"SEBAB BOLEH.""Eh kau ni. Aku cili mulut tu karang" Bidas Qayish.
"Cepatlah! Nak suruh Heesa tolong tak ni?" Tanya Quinn. Tadi nak minta tolong sangat. Macam mana boleh tiba-tiba boleh tertukar topik sampai aircond ni?
"Ha, cepatlaa"
"Jap" Laju Quinn menekan nombor yang diberi Qayish tadi.
YouAssalamualaikum -
Akk Mira? -
Nama penuhnya ialah Amira Zulaikha. Jadi, Quinn lebih suka panggilnya dengan panggilan Mira.
Akak Mira Lurve♡
- Waalaikumussalam
- Ni siapa ya?
Quinn terkedu sekejap. Akak Maira tak save nombor aku? Sampai hati!
You
Smpai hati akk mira tk save -
nombor Heesa!Nak merajuk sebulan. -
Elok sangat. Qayish suruh dia pujuk Mira, Dia pula yang merajuk. Kalau dia betul betul merajuk ni, memang jenuh Qayish nak memujuk ni...
"How?" Soalnya. Berkerut dahinya apabila melihat bibir Quinn yang sudah mencebik itu. Serupa anak itik...
"Tanyalah sendiri" Telefon di baling ke atas katil. Tangan pula disilangkan pada dada. Nak merajuk.
Bertambah kerut dahinya sehingga keningnya hampir bertaut apabila melihat tingkah laku adiknya itu. Bertukar dengan sungguh drastis!
"Huh!" Kepala Quinn ditolehkan ke arah lain. Yang penting, bukan ke arah Abang Qayish!
Seraya itu, Qayish bangun dari sofa putih milik adiknya itu lalu mengorak langkah ke arah katil adiknya. Di mana tempat adiknya itu berada. Belakang tangannya pula di tekapkan pada pipi, dahi dan leher adiknya. "Tak demam" Kepala di gelengkan beberapa kali.
"Kau kenapa ni nyah?" Pelik sungguh perangai perempuan di sekelilingnya kebelakangan ini.
Hari itu, dia tidak sengaja terduduk di atas baju jalan milik Qasrina. Padahal tidak kedut pun! Dia marah macam Qayish ni koyakkan baju dia pula! Kemarin pula, Qaireen. Tengah dia melepak di sofa bersama ayahnya, tiba tiba saja Qaireen datang mencari Iphone miliknya. Rupa rupanya, dia terduduk di atas Iphone tu. Manalah dia tahu dia terduduk atas tu! Selepas itu, Qaireen membebel padanya, 10 karangan beb! Yang terakhir, semalam. Tengah dia berbaring lagi dikatil~ Tiba tiba mummy datang menyebat punggungnya. Sakit pula tu! Kata mummy 'Tak solat asar lagi kan? Pergi solat!' Padahal dia sudah berjemaah tadi bersama daddy dan Qawish! Penat sungguh batinnya ini melayan karenah adik beradik dan mummynya itu.
"Kau kenapa ni, hm? Jawablah..." Ujarnya. Nada yang sungguh pasrah di gunakan.
Telefon Quinn yang dibaling tadi di ambil. Password 240302 ditekan. Automatik, Iphone milik Quinn tadi terbuka. Aplikasi whatsapp di buka dan nombor Amira di cari. Sambil menahan ketawa dia membaca mesej itu. Alahai Quinn oii.
YOU ARE READING
NUR SEINS
RomanceBagaikan jejaka itu mengetahui keberadaannya. Dimana Seorang Quinn berada, pasti dia akan melihat figura seorang lelaki yang sama. Dan sentiasa dengan pakaian putihnya itu. "What's your plan, Luke?" - Brandon "Waiting until she's notice me." - Qayyu...