1

190 11 0
                                    

BAGASI yang penuh barang itu ditarik kasar mendekatinya. Dengusan kasar turut keluar dari hidungnya. Tidak semena-mena dia harus membawa bagasi ini pulang ke Malaysia. Semua adiknya punca!

Kini dia berada di Kuala Lumpur International Airport ( KLIA ) bagi menghantar bagasi yang ditinggalkan adiknya. Akibat kecuaian adiknya dan badan pun sudah penat, terpaksalah dia menetap di Malaysia.

Baginya ada adik ni sangat menyusahkan. Pembawa malang bagi hidupnya. Mengapalah dia dikurniakan adik? Mengapa tidak ikut mummy dan daddy mereka? Agar dia tidak kesunyian? Mungkin juga.

Tapi memang penat! Rasa nak cincang 14 bagi anjing makan.

Memandangkan esok Hari Raya Aidiladha, hendaklah dia beraya disini dahulu sebelum pulang ke London, tempat kediamannya selama 7 tahun.

Perjalanan dari KLIA ke rumahnya hanya mengambil masa beberapa jam saja. Malangnya dia harus membawa kereta sendiri.

Kereta itu akhirnya sampai diperkarangan sebuah rumah banglo 3 tingkat itu, rumah yang dibinanya setelah tamat SPM.

Kaki dilangkah keluar dari kereta selepas mematikan enjin. Dibawa ke hadapan pintu. Belum sempat hendak mengetuk, namanya dilaung dari jauh.

"Abang Hyder!" Tempik adiknya, Kaizen Ammar sambil melambai nya dari jauh. Namun, hanya jelingan yang dapat dari Hyder.

Hyder menghiraukannya dan menapak masuk ke dalam rumah meninggalkan adiknya diluar.

"Kenapa abang balik Malaysia?" Soal Kaizen setelah abangnya melabuhkan duduk di sofa. Dia turut duduk berdekatan abangnya.

"Jauh sikit"

Kaizen bangun dari duduknya dan duduk jauh sedikit dari abangnya.

Hyder menyandarkan badannya dengan mata terpejam, merehatkan badan untuk seketika.

"Kenapa abang balik Malaysia?" Soalan tadi disoal kembali.

"Masalah kau ke?" Soalan berbalas soalan.

"Abang tidur sini ke?" Soalan diajukan lagi kepada Hyder. Hanya sepi menjadi jawapan bagi soalan itu. Malas Hyder mahu menjawab.

"Abang dah makan ke?" Soal Kaizen lagi.

"Banyak cakap la kau ni," balas Hyder. Tanpa banyak cakap lagi, dia terus naik ke atas. Ingin berehat dalam bilik! Makin lama dia berada dibawah, rasanya makin membazir air liur menjawab soalan yang diajukan Kaizen. Rimas!

Baru saja dia sampai di anak tangga yang terakhir, dia hairan. Mengapa pintu biliknya sedikit terbuka? Seingatnya sebelum dia berangkat ke London, dia tutup pintu biliknya rapat. Bagaimana boleh terbuka?

Alangkah terkejutnya apabila dia melihat setiap ruang di dalam bilik itu. Bersepah! Macam mana?

"Dasar anjing!"

"Kaizen Ammar, kau naik atas sekarang!" Jerit Hyder dari tingkat atas. Silap haribulan boleh runtuh rumah itu.

"Iye abang, kenapa?" Soal Kaizen sesampai sahaja dia dihadapan pintu bilik Hyder.

"Kau tanya aku kenapa? Kau tengok ni!" Telinga Kaizen ditarik masuk ke dalam bilik itu.

"Ni kerja anjing kau kan?" Soal Hyder menahan amarah. Biliknya tidak ubah seperti kandang lembu sekarang. Bagaimana dia tidak berang?

"Dia kucing lah! Bukan anjing!"

"Tapi dia haiwan peliharaan kau kan?!" Tengking Hyder. Sempat lagi budak tu pertahankan haiwan peliharaan dia. Anjing je kot.

"Mana lah Kai tahu dia akan masuk bilik ni," Kaizen menundukkan kepala. Seram dengan wajah bengis abangnya. Macam singa yang lapar.

BUKK

Hyder Errand : Falsified LoveWhere stories live. Discover now