⛔Warning!⛔
Germany language alert!"Heesa... Siap dah packing?" Soal Permaisuri Qarina.
Esok pagi, mereka akan bertolak ke German. Nak bercuti sempena hari lahir Quinn selama 1 minggu. Sambil itu, saja mahu melawat tempat belajar Quinn di sana. Technical University of Munich (TUM). Sekarang, Quinn masih lagi di dalam cuti sem yang bertempoh 3 bulan.
"Dah!" Quinn serta bangun dari silanya lalu duduk di hujung birai katil pula.
"Dah, suruh Malik masukkan dalam bonet kereta" Malik itu ialah bodyguard mereka. Namun tiba tiba, ada tangan lebih dahulu mengangkat beg bagasi berwarna ungu cair milik Quinn.
"Tak apa, biar Awish tolong angkatkan." Qawish senyum segaris sebelum ia melangkah menuruni anak tangga untuk menuju ke arah bonet kereta. Entah kenapa, Qawish sekarang baik gila! Masa Birthday Quinn semalam, dia bagi Ipad pro engkau! Dia suruh tukar dengan Ipad mini purple lama Quinn tu. Dah lapuk. Kata Qawish lah... Eh tak tak. Qawish sentiasa baik! Tapi kalini extra sikit... Hehe!
"Dah, tidur Haura... Dah pukul 2 pagi ni. Esok nak bangun pukul 5 pagi lagi. Nanti penat"
Quinn hanya menganggukkan kepalanya. Permaisuri Qarina terus keluar dari bilik Quinn. Selepas sahaja Quinn membersihkan sedikit biliknya yang sedikit berselerak tadi, dia hanya membuka aplikasi whatsapp sekejap sebelum tangannya mencapai tuala. Nak mandi! Melekit habis dah badan ni. Padahal aircond sejuk kalah kutub utara!
...
"fertig? (complete?) " Soal Qayish sambil tangan menutup bonet kereta. Dia dan Qawish juga dulu adalah bekas pelajar TUM. Dimana tempat Quinn belajar sekarang, jadi dia serba sedikit faham akan bahasa German itu.
"Eh, sabar sikit. Tak sampai Germ lagi. Tak payah nak berfertig fertig sangatlah!" Quinn memeluk tubuh.
"Eh lek lah. Aku tanya ni. Jawab lah!" Qayish menjeling Quinn yang sedang duduk di tepi pintu penumpang keretanya. Mummy naik dengan daddy, Qaireen naik dengan Qasrina. Terpaksalah dia bawa si bebal Qawish tu sekali. Awalnya, dia hanya mahu membawa Quinn sahaja. Tapi mamat tu pula menyebuk. Perosak permandangan sungguh!
"Hmm. es fuhlt sich vollstandig an... (Hmm. I think, its already complete)"
"So lass uns gehen! (So lets go!)" Ajak Qawish. Dia hanya mendengar tadi. Malas mahu berbicara bahasa asing. Takut jadi makhluk asing...
Hahaha joke... Tak lawak eh? Sokey, ik...
"Qayish. Bawak kereta elok elok. 1 ke 2 jam jugak nak sampai airport ni" Pesan Raja Harz sambil menepuk bahu Qayish beberapa kali dari tepi. Dia hanya mengangguk.
"Dah, anak beruk beruk sekalian. Masuk. Takkanlah nak aku bukakan pintu juga?" Soal Qayish apabila lihat kedua dua adiknya masih berdiri di tepi pintu.
"Boleh juga..." Quinn mengangguk kan kepala. Orang offer, jangan di tolak. Haha!
Qayish mengeluh kecil. "Nasib baik kau adik." Dia berjalan ke arah pintu penumpang bahagian depan. "Masuklah tuan puteri Quinn"
"Hehe..." Quinn tersengih sebelum dia melabuhkan punggung ke kerusi kereta BMW M5 milik Qayish.
Belum sempat untuk Qayish memasuki ke tempat pemandu kereta, "Eh, Heesa je ke? Nak jugak orang bukakan pintuu" Qawish mencebik.
"Kau masuk sebelum aku tinggal kau. Satu!" Dengar sahaja pengiraan Qayish sudah bermula, tergopoh gapah Si Qawish membuka pintu. PINTU TERKUNCI!
YOU ARE READING
NUR SEINS
RomanceBagaikan jejaka itu mengetahui keberadaannya. Dimana Seorang Quinn berada, pasti dia akan melihat figura seorang lelaki yang sama. Dan sentiasa dengan pakaian putihnya itu. "What's your plan, Luke?" - Brandon "Waiting until she's notice me." - Qayyu...