. Hampa dua tak boleh bantu." kata nek Siah. Belum sempat mereka membuka mulut, nek Siah sudah berlalu ke dapur bersama Kaizen.

"Eh, Aeyna! Aku pergi ambil lauk dalam kereta kejap. Kau borak lah dulu," kata Suraya kemudian berlalu pergi ke kereta untuk mengambil sebekas lauk yang diberikan neneknya tadi kepada nek Siah.

Kini tinggallah Hyder dan Aeyna di ruang tamu itu. Disebabkan Aeyna malas bertembung empat mata dengan Hyder, dia memutuskan untuk membaca buku yang ada atas meja itu.

Sementara itu, Hyder pula membuka televisyen. Dengan sengaja, Hyder menambahkan kelantangan suara itu bagi menyakitkan hati Aeyna.

Semakin Aeyna endahkan dia, semakin dia menambahkan kelantangan suara televisyen itu.

"Kau pekak ke apa?" Soal Aeyna dingin. Geram dengan sikap tidak semegah Hyder. Kenapalah mereka dipertemukan lagi.

"Tak, telinga aku okey je," balas Hyder tenang.

"Habis, kau kuatkan volume tu dah kenapa? Nak suruh aku pekak ke?"

"Kau nak marah-marah ni kenapa? Nak cepat tua ke? Lagipun aku tak ganggu kau pun kan"

"Tak ganggu? Tak ganggu kau cakap? Kau tahu tak, gegendang telinga aku ni rasa macam nak pecah tau"

Hyder mengendahkan Aeyna dan semakin menambah kekuatan bunyi. Mereka mula berbalah apabila suara televisyen di ruang tamu semakin kuat.

Hyder Errand : Falsified LoveWhere stories live. Discover now