QISTINA AMANDA : 3

3 0 0
                                    

Aku memandang jejaka di depanku ini, satu tengah layan telefon lagi satu tunduk senyap sahaja.

"Korang ni dah kenapa, dah tak de mulut nak cakap? " sindirku sambil menghirup air sirap bandung.

Amir mengangkat muka dan mata kami bertembung aku tersenyum kecil. "Ada pun muka ingat dah kena gosok dekat papan dah, " ujarku bersahaja.

"Kenapa nak jumpa kitaorang? " tanya Amir.

"Aku perlukan pertolongan korang berdua, " ujarku serius.

Terangkat kening Amir dan Hakimie.
"Perlukan pertolongan dari kami? " serentak jejaka berdua itu bercakap. Aku hanya menganguk.

"Aku tahu, kau berdua ni pemburu. Jadi aku-"

"Cop, cop, cop. Macam mana kau tahu? " tanya Hakimie selepas lama mendiamkan diri.

"Dah lupa aku siapa? Kau tahukan aku handal dalam bab mencari maklumat, " ujarku.

Hakimie menganguk. "Jadi kau nak kitaorang tolong apa? " tanya Amir.

"𝐻𝑒 𝑐𝑎𝑚𝑒 𝑏𝑎𝑐𝑘, " ujarku ringkas.

Lama Amir dan Hakimie mencerna ayat Qistina itu dan terus membulat mata.

"𝑅𝑒𝑎𝑙𝑙𝑦? Macam mana kau tahu, " tanya Hakimie.

"Dia ekori aku semalam,"

"𝑊ℎ𝑎𝑡, kau okey tak? " tanya Amir.

"Kalau aku dekat depan korang ni bermaksud okeylah kan" ujarku perli.

Dua jejaka itu terus diam. Aku mengeluh sedikit.

"Aku nak korang berdua tolong cari orang-orang untuk lindungi keluarga aku nanti aku bayar, dan aku nak Amir dan Hakimie mencari maklumat pasal dia tapi lebih teliti dan kemas, " ujarku dingin
"Tapi aku rasa korang dah semakin maju sebab korang dah matang, kan? " tanyaku.

Amir dan Hakimie hanya tersenyum tipis apabila mengingati kisah mereka dulu yang bergaduh je memanjang.

"Pasal duit tu semua jangan risau aku uruskan tapi 𝑝𝑙𝑒𝑎𝑠𝑒, kalau aku dah bagi kepercayaan dekat korang jangan kecewakan aku faham, " ujarku

Mereka menganguk. Hakimie terlebih dahulu meminta keluar sekejap untuk mengambil udara hanya tinggal aku dan Amir.

"Kau yakin ke apa yang kau buat ni? " tanya Amir. Aku mengangkat muka.

"Maksud kau? "

"Kau tahukan diorang licik,"

Aku menganguk. "Memang diorang licik tapi diorang tak kenal aku siapa Mir, tapi kau tahukan aku macam mana? " tanyaku semula.

"Tapi kau perempuan Qis, bahaya, "

"𝐼𝑠 𝑖𝑡 𝑟𝑒𝑎𝑙𝑙𝑦 𝑤𝑟𝑜𝑛𝑔 𝑖𝑓 𝐼 𝑝𝑟𝑜𝑡𝑒𝑐𝑡 𝑚𝑦 𝑜𝑤𝑛 𝑓𝑎𝑚𝑖𝑙𝑦?" tanyaku kepada dia.

"Tapi kau takde 𝑏𝑜𝑑𝑦𝑔𝑢𝑎𝑟𝑑 Qis, "

"Aku tak perlukan 𝑏𝑜𝑑𝑦𝑔𝑢𝑎𝑟𝑑, aku pandai jaga diri sendiri, " ujarku dingin dan terus bangun dari kerusi.

"Aku dah nak pergi, nanti kita jumpa lagi assalammualaikum, " pamitku.

"Waalaikummusalam, " jawab Amir.

_________________________________________

AMIR AL-FARIS
----

"Kau tak rasa ke apa yang Qis buat tu boleh bahayakan diri dia? " tanya Hakimie.

Aku mengeleng. "Takkan, sebab kita dah kenal lama dengan  Qis tu Kimie. Dia akan berbuat sesuatu dengan merancang baik-baik, " jawabku.

"Kau tahu macam mana dia rancangkan penangkapan anak GH tu kan, tiada siapa tahu kemana hilangnya tup tup dan berita yang dia dah masuk penjara seumur hidup, " ujar Amir tapi dalam masa yang sama bangga dengan sikap Qistina Amanda.

"Tapi tu dulu Mir, sekarang ni aku tengok GH tu makin licik, "

"Kita cuba Kimie, aku pasti kita boleh, " ujar Amir dengan menepuk bahu sepupunya itu.

_________________________________________

TO BE CONTINUE...

CINTA YANG SUKAR(OG) : LuerestaWhere stories live. Discover now