❄️Part 11

46 7 0
                                    

Wajah Cedric berubah kepada ekspresi serius,burger diletakkan atas meja lantas memandang tepat ke wajah Arleana..

"Aku.."

Penantian Arleana seakan lama kerana Cedric tiba-tiba senyapkan diri dengan jawapan yang masih tergantung di kata pertama juga terakhirnya tadi..

Sepertinya sulit bagi Cedric mengatakan hal sebenar sehingga masih berdiam diri..

"Cedric..Tak apa,awak boleh jujur saja dengan saya.."Ujarnya ingin mendorong Cedric agar memberitahu perkara yang sebenar..

"Huuhh-"

Keluhan panjang terhela..

"Sebab aura kau lah,siapa je yang tak rasa aura mengerikan macam tu?Sudah lah kuat sampai satu academy ni sejuk.."

Bahu Arleana terjatuh saat menangkap jawapan daripada ketuanya itu,jantungnya juga berdegup kencang sehingga emosinya bercelaru..

"Tengok,aku baru je cakap kau dah keluarkan..Relaks boleh tak?"

Arleana tahan nafas untuk beberapa detik sebelum melepaskan keluhan pendek,menenangkan dirinya semula..Wajah Cedric lalu dipandang dalam,ingin mengisyaratkan supaya lelaki itu meneruskan penjelasannya..

"Petang semalam,Gina beritahu yang kau sakit perut padahal orang berMANA banyak jarang-jarang dapat penyakit macam tu.."

Berhenti seketika untuk mengatur ayat yang seterusnya..

"Aku curiga dengar tu then malamnya aku ambil keputusan buat pemantauan..Kebetulan pulak Aven satu block dengan aku,tak ada.."

Dahi Arleana berkerut,"Aven?Lelaki semalam tu?"

Angguk,"yeps..Kawan-kawan dia kata Aven tengah belajar..Tapi aku yakin orang macam dia tak akan belajar sampai larut malam,aku semakin curiga lah.."Air kosong dalam botol dia capai dan diteguk bagi membasahkan tekaknya..

Okey!Dia dah lebih limit bercakap kali ini tapi dia tetap akan melanjutkan penjelasannya..Kang tak pasal-pasal Arleana mengamuk..

Keluhan pendek dihela sebelum menyambung penjelasannya..

"Sebenarnya..Aku dah dapat agak dia akan hilang kawalan,kau pasti dah tahu budak perempuan yang tertikam kat paha tu adik dia kan?"

Wajah Arleana berubah pucat setelah ingatannya tiba-tiba mengingat kata-kata Aven semalam,'aku hanya nak balas dendam.'

'Wargh!Sekarang apa?!Dia pasti akan datang lagi nak balas dendam!'

Puk- !

Dahinya dijentik perlahan oleh Cedric..
Itu buatkan aura dia terbatal untuk mengamuk lagi..

Sekarang ni dia lah yang betul-betul nak mengamuk,bukan aura dia!"Apasal pulak kau jentik aku?"Rungut Arleana tidak berpuas hati..

Mata Cedric digulingkan keatas,"sebab kalau aku tak buat kau akan keluarkan aura kau.."Keluhan dihela pendek..

"Tentang Aven or  3 budak tu kau dah tak perlu risau..Aku dah beri amaran pertama..Satu lagi,aku kepung aura kau malam tu dengan crystal perangkap energy,so- kau tak perlu risau guru sedar.."Beritahunya dengan wajah yang kembali tenang..

Apa yang diajarkan dulu amat mengesankan Cedric,bagi dia tenang adalah kunci bagi menyelesaikan perkara rumit..

'Okey..Tadi dia terangkan mana yah?Hmm..'Arleana gosok dagu dia sekejap.."Lepas tu?Apa jadi lepas awak curiga dia?"

Senyuman senget terlukis pada bibir Cedric dengan lebar,"aku ikut jejak dia dengan crystal penjejak lah.."

Sekali lagi Arleana rasa pelik,"awak ni macam ketua pelajar lah sampai guru-guru beri kepercayaan besar kepada awak.."

The Freezing Flame:A Twin TaleWhere stories live. Discover now