SEBUAH rumah mula menyapa kornea matanya. Jika dahulunya adalah sebuah rumah kayu, kini sudah menjadi sebuah rumah banglo. Laman rumahnya juga boleh tahan luas.
Kereta diparkir betul-betul bersebelahan rumah banglo itu. Figura lelaki berbadan sasa keluar dari bahagian pemandu sebuah kereta berjenama Honda.
"Nanti angkat barang aku sekali," pesannya kemudian melulu masuk ke dalam rumah itu.
"Assalamualaikum, nek!" Laungan salam diberikan sambil mata melilau mencari kelibat wanita tua, penghuni rumah banglo itu.
"Waalaikumussalam. Eh, hang Hyder! Pasai pa tak habaq nak balik?"
"Ye nek. Nenek sihat?" Soal Hyder sambil menyalam tangan tua Nek Siah atau namanya, Sumayyah Afiqah. Cantik bukan?
"Laghu tu la, sihat orang tuha-tuha."
BAKK
Bunyi bagasi dihempas membuatkan Nek Siah terkejut hinggakan bahunya ternaik sedikit. Mereka memalingkan wajah ke pintu. Wajah Kaizen yang dibanjiri peluh menyapa dua pasang mata itu. Termengah-mengah Kaizen dibuatnya.
Bayangkan, dua bagasi dan tiga beg galas diangkut dalam satu masa. Satu beg digalas dari belakang, dua lagi kiri dan kanan. Kedua-dua belah tangannya mengangkat bagasi. Boleh tahan berat juga.
Entah apa yang diisi oleh Hyder.
"Banyaknya hang angkat. Hyder! Pasai pa suruh adik hang angkat sorang-sorang?" Suara Nek Siah memetir. Lengan Hyder dicubit. Dengan segera dia berlari anak ke arah Kaizen.
"Ingat nak suruh angkat lepas dah rehat, tapi dia dah lama rehat dalam kereta. Nak buat macam mana?" Kata Hyder dalam nada sinis. Dia berpeluk tubuh melihat Nek Siah sedaya upaya membantu Kaizen membawa barang-barang itu.
"Ish, hang ni! Tercangak dekat situ buat apa? Mai la tolong!" Hyder menjeling wajah Kaizen. Dia bergerak dengan malas dan mengambil bagasi-bagasinya dengan kasar. Meninggalkan mereka berdua di situ.
Kaizen sudah lama menundukkan wajahnya akibat ketakutan. Wajah dingin Hyder sempat dipandu dengan ekor mata.
"Itu pun tak boleh angkat"
Itulah kata-kata yang sempat didengari Kaizen sebelum Hyder menghilang dari pandangan.
"Jom masuk. Mai tok tolong."
"Tak apa, nek. Kai boleh angkat," Kaizen merampas semula beg yang ada di pegangan neneknya. Dia tidak mahu menyusahkan wanita tua itu. Senyuman manis diukir.
Nek Siah membalas senyuman Kaizen.
"Pi la masuk rehat dekat dalam. Hang lapaq dak? Nak tok masak ka?"
"Tak apa, nek. Kitorang dah makan tadi. Nenek tu pergi berehat. Nenek bukan muda lagi nak ke hulu hilir macam dulu," gurau Kaizen beriringan dengan gelak tawa.
"Hang nak kata tok dah tuha la ni?"
"Bukan nenek memang tua ke?" Gurau Kaizen. Suka benar dia menyakat Nek Siah.
"Hampa kena makan jugak sikit. Rasa masakan tok ni."
Hyder melangkah ke dalam bilik yang disediakan, melepaskan penat. Dia menghempaskan bagasi-bagasi yang dibawanya tadi ke atas katil. Nafas dilepas panjang.
Bagasi yang berwarna hitam diambil lalu dibuka. Tuala diambil kemudian dia membawa diri ke bilik air yang terletak di bahagia dapur. Sekeliling dipandang.
Mana bilik air?
Kebetulan, nek Siah yang muncul di dapur bertanya kepada kepada Hyder.
"Hang cari pa? Pusing-pusing ja ni"
YOU ARE READING
Hyder Errand : Falsified Love
RomantikPertemuan yang langsung tidak diduga. Antara jejaka dengan gadis ayu. Gadis ayu? Tidak! Perwatakan gadis ini sungguh berbeza. Kasar dan garang! Bagai anjing dan kucing. Begitulah tingkah mereka setiap kali bertemu. Pasti ada saja perkara yang membu...