"Baiklah semua,sir nak perkenalkan kamu dengan pelajar baru dan juga kembar kepada Arluna.."
Kira-kira dalam 30 pelajar di dalam kelas,sebahagiannya mula berbisik-bisik ketika melihat Arleana..
"Supaya kamu tak tersilap,di hadapan kamu sekarang ni adalah Tuan Puteri LaFrosa Arleana..Kita jarang dapatkan pelajar yang mewarisi takhta,jadi sir beri teguran keras supaya kamu tak bertindak bodoh.."
"Baik sir.."
"Silakan duduk.."
Arleana mengangguk lalu melangkah ke meja kosong sebelum pembelajaran pun bermula..
"Psst-kembar Luna.."
Mendengaran bunyi panggilan itu dia senyap-senyap tengok ke belakang..'Aduh!Kelas dah mula pun masih nak cakap-cakap..Tak ada adab betul..'
Dia kerutkan dahi tanda 'apa'..
Lelaki yang panggil dia tadi dipukul oleh kawan di sebelahnya..
Oleh kerana tidak ada apa-apa yang perlu ditunggukan dia menghadap ke hadapan dan fokus kepada Sir Favian..
Beberapa jam kemudian,waktu pembelajaran pertama sudah pun selesai dan kelas kembali bising sementara menanti kedatangan guru seterusnya..
Masa ni sesuai untuk buat kenalan..
'Tapi siapa?Aku ni tak ramah mana..Haish!Baik diam je sampai orang yang tegur..'Maka,buku untuk subjek seterusnya dikeluarkan..
Terfikir sesuatu,dia berhenti dari membuka buku..
'Kalau aku buat-buat sibuk nanti orang tak nak tegur..Tapi kalau aku diam-diam nanti orang ingat aku ni pelik..Isy!'
Sedang sibuk dia merancang strategi untuk buat kenalan,kedengaran suara beberapa orang di belakangnya sedang berbisik-bisik..
Mereka seakan-akan tolak-menolak ingin membuat sesuatu..
"Kau je lah yang tanya dia.."Arah si gadis dengan nada yang ditekan sedikit kasar namun masih berbisik..
'Erk!Aku masih boleh dengar kot..'Arleana mula rasa tidak selesa kerana memikirkan 'dia' yang dimaksudkan adalah dirinya .
Suara lelaki yang diarahkan si gadis pula kedengaran.."Eh?Apasal pulak?Kau kan yang rapat
dengan Luna.."'Hoh!Ini mesti betul-betul diorang maksudkan aku..'
"Korang ni..Pergi je lah sapa!"
"Isy!Kau jelah.."
"Aku pulak?"
Tidak mahu kumpulan itu terus berperang mulut,tubuhnya dipalingkan ke belakang..
"Erm~saya okey je kalau korang nak tanya sesuatu..Tak perlulah buat macam tu.."Luahnya dengan kekok..
3 orang lelaki dan 2 orang perempuan..Ada juga lelaki yang panggil dia semasa pembelajaran Sir Favian..
Mereka berlima pun berpandangan.."Kan aku dah kata,dia okey!"
"Eh?Habis yang kau tolak-tolak aku tadi apasal?"
Dahi Arleana berkerut,terhibur bila tengok diorang sambung gaduh.."Korang berdua ada hubungan ya?"
Tersentak dengan serkap jarangnya,mereka berdua menggelengkan kepala sepantas kilat..
"T..Tak lah..Uhm~"Kepalanya digaru perlahan..
"Kitaorang memang suka perang mulut walaupun aku tahu,aku akan kalah dengan dia..Hehe,by the way kau ni Arleana kan?"
Lelaki yang berada di sebelahnya mendaratkan tumbukan di bahu,tak lah kuat tapi cukup untuk menyedarkan keterlanjurannya..
YOU ARE READING
The Freezing Flame:A Twin Tale
Fantasy[SINOPSIS] Setelah lama 'terkurung' dalam istana,LaFrosa Arleana akhirnya dibenarkan untuk keluar dan berinteraksi bersama orang lain..Lagipun selepas tamat pembelajarannya di academy genaplah umurnya,19 tahun,dia pula bakal naik takhta menjadi seor...