Hanya bercahayakan sinaran rembulan,tapak dibawa dengan penuh berhati-hati agar tidak tersalah langkah lalu bergolek jatuh dalam gaung..Nanti belum sempat dia selesaikan masalah nyawa sudah melayang..Eh?Mungkinlah tidak akan mati,cuma cedera parah sahaja..
"Isy,mana pulak diorang ni?Tak akan tipu aku pulak?"Kata Arleana kepada dirinya sendiri setelah lama berjalan menelusuri jalan yang sedia ada itu..
Janji dekat kawasan pokok bunga purple,ini aura pun tak ada..Puih!Kalau orang-orang tu menipu,dia akan pastikan perempuan petang tadi tidak boleh masuk ke dalam kerajaannya..
Tap!
Kakinya dihentak seperti kadet kawad menghentikan hentakan kaki,kesal benar dengan penipuan yang menghasut dirinya melanggar peraturan..
"Memang sah aku ditipu!"Bentaknya tidak berpuas hati,yang dia pun satu!Kenapa jugak lah percaya sangat dengan janji manis perempuan tu..
Janji manis?
Ptuih!
Ini janji pedas dah!
Tubuh dibalikkan pada arah jalan pulang ke asrama semula,tidak kuasa lagi ingin melanjutkan perjalanan yang mungkin hanya sia-sia..
Sedang dia berjalan sambil memaki hamun dalam fikiran,api kecil berwarna biru kegelapan secara tiba-tiba muncul di hadapannya membuatkan dia terhenti..
Terapung tepat diparas pinggangnya sebelum mengeluarkan bunyi air yang sudah mendidih,"tchiiiii!!"Serentak itu juga,ada duplikasi api tersebut yang bersaiz lagi kecil mengelilinginya..
"Perangkap!?"Tanpa menunggu garisan bersambung dengan lebih lengkap,element ais dipancarkan tepat kearah api pertama tadi..
Zaass!
Lenyap terus api-api biru itu..
Dia yang masih dalam mode berjaga-jaga menghasilkan tombak daripada element ais miliknya sebagai perlindungan jika berlakunya serangan hendap..
Tapi bukan serangan hendap,dia nampak betul sosok tubuh berpakaian serba hitam diatas pokok..
'Perempuan tu perangkap aku?Tapi..Itu lelaki..'
"Boleh tahan.."Suaranya sedikit dilontarkan dengan kuat agar Arleana bisa mendengar pujiannya yang mengejek..
"Sangkar api tadi tu hanya percubaan bagi kau.."Kini mereka berhadapan diatas tanah dalam jarak beberapa meter..
Mendengar kata-kata lelaki misteri itu menyelubungkan perasaan pelik dalam hatinya..Dia sudah pun tahu apa maksud api itu,cuma motif lelaki itu apa?
Arleana memberikan respon beraninya dengan berdecit sinis,"magik lemah macam tu tak akan bagi dampak buruk kat aku.."Jeda sebentar sebelum berkata kembali.."Kau nak bunuh aku lah ni kan?"Tanya Arleana terus terang..Apa lelaki itu gila hendak membunuh pewaris seperti dia?
Seolah dapat membaca fikirannya,lelaki misteri itu kembali bersuara.."Aku tak bodoh macam kau,siapa kata aku nak membunuh?"Walaupun wajah si lelaki misteri terlindung dengan kain hitam,dapat dia rasakan lelaki itu sedang mengukir senyuman sinis yang amatlah mengejek..
Tombak ais tadi dia tusukkan ke tanah setelah mengetahui lelaki misteri itu tidak berniat membunuhnya,mungkin sekadar ingin berlawan?
Demikian begitu,tetap gila juga pemikiran si lelaki misteri..Agak-agak lah,mencari lawan biar setanding..Rasa bersalah pulak kalau tersalah langkah si lelaki misteri ni akan cedera..
Maklumlah,kelebihannya sudah terasuh sedari kecil berbanding orang biasa..Huuh!
Nafas ketenangan dia cari,baru sahaja ingin berbicara,lelaki misteri itu bertanya terlebih dahulu.."Kenapa kau diam?Takut?"
Pertanyaannya membuatkan bahu Arleana terjatuh,"kau yang diam dulu..Aku diam lah,tak ada kaitannya dengan 'takut'.."Balasnya dengan kasar..
Tidak ada makna lembut jika berhadapan dengan saingan,cuma ini saingan lain..Jadi lembut sedikit tidak apa..
Malas mahu ingin berlama disana dia pun akhirnya terus masuk ke pertanyaan serius..
"Kalau nak beradu tenaga,bukan aku orangnya..Ak-"
"Kau terlalu cepat memandang rendah.."Sangkal lelaki misteri itu sebelum sempat Arleana menghabiskan kata-katanya..
Dia berfikir sejenak,ada betulnya juga tapi dia tidak mahu melengahkan masa berehat dia..Sudahlah ditinggalkan dengan perasaan ingin tahu,ditipu lagi..
"Aku balik dulu,tidur lagi bagus.."
Shing!
Pisau berbentuk daun dengan mata tajam hampir mengenai kakinya.."Woi!?Apahal kau ni?!"Tempik Arleana kuat..Kaki jangan main!Kalau terkena tadi,alamat berkerusi rodalah gamaknya..
Mengendahkan kemarahan Arleana,lelaki itu mengeluarkan beberapa jarum bersalutkan lendir ungu..
'Lelaki ni,memang ada masalah dengan aku!'Tombak yang tertancap di sebelahnya Arleana ambil semula..
"Silap kau sebab buat aku berdendam.."
Kting!
"Kau agaknya yang pandang rendah.."Walaupun masih menatap tajam sosok dilindungi kain hitam itu,dia masih boleh menepis jarum berlendir ungu dari mengenai dirinya..
Kting,kting!
"Apa masalah kau?!"Sudah tidak dapat menahan emosinya,tombak diangkat tinggi ingin memukul lelaki misteri itu..
Spash!
"Aaarghh!!"
Belakang tubuhnya terasa pedih saat sesuatu menghentamnya,belum lagi sempat menstabilkan posisi pendiriannya dia sekali lagi dihentam secara bertubi-tubi dari segala arah..
Terlihat lah 3 perempuan petang tadi melangkah keluar dari persembunyian masing-masing..
"Cukup.."Perempuan yang ditengah mengarahkan temannya untuk berhenti..
"Kau..."
*****
Hellow!
Trimas korang yang sudi membaca cerita ikan ni,baca tu..Bacalah jugaaaa~tapi vote jangan lupa.
Please lah,nanti kempunan ikan nak merasa ada vote banyak(okey,im just joking)
👇
YOU ARE READING
The Freezing Flame:A Twin Tale
Fantasy[SINOPSIS] Setelah lama 'terkurung' dalam istana,LaFrosa Arleana akhirnya dibenarkan untuk keluar dan berinteraksi bersama orang lain..Lagipun selepas tamat pembelajarannya di academy genaplah umurnya,19 tahun,dia pula bakal naik takhta menjadi seor...