Bab 1

31 12 0
                                    

⚠️No Hating Please!⚠️

Your guys just read unpaid story. If you didn't like, please go. Dont give an hope to high. Im also a human with lots of mistake. Thinking before speak, okies?

...

   BUNYI burung berkicauan bermain digegendang telinga. Angin bayu yang lembut pula menampar perlahan kulit putih bersihnya.

   Puteri Quinn Haura Maheesa nama nama diberi. Ia adalah seorang puteri yang baik dan cantik. Dia berbeza dengan adik beradik lainnya. Quinn, adalah seorang yang berani dan suka mengembara dunia luar.

   Sedang Quinn duduk di balkoni istana keluarganya, bahunya disapa lembut oleh seseorang. Permaisuri Qarina Mazfiera. Seorang ibunda kepada Puteri Quinn. 

   "Ya, Mummy?" Tanya Quinn selepas bahunya tadi di tepuk perlahan oleh Permaisuri Qarina

   "Termenung ke mana? Jauh kamu meneroka." Selepas sahaja Permaisuri Qarina melafazkan kata itu, Quinn dapat mendengar ketawa halus Permaisuri Qarina.

   "Saja, Haura bosan..." Balasnya ringkas.

   Tiba-tiba, mereka berdua mendengar seseorang memanggil kami dari tingkat bawah. "Mummy! Haura! Mana korang?" Panggil suara itu. Quinn dan Permaisuri Qarina saling berpandangan sebelum mereka berdua menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah.

   Sesampainya mereka di ruang tamu istana, tangan Quinn disambar lembut lalu ditarik ke dapur. "Eh, apa kakak tarik Haura tiba-tiba ni?" Tanyanya. Terkejut akan tindakan kakak pertamanya yang bernama Puteri Qasrina Hawla Musfirah.

   "Saja, jom tolong akak! Kita buat experiment..." Entah apa yang mahu dilakukan olehnya, Quinn hanya menurut. Tangan Qasrina sudah menyampai satu bekas bersaiz sedang. Bahan-bahan yang lain di ambil satu persatu. Quinn hanya jadi pemerhati, jikalau ia salah ambil, pasti Kakak sulungnya itu akan membebel. Jadi dia hanya membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja dahulu.

   Bekas kosong yang diambil tadi diletakkan di hadapan Quinn. Entah apa yang mahu dibuat, dia juga tidak tahu. "Haura, tolong ambil gunting" Arah Qasrina pada adiknya. Quinn hanya menurut. Kaki sudah mengorak langkah ke arah laci peralatan memasak. Gunting dicari lalu diambil.

   "Nah" Quinn hulurkan gunting tadi pada Qasrina. Hulurannya disambut lembut sebelum tangan Qasrina membuka sebuah plastik tepung itu menggunakan sebuah gunting yang dihulurkan tadi.

   "Kakak, Haura tanya ni. Kita nak buat apa?" Tanya Quinn lagi apabila soalan yang dituju olehnya sebentar tadi masih lagi tidak dijawab. "Kek!" Jawab Qasrina dengan nada sedikit teruja.

   Satu fakta menarik tentang Puteri Qasrina ini, dia suka buat kek, kuih dan makanan. Senang cerita, suka memasak.

   Quinn hanya tersenyum kecil sebelum tangan menyampai plastik tepung yang sudah dibuka oleh Qasrina.

   Tiba-tiba, mereka berdua disapa oleh seseorang perempuan. Iaitu Puteri Qaireen Hawina Marissa, kakak kedua kepada seorang Puteri Quinn. "Buat apa tu?" Tanya Qaireen. Kepalanya disumbatkan dicelah bahu antara Qasrina dan juga Quinn.

   "Buat bodoh" Jawab Qasrina selamba. Dia dengan Qaireen memang diibaratkan seperti anjing dan kucing. Almaklumlah, masing-masing ego setinggi gunung kota kinabalu. Mana mahu sekepala?
 
   "Eh kau. Aku tanya elok-elok kan?" Tegur Qaireen. Geram pula hati ni, orang tanya elok-elok, jawablah elok-elok juga! "Dah tu? Tak nampak ke apa yang kitorang tengah buat?" Bidas Qasrina lagi.

   Quinn yang berada di tepi itu hanya menoleh kepala saja apabila ada yang diantara mereka yang membuka mulut. "Eh sudahh! Kalau macam ni lah kejadahnya, sampai besok pun kek ni tak jadi!" Marah Quinn. Geram pula rasanya apabila melihat mereka berdua bertengkar seperti kanak-kanak 4 tahun. Padahal masing-masing sudah menginjak lebih dari 20 tahun!

NUR SEINSWhere stories live. Discover now