twelve

783 9 2
                                    

Hampir seharian mereka berempat menghabiskan masa bersama . Asier sangat menikmati kenikmatan Tuhan yang tercipta indah begitu juga dengan Valeria. Wanita itu sangat seronok kerana berkenalan dengan Asier yang periang dan petah bercakap .

Sedangkan di satu sisi yang lain , Earl hanya mampu mendiamkan diri sepanjang hari itu . Jauh di sudut hatinya dia ingin sekali membawa Valeria jauh dari adiknya dan melarang lelaki itu untuk mengemis kasih pada wanita kesayangannya itu .

Dalam lamunan Earl dikejutkan dengan suara yang dinanti-nantikan dari tadi lagi .

" Earl , ibu i suruh kita berdua pergi pasar ". Valeria datang untuk mengajak lelaki itu ke pasaraya yang jauh ke bandar .

Earl menoleh matanya bersinar-sinar gembira . Inilah waktu yang dinantinya . Earl tersenyum manis wajah cantik Valeria dipandang lama . Wanita itu datang dengan berseluar baggy lalu dipadankan dengan croptop pendek berwarna putih dan rambut di ikat messy bun serta kaca mata hitam .

" jomlah ". Valeria menaikkan seoktaf nadanya apabila lelaki itu tidak kunjung bangkit dari duduknya .

Tanpa banyak bertanya lagi Earl bangkit dan langsung menarik pergelangan tangan Valeria untuk masuk ke dalam keretanya .

Pintu dibuka dan menyuruh wanita cantik itu masuk terlebih dahulu .

" Let's goo! ". Earl berteriak riang , akhirnya Valeria meluangkan masanha buat diri ini .

" Asier tak tanya kau keluar beli barang dengan aku ? ". Earl sedikit terheran .

" Tak , dia yang suruh pergi dengan u. Sebab dia nak tolong nenek i siang ikan yang dia pancing tu ". Earl terdiam... ternyata Asier yang menyuruh Valeria pergi bersamanya .

Selama perjalanan Earl cuba melakukan sedikit tindakan yang selalu mereka lakukan di dalam kereta . Seperti berpegangan tangan atau saling bercerita .

Tetapi Valeria terus mengelak dan sibuk dengan telefonnya sambil tertawa .

Ketika di lampu merah Earl cuba mengintip hal apa yang membuatkan Valeria tergirang sendiri . Setelah mendapat tahu hal itu , hatinya panas sendiri .

" WHAT THE HELL-

Valeria terkejut kerana Earl merampas telefon bimbitnya .

" Kalau dengan aku fokus dengan aku jelah , sundal ". Tidak dapat menahan kata-kata Earl langsung melabelkan diri Valeria dengan benda paling buruk di dunia ini .

Tiada pilihan lain Valeria duduk diam , dan memandang ke tingkap dan menghiraukan Earl yang masih dipendam amarah itu .






















tbc.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 17 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG| EARL GRAYWhere stories live. Discover now