Langkah dibawa menuju kearah papan besar yang memaparkan carta kedudukan special squad setelah menjalani ujian pemula. Melihat namanya berada di barisan kedua atas membuatkan dia tersenyum nipis , 'tak sangka guna crystal dengan shadow pun boleh dapat penilaian bagus daripada ketua teras.' Fikirnya dalam hati.
Memang susah untuk masuk Inferno Army , kena ada banyak ability baru dapat. Belum lagi ikut pemilihan tentera biasa atau special squad. Bukan dia mahu sombong atas keistimewaan dia tapi memang layak lah masuk special squad.
'Lepas 5 tahun ni aku akan jadi kuat. Kalau aku jadi kuat , tak ada kerajaan lain yang berani sentuh kerajaan kakak aku.' Senyuman senget melebar di bibirnya. Tujuan dia masuk Inferno Army adalah untuk mengambil status tertinggi setelah pindah ke kerajaannya semula.
Dengan itu dia akan sentiasa mengawal keselamatan kakaknya sebagai Duchess of guardian.
Berpuas hati dengan carta kedudukan itu , dia kemudian beralih ke pendaftaran ujian keteguhan. Ujian yang akan menentukan kelayakan sebenar untuk menuju ke status special general ataupun hanya sekadar pembantu general.
'Aku pasti akan dapatkan status general.' Bulu burung yang tercalit dakwat merah pada bahagian bawah dia bawa kearah kertas kosong lantas menulis namanya.
Datanglah seorang wanita berpakaian seragam merah menuju ke arahnya , "tahniah. Kamu akan berpindah ke Camp Selatan." Ujarnya sambil menghulurkan uncang kecil yang menempatkan pin tahap kepada Arluna.
Setelah mengambil uncang kecil tersebut dia kembali ke camp bagi mengemas barangnya , 'tak silap aku kat sana ada perpustakaan terdekat. Huh , akhirnya. Boleh aku mulakan pencarian maklumat.'
Senyuman terukir lebar di bibirnya , gembira apabila menyedari sedikit masa lagi dia akan melangkah selari dengan kata-kata peramal itu.
‘Kematian salah seorang daripada
dua nyawa yang terlahir bersama
dapat diubah jika salah satunya
lari daripada hakikat kutukan.Dan kamu
LaFrosa Arluna..
Telah menjangkau hakikat tersebut.
Masa depan Kerajaan Snowdrift
dan kematian kakak kamu
Boleh diselamatkan.Kamu hanya perlu mencari
2 kekuatan besar menjadi
penghalang bagi kutukan itu
menyentuh kamu.’
Kepala didongakkan ke dada langit semasa melangkah menuju ke kandang kuda sambil mengingati kenangan bersama keluarganya , dia amat sayangkan Arleana sehingga sanggup melakukan perkara bodoh. Jika diikutkan hatinya , boleh saja dia bersama Arleana sepanjang masa tapi dia takut jika Arleana sedar rancangannya.'Biar budak tak guna tu sorang saja yang tahu.' Tali kuda yang siap dipasang oleh penjaga dia tarik , membawa kuda hitamnya keluar. Tanpa menerima bantuan daripada penjaga kuda dia tempatkan sendiri barangnya lalu menunggang kudanya.
"Hiyah- !"
Kuda hitam itu terus sahaja bergerak laju menelusuri jalan hutan yang sudah ditandakan. Sampai di persimpangan Camp Selatan , dia tunjukkan pin tahap sebelum masuk ke kawasan kemasukan.
'Hanya perlu melalui perkampungan kecil ini lagi dan aku akan sampai.' Fikirnya dalam hati. Sebelum tiba di camp dia menyinggah dahulu di kampung kecil itu.
'Dekat sini mesti ada maklumat lengkap tentang perkara yang aku nak tu.'
(。•̀ᴗ-)✧ to be continue (◕ᴗ◕✿)
Hoyeh~
Bagus lagi kasi pendek-pendek seja di setiap part memandangkan ikan juga rasa stress mau edit balik kalau panjang-panjang
😔😭Mesti reader pun malas mau baca kalau panjang-panjang kannnn ?
(~ ̄³ ̄)~#komplen dari adik sendiri
Beliau sangatlah jujur▼・ᴥ・▼
Dont forget to vote
👇
YOU ARE READING
The Freezing Flame:A Twin Tale
Fantasy[SINOPSIS] Setelah lama 'terkurung' dalam istana,LaFrosa Arleana akhirnya dibenarkan untuk keluar dan berinteraksi bersama orang lain..Lagipun selepas tamat pembelajarannya di academy genaplah umurnya,19 tahun,dia pula bakal naik takhta menjadi seor...