5

116 5 0
                                    

DESTINASI yang dituju sudah tiba. Perkampungan yang menghijau dengan bendang yang terbentang luas.

Sepanjang perjalanan melewati bendang, matanya tidak sekalipun terlepas akan permandangan itu. Sungguh tenang.

Tingkap kereta dibuka. Membiarkan angin segar menepuk wajahnya.

"Aeyna hati-hati ada kerbau!"

Jeritan Suraya menyentakkan Aeyna yang sedang ralit menikmati suasana. Secara mengejut kereta diberhentikan. Hampir saja kepala Aeyna terhentak pada stereng.

"Kau ni, kerbau tu 10 meter jauh dari kita tau!" Marah Aeyna.

"Aku kata je, sebab nampak kau syok sangat sedut angin tu"

Aeyna mendengus. Dia tidak boleh meneruskan perjalanan kerana ada seekor kerbau yang menghalang jalan dan masih tidak berganjak dari situ.

"Kau turun, pergi halau kerbau tu," arah Aeyna.

"Eh aku pulak, kau la pergi"

"Asal aku? Kampung kau kan"

"Kau yang beria nak ikut"

"Tak ada kaitan langsung"

"Ish! Cepat la. Nanti lambat sampai"

"Kita turun sama-sama?" Cadang Aeyna. Mereka membuka pintu serentak. Perlahan-lahan mereka mendekati kerbau yang menghalang jalan itu.

"Kerbau yang baik, shuh sana. Jangan halang laluan kitorang," kata Suraya seraya membuat gaya menghalau setelah mereka sudah separuh jalan berjalan.

"Kau buat macam tu mana dia nak gerak," Suraya menjeling menyampah. Macam la dia buat bagus sangat.

"Habis, kau buat la. Aku nak tengok," cabar Suraya. Dia menyilangkan tangan ke dada.

"Hah? Er..." Aeyna mati kata. Otaknya ligat berfikir cara menghalau kerbau itu.

"Kerbau baik, kitorang nak lalu ni. Boleh ke tepi sikit?"

"Pfft HAHAHAHA," gelak Suraya. Aeyna pula memandang Suraya tajam.

"Macam tu ke kau halau kerbau? HAHAHA," Suraya menundukkan badan apabila merasakan perutnya keras.

"Mana la aku tahu! Bukannya aku penternak kerbau"

AUK

Terkejut bukan kepalang lagi apabila mereka disapa dengan suara kerbau. Mereka berdiri statik.

"Macam ni rupanya bunyi kerbau. First time we aku dengar," bicara Suraya sambil matanya tepat memandang kerbau itu.

"Aku pun first time. Selama ni dengar lembu je," Aeyna pula berkata. Mereka melopong melihat kerbau itu. Dengusan kerbau itu membuatkan Aeyna kembali ke realiti.

"Aku rasa, kita kena lari"

"Kenapa?"

"Lari cepat, Suraya! Kerbau tu kejar kita!"

Dengan sepantas kilat, mereka berlari menuju ke kereta apabila kerbau tersebut mendekati.

Mengah. Itulah keadaan mereka sekarang.

KRING KRING

Deringan telefon Suraya menyentakkan mereka. Nama si pemanggil dikerling sekilas sebelum mengangkat.

"Angah," meleret Suraya memanggil abangnya. Bibir dicebik. Manjanya dia.

"Kau ni asal tak sampai lagi? Opah nak jumpa kau sangat-sangat," kata Saeez, abang kedua Suraya.

Hyder Errand : Falsified LoveWhere stories live. Discover now