QISTINA AMANDA : 6

8 0 0
                                    

Aku memparkingkan keretaku di depan kedai dobi dan melolos masuk ke dalam dobi. Aku pergi ke pintu dan masuk ke dalam bilik itu. Gelap, hanya berterangkan lampu kecil berwarna putih.

Aku melangkah ke depan hingga nampak akan kelibat tiga manusia yang aku kenali.

"Aku dah sampai, " ujarku dengan duduk disebelah Yika.

Amir yang berborak dengan Hakimie terus memandang aku. "Aduh kau ni Qis kacau daun ah, aku baru nak gosip 𝑠𝑜𝑚𝑒𝑡ℎ𝑖𝑛𝑔 dekat Amir, " ujar Hakimie. Aku hanya membiarkan kata-kata itu berlalu sahaja. Aku memandang Amir dan memberi isyarat mata.

"Okey, ni buku yang aku dah catat semua maklumat yang aku dapat. GH ni bukan sahaja licik tapi pandai juga dalam menyamar, " terang Amir. Aku hanya mendengar setiap satu perkataan supaya tidak terlepas.

"Dan aku harap kau Qis, jangan cepat percaya orang, " pesan Amir kepada aku.

"𝑌𝑜𝑢 𝑠𝑒𝑒 𝑚𝑦 𝑓𝑎𝑐𝑒, 𝐼 𝑡𝑟𝑢𝑠𝑡 𝑝𝑒𝑜𝑝𝑙𝑒 𝑣𝑒𝑟𝑦 𝑞𝑢𝑖𝑐𝑘𝑙𝑦, 𝑟𝑖𝑔ℎ𝑡? " balasku sambil mengangkat kening. Amir hanya tersenyum tipis.

"Aku mampu dapatkan yang ini sahaja, tapi ini sudah banyak yang cuba dapatkan. Rupanya tak licik mana pun dia tu," ujar Amir dalam suara mengejek.

"Bagi aku buku tu, " arahku.

Amir memberikan aku buku itu dan terus aku membuka dan membaca satu persatu.

"Cucu kepada Dato' Anjil Sarjan? " tanyaku dan memandang Amir.

Amir menganguk.

"Tapi bukan dia dah mati ke? " tanya Yika disebelahku.

"Dia memang dah mati tapi keturunan dia masih ada, " balas Hakimie. Yaki menganguk.

"𝑊ℎ𝑒𝑟𝑒 𝑖𝑠 ℎ𝑖𝑠 𝑛𝑎𝑚𝑒 𝑎𝑛𝑑 ℎ𝑖𝑠 𝑎𝑔𝑒? " tanyaku tetapi mata memandang buku catatan itu.

"Itu saja yang aku tak boleh dapat sebab tu aku pesan dekat kau berhati-hati, " jawab Amir.

Benar kata hatiku. "Aku selalu berhati-hati apa yang aku buat. 𝑇ℎ𝑎𝑛𝑘 𝑦𝑜𝑢 sebab tolong aku, tapi sekarang aku nak korang jadi bodyguard keluarga aku boleh? "

Amir dan Hakimie hanya memandang kosong ke arah Qistina.

"Tapi kalau umi dan ayah aku cakap kenapa korang ada dalam rumah aku cakap je yang aku suruh datang, korang jadi 𝑏𝑜𝑑𝑦𝑔𝑢𝑎𝑟𝑑 𝑝𝑟𝑖𝑣𝑎𝑡𝑒 boleh? " ujarku lagi sekali.

"Hm... Tapi aku dah upah orang-orang untuk awasi rumah kau, "

"Itu tidak mencukupi Amir, aku perlukan korang berdua untuk jaga umi dan ayah aku. Aku percayakan korang bertiga je sekarang ni, " ujarku.

Amir dan Hakimie menganguk serentak tanda setuju.

"Kalau begitu aku pergi dulu, takut nanti umi cari aku. 𝑇ℎ𝑎𝑛𝑘𝑠 sekali lagi Amir dan Hakimie, " ujarku dan terus berlalu meninggalkan kedai dobi itu.

_______________________

Aku menjeling di cermin pandang belakang.
"Kau memang nak kena jantan, " ujarku dingin dan terus menekan minyak dengan habis dan menyorok disebalik pokok.

Setelah kereta itu berlalu, aku keluar daripada tempat penyembunyianku dan memakai jalan lain untuk balik ke rumah.

"Kau dah mula tunjuk belang GH, kau ekori aku pada waktu malam begini? " gumamku sambil menarik nafas baharu dan tenangkan 𝑎𝑛𝑥𝑖𝑒𝑡𝑦 aku yang mula datang.

"Assalammualaikum, " ujarku dan terus menutup pintu.

"Kamu pergi mana Qistina Amanda, " ujar umi dibelakangku.

Aku memusing sambil membuat muka yang tak bersalah. "Err... Jalan-jalan, " jawabku.

"Jalan-jalan waktu begini? Kamu rasa logik ke, kalau keluar waktu dua, tiga pagi macam ni, " marah umiku. Aku hanya menunduk.

"Kamu tu perempuan Qis bahaya, umi takut kalau ada apa-apa jadi dekat kamu nanti. Umi hanya tinggal kamu Qistina Amanda, 𝑝𝑙𝑒𝑎𝑠𝑒 jangan buat macam ni lagi, " ujar umiku.

Aku melangkah ke depan dan memeluk umiku.
"Maafkan Qis umi, tapi Qis tahu jaga diri sendiri. Umi tak perlulah risau, " ujarku dan mengangkat wajah umiku.

"Umi, Qis nak naik atas boleh? Qis penat, " ujarku. Umi menganguk.

Dan aku terus berlalu pergi ke dalam bilik.

_________________________________________

TO BE CONTINUE...

CINTA YANG SUKAR(OG) : LuerestaWhere stories live. Discover now