Rambut yang basah itu aku mengulungkannya dengan tuala dan aku mengambil telefon bimbitku dan berlalu ke balkoni tertutupku.
Aku Qistina Amanda binti Tan Sri Qashir, hanya mendengar nama Tan Sri Qashir di bintiku mesti semua akan mengenaliku kerana ayah aku pengusaha syarikat di Amerika Selatan. Ramai yang mengenali ayahku dan itu sangat aku rimas kerana dalam bidang perniagaan ini pasti akan ada orang yang dengki dengan keluarga aku.
Ayah aku pernah berkata. "Biarlah mereka membenci kita janganlah kita yang membenci mereka, sesungguhnya membenci itu ialah hasutan syaitan, " nasihat ayah aku itu selalu berlegar-legar di fikiranku.
Ayah aku terlalu baik, aku takut kalau ada sesuatu terjadi dalam keluarga aku. Aku tak mampu untuk merasa lagi, cukuplah aku hilang kakak kembarku yang mati dibunuh disebabkan musuh ayah aku.
Keluarga aku memang seorang yang kuat agama lagi-lagi ayah aku. Dia selalu menjadi imam di masjid dan selalu bersedekah. Aku gembira dan bertuah lahir di keluarga ini.
Walaupun orang tengok aku pakai tudung labuh dan selalu menyendiri tapi aku selalu bersiap sedia apa yang akan berlaku. Aku ada sahabat dialah yang selalu dengan aku waktu susah dan senang.
Shafiyyah Asyika binti Mulhid, dia sahabat aku yang aku anggap sebagai keluarga aku. Aku dan dia bagai langit dan bumi sebab Yika ni seorang yang lemah lembut sedangkan aku, kasar walaupun aku berpakaian bertutup tetapi aku reti silat, taekwondo dan bermain dengan alat yang bersenjata. Aku buat benda ada sebab.
_________________________
"Qistina... Umi panggil tak dengar ke? " ujar umiku sambil memulas telingaku manja. Aku hanya ketawa kecil.
"Qis sibuk dengan 𝑎𝑠𝑠𝑖𝑔𝑛𝑚𝑒𝑛𝑡 tadi umi lagipun Qis pakai 𝑒𝑎𝑟𝑝ℎ𝑜𝑛𝑒, " jawabku sambil duduk di kerusi bar itu.
"Umi, mana ayah? " tanyaku sambil memanjangkan lahir mencari kelibat cinta ketiganya selepas umi dan DIA.
"Ayah kamu tu biasalah tak reti duduk diam selalu sangat keluar risau umi dibuatnya" balas umi sambil menolong Nek Tok menghidang makanan.
Aku hanya memerhati sambil memegang hari jemari."Anak umi ni ada keluar nak pergi mana-mana ke?" Tanya umi selepas duduk di sebelahku. Aku memandang umi.
"Rasanya ada kut, nak beli barang untuk projek yang 𝑙𝑒𝑐𝑡𝑢𝑟𝑒 suruh buat tu" ujarku dengan meletakkan bihun goreng dipinggan. Umi menganguk.
Hanya bunyi garfu yang memecahkan suasana bisu ini.
"Kalau Qasrinda ada mesti tak sunyi macam ni kan? " gumam umiku. Aku mendengar dan membuat hatiku pilu dalam kerinduan. Aku rindu kakak kembarku.
"Umi, reda atas permegian kakak Qas okey, " ujarku dengan memeluk bahu umiku untuk memberi kekuatan. "Kita sama-sama hilang arwah umi, tapi umi tak boleh macam ni" sambungku lagi. Bagaikan terasa ada genjutan dari tubuhku aku memandang tepi muka umi. Benar telatahku umiku menangis. Sakit melihat orang yang tersayang menangis di depan mata.
"Umi... 𝑆ℎℎ 𝑑𝑜𝑛'𝑡 𝑐𝑟𝑦 𝑖'𝑚 ℎ𝑒𝑟𝑒 umi" ujarku sambil mengetatkan pelukan itu.
_________________________
"Qis kau okey tak ni? " ujar Yika sambil memegang tanganku. Aku tersenyum pahit.
"Yika, aku sakit bila tengok umi aku nangis rindukan arwah akak Qas, sakit Yika. Benda tu buat aku rasa tak guna bila tak dapat jaga ahli keluarga aku Yika" ujarku dengan mengelap air mata yang hampir terkeluar. Aku tak suka air itu keluar dari mataku seolah-olah membuat aku ini lemah aku tidak suka.
"Qis kau tak boleh macam ni, kau tahukan kau satu-satunya anak diorang yang ada sekarang ni. Kalau kau berputus asa macam ni siapa nak tenggokkan diorang Qis, " kata semangat itu terkeluar dari mulut Yika. Aku memandang Yika dengan penuh sayu.
Aku boleh buat semua ni tapi aku tak kuat, aku hanya perempuan yang biasa dan lemah tapi aku cuba kuatkan diri untuk terima dugaan ini daripada DIA.
"Kau jangan cepat berputus asa Qis, aku pasti ada hikmah semua ni nanti, " ujar Yika dengan memberi kata semangat lagi.
"Tapi aku takut... "
"Takut kalau ada orang apa-apakan keluarga kau? " tanya Yika tanpa memberi Qistina melanjutkan percakapan itu.
Aku tertunduk sayu.
"Qis kau dah cuba yang terbaik Qis, aku yang ada dengan kau waktu mula-mula lagi. Aku cukup kenal kau siapa Qis. Tapi kalau itu dah ditakdirkan buat apa untuk kita menghalang Qis? Kita hanyalah hamba yang lemah Qis, " kata-kata semangat Yika itu membuatkan tanggisan yang aku tahan menderas keluar. Aku memeluk Yika dengan kuat.
"Terima kasih sangat sebab selalu ada dengan aku Yika, aku takkan dapat balas budi kau, " ujarku
Yika tersenyum. "Dah jangan nangis, itu je yang aku boleh buat sebagai sahabat kau, tapi aku janji akan tolong kau sentiasa dan ada selalu dengan kau, " balas Yika dengan memegang tangan kawannya itu erat.
_________________________________________
TO BE CONTINUE...
YOU ARE READING
CINTA YANG SUKAR(OG) : Lueresta
Genç KurguHanyalah seorang perempuan yang memakai tudung labuh tetapi ada misi yang tersendiri. "Aku takkan sesekali biarkan orang lain menyentuh keluarga aku, " -Qistina Amanda Dalam sedang kau jalan misi untuk lindungi keluarga kau, datanglah 𝑏𝑜𝑑𝑦𝑔𝑢�...