eleven

646 6 0
                                    

Setiap langkah Valeria diperhatikan dari jauh.  Bahkan wanita itu berani sekali menggenggam tangan adiknya begitu mesra .

Ingin sekali diri ini menumbuk wajah si adik . Tapi apakan daya . Malah nanti terkesan seperti orang gila sedangkan Aiser langsung tidak tahu hubungan mereka seperti apa .

" cihh- patutnya aku yang ada dekat situ bukan mamat tu la , sial ". Earl berbisik dengan suara perlahan.

" What? , do you want anything? ". Earl tersenyum dan mengetatkan gandingan tangan Carla di tangannya .

" Ouhh- jadi inilah kolam ikan milik keluarga Lucyanova. Cantik ". Entah tersampuk apa Earl datang menyampuk dan berdiri ditengah-tengah antara Aiser dan Valeria .

Valeria menangguk dan tersenyum hangat pada Asier.  Tanpa mengendahkan lelaki itu dirinya terus mengajak Asier untuk cuba memancing ikan di kolam besar milik keluarganya .

" Asier nak cuba tangkap ikan tak? . Ikan dekat sini semua segar , sebab keluarga saya yang ternak . Nanti bolehlah kita masak sama-sama ". Asier langsung tidak menolak malah menunjukkan semangat yang membuak-buak kepada Valeria .

Earl diam dan terus memerhatikan perbualan rancak di depan matanya . Di dalam hati lelaki itu juga sedang rancak memberontak untuk menarik Valeria jauh-jauh dari adiknya .

Kalau ada kesempatan Earl akan menarik wanita cantik itu lalu menciumnya secara kasar agar Valeria tahu bertapa sakitnya hati ini melihat dia begitu mesra dengan lelaki lain .

" Val , boleh ajar saya cara nak kaitkan mata kail ni tak? ". Asier kebingungan dia memang tidak pernah memancing sebelum ini . Untung sahaja Valeria pandai dalam pelbagai pekerjaan. Wanita itu benar-benar seperti superwoman .

Tidak mahu kalah , Earl mencari idea untuk memisahkan keakraban mereka .

" Valeria , saya pun tak reti pasang ni . Macam mana ni eh ? ". Earl datang mendekat sambil membawa alat mancingnya .

Valeria menoleh dan menjeling menyampah .

" Sekejap ya , sir". Setelah selesai dengan Asier dia mula beranjak kepada Earl .

" huh- ni dah pasang ni , apanya yang tak reti? ". Valeria mengeluh , suka sekali mencari masalah dengan dirinya .

" Apa? , aku nak kau tengokkan betul ke tidak? ". Earl berdalih walhal mahukan perhatian wanitanya.

" Dah siap dah tu , pergilah pancing sana ". Valeria mula mengorak langkah mahu kembali menemani Asier yang bersendirian terperangkap dalam kebingungannya .

Belum sempat bergerak lengannya sudah dipegang kuat oleh Earl . Lelaki itu menusuk dalam kornea si cantik .

" Sikit-sikit Asier , aku bila kau nak bagi perhatian? ". Earl meremas kuat lengan wanita itu .

" Semalam? , tak cukup ke ? ". Valeria menjawab dengan nada menantang . Dia tidak salah kerana lelaki itu sendiri yang selalu menyedarkannya kalau mereka hanya sebatas itu .

" Stop being childish, please. I'm begging u Earl ".

Earl menatap dalam lalu melepaskan pergelangan tangan itu dan membiarkan wanita itu bergerak pergi .












tbc.

OG| EARL GRAYWhere stories live. Discover now