Sebelum tiba di camp sebenar dia harus melewati perkampungan kecil dimana rumah-rumah dan bangunan hanya diperbuat daripada kayu dan pelepah kelapa.
'Boleh lah , ada kemudahan jugak kat sini.' Tali kudanya ditambatkan ke dahan pokok setelah turun dari atas kuda hitamnya. Bag sandang dia capai lalu berfikir sekejap. 'Tak ada perompak ke kat sini ? Tapi mustahil lah kalau ada , kawasan perlindungan tentera kot.'
Kepalanya ditoleh ke merata tempat , mata tajamnya laju saja melihat beberapa sosok tubuh kanak-kanak yang bersembunyi di balik batu besar.
Menggunakan kelebihan teleportasi nya , dia berpindah ke belakang 3 orang kanak-kanak yang masih tidak menyedari kehadiran dia di belakang , nampaknya mereka mengintai dari sebalik batu besar ke arah kudanya.
Tetapi selepas mereka intai balik , diorang nampak hairan bila dia sudah tidak ada di sana.
"Aik ? Mana kakak tu pergi ?" Suara kecil budak perempuan yang berada di antara dua budak lelaki kedengaran.
Sebagai respon , dua budak lelaki itu jawab dengan menggelengkan kepala mereka.
"Korang ni pencuri ke ?"
"Wargh !!" 3 budak itu terkejut mendengar suara dari belakang.
Mereka pun bertempiaran melarikan diri namun sempat Arluna tarik kolar baju pada bahagian belakang budak perempuan serta salah satu budak lelaki itu.
Dengan mudahnya dia mengangkat mereka berdua dari cengkaman kolar ke paras dadanya , takut terjatuh ke tanah dua budak yang dia angkat itu memaut tangannya.
"Theodor ! Tolongggg !" Jeritan mereka menghentikan budak lelaki berambut coklat itu.
Dengan santai dia tatap Theodor yang sudah berhenti dan berpaling kearah mereka.Wajahnya jelas memaparkan reaksi takut dan bingung. "Anais ! Glyn !" Panggil nya lantang.
Arluna yang mendengar jeritan itu membuat wajah terasa menyampah , nampak sangat ke dia ni penjahat sampai nak buat drama jerit-jerit bagai ?
"Hoi pencolek ! Lepaskan kawan-kawan aku !"Jerit Theodor sambil mencapai ranting kayu. Dahinya berkerut tidak suka lantas melepaskan cengkaman pada kolar 2 budak itu.
Buk-
"Adui!"
"Sakiiittt!"
Theodor takut-takut berani berlari mendapatkan kawan-kawannya.
"Korang pencuri kan ?"Tanya Arluna sekali lagi dengan dingin.
Dua budak yang kini bersembunyi di belakang Theodor cepat-cepat menggelengkan kepala.
"J ... Jangan apa-apakan kitaorang ! Keluarga kami miskin tak ada duit tebusan !"Dahi Arluna berkerut pelik , "kau ingat aku nak duit ?" Idea nakalnya muncul memberikan idea , dah lama dia tak buat budak nangis.
Perasaannya kuat ingin menganiayai budak-budak kecil di hadapannya ini. "Aku nak suruh naga besar telan korang." Senyuman mengerikan dia tunjuk sehingga mereka kembali jatuh ke tanah dan bergetar ketakutan.
"Oleh kerana korang ni kurus kering , aku akan gemukkan korang. Lepas dah gemuk korang akan dilumurkan dengan rempah ratus , baru naga berselera nak makan~ "
Tangisan 3 budak itu pecah juga akhirnya , begitu juga dengan gelak jahat Arluna.
"Hah ! Mari ikut aku." Pantas saja dia menarik pergelangan tangan mereka , lagak-lagak mahu mencolek gayanya.
"Tak nak ! Tak nak !"
"Anais tak sedap ! Huwaaaa"
"Tolonglah ! Kitaorang tak jahat ! Kitaorang budak baik !"
Jeritan mereka sambung-menyambung merayu agar tidak dibawa pergi , penat gelak jahat Arluna lepaskan tarikannya sehingga mereka jatuh ke tanah.
"Heh."
Melihat 3 budak itu menangis tanpa henti buatkan dia rimas pulak , "kalau tak diam aku bawa korang betul-betul. Dah diam !" Arahnya dengan tegas namun budak-budak itu tetap saja masih menangis.
Hah sudah !
"Diam lah , kalau korang masih menangis juga aku bawa betul-betul." Ugutnya lagi.
"Huwaaaa !!! Tak nakkkkk !!!"
Jeritan nyaring itu membuatkan Arluna menutup kedua-dua telinganya , bingit ! Tapi salah dia juga , aduhai- !
Keluhan panjang terhela , "sudah. Aku main-main je lah. Mari aku belanja korang."
Serta-merta tangisan mereka terhenti saat mendengar perkataan belanja , siap berdiri di sebelah dia pulak tu !
"Aik ?"
"Jom lah kakak cantik , kita pergi makan daging lembu !"Ajak Glyn lalu menarik Arluna memasuki gerbang kampung mereka.
'Nexeal , jaga kuda aku.' Bisikan telepati didengarkan kepada Nexeal , haiwan istimewa yang dia ikat sebelum mendaftar ke Crystalia Academy.
'Baik.' Tanpa disedari 3 budak itu , kuda hitam Arluna disembunyikan dengan ability invisible milik Nexeal.
"Akak betul ke nak belanja kitaorang ni ?"
Tangan disilangkan ke dada lalu menjongketkan bahunya , walaupun dengan budak-budak dia tetap memberikan reaksi dinginnya.
"Tak."
3 budak itu terhenti dari melangkah dengan dahi yang berkerut. Tadi kata nak belanja , sambung nangis balik lah !!
(=`ェ´=) to be continue 乁༼☯‿☯✿༽ㄏ
Plis lah , ikan is really scared guys.
Kalau keputusan exam ikan bagus , ikan akan update cerita baru seperti yang dikatakan pada part :
[Dear Love?]Itu pun kalau bagus lah.
Kalau ada D (T-T) ikan update lain kali
Support me so i can calm down
( >˘ ³˘)>☆
👇
YOU ARE READING
The Freezing Flame:A Twin Tale
Fantasía[SINOPSIS] Setelah lama 'terkurung' dalam istana,LaFrosa Arleana akhirnya dibenarkan untuk keluar dan berinteraksi bersama orang lain..Lagipun selepas tamat pembelajarannya di academy genaplah umurnya,19 tahun,dia pula bakal naik takhta menjadi seor...