2

120 8 0
                                    

NASI goreng kampung yang dihidang dihadapannya dikuis. Membuang sayur kangkung ke tepi. Sayur memang salah satu musuh ketatnya.

"Kau ni cuba makan sayur tu, sedap tau," kata Suraya. Bila lah dia akan melihat Aeyna makan sayur? Dia sanggup koma daripada melihat Aeyna kutip sayur dan letak ketepi.

"Tak sedap," lagi dan lagi ayat yang sama dilontarkan Aeyna. Semua jenis sayur dia tidak suka.

"Cuba kau rasa dulu, sedaplah!" Pujuk Suraya.

"Janganlah paksa, aku tak suka lah," rungut Aeyna. Dia tak suka dipaksa. Suraya hanya menurut dan meneruskan makan makanan yang masih panas.

Sedang enak mereka menikmati makanan, mata Suraya menangkap satu susuk tubuh yang dikenalinya.

"Eh Aeyna, tu bukan ke.." Suraya memproses ingatannya sambil jarinya menunjuk ke arah belakang Aeyna.

"Siapa?" Aeyna memusingkan badannya 180°, ingin melihat apa yang ditunjuk Suraya. Malangnya, lelaki itu membelakangi mereka berdua.

"Lelaki tu ke?" Soal Aeyna. Sambil menunding ke arah pasangan yang tidak jauh dari mereka.

Suraya hanya mengangguk. Otaknya masih lagi memproses siapakah lelaki itu.

"Biar je la dia. Dia pun nak makan jugak. Jangan la layan dia, kau single duduk diam je. Jangan jadi orang ketiga," kata Aeyna. Dia mengamati nasi goreng kampung tanpa kangkung miliknya itu.

'Kenapa dia familiar sangat?' soal hatinya.

PAKK

Seketika meja ditepuk Suraya.

"Aku dah ingat!" Dia berdiri sambil matanya tajam menikam belakang lelaki itu. Mata-mata yang memandang dihiraukan. Fokusnya kini pada lelaki itu!

"Duduklah wey, malu la orang tengok," kata Aeyna. Dia memohon maaf kepada mereka yang melihatnya. Hampir merah muka Aeyna menahan malu.

"Lelaki tu! Lelaki yang rogol mak kau," suaranya perlahan saat perkataan rogol disebut. Tidak mahu rakannya malu saat dikatakan ibunya dirogol.

Membulat mata Aeyna. Dia memandang ke arah lelaki itu. Rasa panas hatinya menahan amarah. Dia bingkas bangun dengan segelas air sirap ditangan.

"Oi jantan"

SPLASH

Dengan pantas, air sirap itu singgah ke muka seorang lelaki. Sungguh malang lelaki itu apabila dia memakai baju t-shirt putih. Habis tompokan merah jambu kelihatan.

Sekali lagi mereka menjadi perhatian ramai. Ada yang merekod video mereka namun itu semua tidak berada di pandangan Aeyna. Dia hanya fokus pada lelaki itu.

"Hey! You apa hal!" Marah teman wanitanya. Dia berdiri dan mendorong Aeyna kebelakang. Aeyna tidak duduk diam. Dia pantang orang yang tidak dikenalinya menyentuh badannya.

"Your lovely boyfriend ni hal aku," kata Aeyna sambil menunding jari ke arah lelaki dari tadi menunduk itu.

Saat dia mengangkat mukanya menghadap Aeyna, Aeyna terkelu. Tidak mampu memberi apa-apa kata. Dia sudah tersilap orang!

"I'm sorry miss. I think my friend ni tersilap orang. Mungkin dia fikir yang your boyfriend is her ex but she got wrong. Sorry again," kata Suraya kemudian terus menarik Aeyna dari situ. Tidak mahu menimbulkan kekecohan lagi. Sudah la tersilap orang! Malunya!

"Hey tunggu! Ish!" Perempuan itu masih lagi diselubungi amarah.

Pemergian Aeyna dan Suraya menimbulkan satu senyuman sinis daripada lelaki yang hanya selang dua buah meja dari tempat pergaduhan mereka.

Hyder Errand : Falsified LoveWhere stories live. Discover now