QISTINA AMANDA : 5

5 0 0
                                    

"Dah habis tengok binatang?" Sindir Hakimie kepada dua manusia yang baru masuk dengan muka yang bersahaja.

Pap!

Satu tamparan bantal kecil hinggap di muka Hakimie. Amir dan Yika tergamam.

"Kalau kau tak nak diam, aku bawa kau jumpa 𝐴𝑛𝑔𝑒𝑙 nak?" Ugutku.

Tergeleng-geleng kepala Hakimie sambil menggosok hidungnya.

"Kau ni Qis, sakitlah dia. Yang kau baling tu bukan bantal empuk tau, " pesan Yika. Aku hanya mengendahkan ayat itu berlalu sahaja.

"Okeylah aku dan Yika dah nak kena pergi, siapa yang makan dia yang kena kemas faham, " ujarku sambil peluk tubuh menghadap Hakimie. Hakimie hanya menjeling protes yang dia sedang merajuk apa yang Qis sudah buat dekat dia tadi.

"Habis bengkok hidung mancung aku ni, " gumam Hakimie.

"Lebih baik hidung yang senget bukan perangai yang senget, " ujarku dan terus melangkah pergi.

Hakimie tersedak. "Kau panggil aku gay ke Qistina Amanda!" jerit Hakimie.

_________________________

Aku menurun tangga dan terus hendak ke ruang tamu. Terhenti langkah bila melihat ayah sedang terlena dengan siaran television yang terbuka. Aku tersenyum.

"Ayah, yah oh yah bangun yah tidur dalam bilik, " ujarku. Ayah aku hanya mamai sehingga aku yang meminpin ayah ke bilik keluar. Melihat umi yang sedang membaca al-quran terus meletakkan ayah di katil.

"Tadi Qis jumpa ayah dekat bawah tu yang Qis bawa sini, umi jaga tau. Tengok ayah macam tak sihat je, " ujarku sambil mencium dahi ayahnya.

Umi menganguk. Aku melangkah keluar dan berlalu ke bilik aku sendiri. Aku menghampiti almari yang terletak di tepi meja kerja aku.

"Gambar lama, " gumamku dan mengambil salah satu gambar itu. Aku bersama kakak kembarku.

Rindu. Memang rindu tapi nak buat macam mana kalau orang itu sudah bahagia di atas.

"Qas,aku dah jumpa siapa yang bunuh kau dan sekarang dia dekat penjara tapi. Tapi ada yang tak puas hati dengan kita Qas, aku tak kuat untuk tanggung semua ni Qas, " ujarku sambil memeluk gambar itu.

ᴅɪɴɢ!

Air mata yang mahu menitis aku mengesatnya dan menoleh ke arah telefonku.

'Amir? Kenapa dia mesej aku' getusku.

ᴀᴋᴜ ᴅᴀʜ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴍᴀᴋʟᴜᴍᴀᴛ ᴛᴇɴᴛᴀɴɢ ɢʜ, ᴀᴋᴜ ɴᴀᴋ ᴋɪᴛᴀ sᴇᴍᴜᴀ ʙᴇʀᴋᴜᴍᴘᴜʟ ᴅɪ ᴍᴀʀᴋᴀs ᴀᴋᴜ ɴᴏᴡ, -

Aku tersenyum tipis,

ᴄᴇᴘᴀᴛ, ɴᴀɴᴛɪ ᴀᴋᴜ ᴅᴀᴛᴀɴɢ, -

Aku segera bangun dan meletakkan gambar itu ditempat asal semula. Aku mendekati almari pakaianku dan memakai abaya berwarna hitam dan tudung shawl jersey. Aku mengambil bag tangan aku dan segera keluar dengan senyap.

"Rasa nak naik motor pula.. "  gumamku tetapi diendahkan dan pantas memasuki kereta 𝑀𝑖𝑛𝑖 𝐶𝑜𝑜𝑝𝑒𝑟 berwarna hitam dan terus menekan minyak.

"Gila apa nak naik 𝑚𝑜𝑡𝑜𝑟𝑏𝑖𝑘𝑒 pakai abaya macam ni, " gumamku memarahi diri sendiri.

_________________________________________

TO BE CONTINUE...

CINTA YANG SUKAR(OG) : LuerestaWhere stories live. Discover now