KINI, dia bersama isteri tercintanya sedang duduk diatas sofa didalam bilik tidur mereka. Menikmati cerita yang dipilih sendiri oleh wanita itu.
Raja Harz memeluk pinggang si isteri. Kepala pula dilentokkan diatas bahunya.
"Sayang."
"Hm?" Permaisuri Qarina masih tekun memandang televisyen dihadapan mata.
"Layanlah abang ni..." Entah mengapa, dia rasa terlebih manja se dua menjak ini.
Saat ditempat kerja, pasti setiap saat dia akan teringat akan wanita ini. Cintanya untuk si dia sudah terlampau dalam. Bahkan lebih dari selautan samudera.
"Ish, saya nak tengok K-drama ni. Janganlah kacau." Permaisuri Qarina hanya merangkul lengan Raja Harz sahaja. Namun mata, masih tertancap pada permukaan televisyen.
Baru Raja Harz ingin sambung bermanja-manja dengan isteri sahnya, telefonnya berdering lantang.
Dia berdecit. Salah timinglah!
Raja Harz menghiraukan deringan tersebut. Masih memeluk erat pinggang Permaisuri Qarina.
"Abang, orang call tu."
"Biarlah siapa yang call tu. Isteri abang lagi penting."
"Harz Muttaqeen."
Pantas, Raja Harz bangun dan mencapai telefonnya. Tangannya terketar-ketar.
Melihat adegan itu, Permaisuri Qarina menyimpan tawanya. Lucu sungguh!
"Qawish?" Dahinya berkerut seribu. Namun masih menjawab panggilan itu.
"Assala—"
"Daddy, jaga kawasan rumah." Pesan Qawish.
Makin berkerut dahi Raja Harz. Apa pula ni?
"Hah?"
"Dekat luar ada Luke. Our case man." Sampuk Qayish. Suara mereka agak tidak jelas kerana angin yang agak kencang memandangkan mereka berada diatas motor sekarang.
"Dia buat apa dekat sini? Serah diri ke?"
"He want Hessa."
Pap,
Panggilan ditutup. Pantang sekali dia dengan orang yang bermain dengan kelemahannya. Kelemahannya, ada empat.
Permaisuri Qarina, Qasrina, Qaireen dan semestinya anak bungsunya Quinn Haura Mahessa. Yang sentiasa menjadi pujaan segala jejaka disini. Iaitu dunia Jerman.
"Sayang."
"Ya?"
"Pergi masuk bilik Haura. Jaga dia dan jangan bagi dia keluar bilik selagi abang tak benarkan."
Permaisuri Qarina terdiam melihat wajah suaminya. Mahu menyoal, namun hatinya tiba tiba bertukar kepada rasa gerun. Akhirnya, dia akur.
Pantas, dia mematikan televisyen dan berlalu kedalam bilik Quinn.
Sebenarnya, Raja Harz sedikit terpaksa menggunakan nada tegas tadi. Kalau tidak, memang tidaklah wanita itu ingin mendengar katanya. Kini, dia berasa sedikit serba salah.
Walau begitu, pistol glock dicapai. Bagi keluarga mereka, pistol adalah barang yang wajib ada dialam rumah itu disebabkan jawatan mereka yang tinggi, jadi pastilah ada sahaja manusia yang beriri hati.
Dia berjalan ketingkat bawah. Sambil tangan diayunkan berkali-kali.
Sekali-sekala, dia cuba untuk menyedapkan hati sendiri.
YOU ARE READING
NUR SEINS
RomanceBagaikan jejaka itu mengetahui keberadaannya. Dimana Seorang Quinn berada, pasti dia akan melihat figura seorang lelaki yang sama. Dan sentiasa dengan pakaian putihnya itu. "What's your plan, Luke?" - Brandon "Waiting until she's notice me." - Qayyu...