"Lelaki tu siapa?" tanya Yika yang memandu dengan cermat. Aku menoleh.
"Dah agak kau akan tanya soalan itu, " jawabku dan terus merenung pemandangan ciptaan-NYA.
"Qis, Aku cakap betul-betul ni. Siapa dia? " tanya Yika lagi dan lagi. Dia takkan berhenti bertanya selagi tidak dapat jawapan.
"Cuba kau teka, " aku menyuruh Yika berteka teki. Yika tersenyum.
"Bodyguard kau, " teka Yika dengan senyuman yang 𝑐𝑜𝑛𝑓𝑖𝑑𝑒𝑛𝑡.
"Yey! Anda menang. Mahu hadiah apa? " gurauku.
Yika menjeling manja ke arahku, aku tergelak kecil.
"Ayah kau ambil bodyguard lagi? " kali ni suara Yika makin serius dan aku menganguk perlahan.
"Yika, aku rimaslah dengan bodyguard semua ni. Aku boleh jaga diri sendiri tapi... Haih, " mengeluh aku dibuatnya.
Yika memandang ke arahku dan memegang erat tanganku. Aku memandang Yika.
"Tak baik mengeluh, " pesan Yika. Aku tersenyum.
"Dah... Tak mo sedih-sedih nanti lepas kita dah sampai terus ambil wuduk dan baca al-quran okey, lagipun aku dengar ada ceramah tapi ustaz baru tak sabarnya! Mesti hensem, " ujar Yika dengan terujanya.
Aku menjulingkan mata. "Kau ni, ingat nak bagi kata semangat 𝑙𝑎𝑠𝑡-𝑙𝑎𝑠𝑡 pergi puji ustaz yang kau belum kenal, " ujarku dalam nada merajuk.
Yika tergelak. "Mana tau tu jodoh kau kan, " gurau Yika. Aku membuat muka loya.
'Apalah yang 𝑏𝑒𝑠𝑡 sangat dengan cinta ni? Hanya cinta bodoh je' getusku tanpa sedar.
__________________________
ᴀʟʟᴀʜᴜ ᴀᴋʙᴀʀ! ᴀʟʟᴀʜᴜ ᴀᴋʙᴀʀ!
Suara azan sudah mula kedengaran, Aku dan Yika bersiap sedia untuk mencari tempat. Aku berada di saf paling depan dan Yika disebelahku.
"Jarang kau nak ambil saf depan Yika, " perliku.
"Shhh... Dah solat, " balas Yika. Aku cuma tersenyum.
Selepas sahaja solat isyak berjemaah selesai aku mula mengambil tempat duduk untuk mendengar ceramah. Aku mengeluarkan buku nota dan pen hitamku untuk catat perkara-perkara yang penting ataupun benda baru yang aku baru belajar.
"Qis, tulah ustaz baru tu. Hensemnya, " ujar Yika sambil memukul belakangku. Aku bagi pandangan tajam untuk menyuruh dia berhenti melakukan perbuatan itu dan aku mengangkat muka.
Aku mengangkat kening dan menoleh ke arah Yika.
"𝑅𝑒𝑎𝑙𝑙𝑦 Shafiyyah Asyika. Dia pakai 𝑚𝑎𝑠𝑘 kut, kau boleh kata hensem? " ujarku tak percaya.Yika menoleh ke arahku. "Cuba kau lihat betul muka dia, kening dia yang terbentuk, mata yang berwarna coklat cerah dan mempunyai bulu mata yang melentik. Takkan kau masih menindakkan kekacakkan dia? " tanya Yika. Aku mencebik.
"Itu mata... Entah-entah gigi dia rongak, " ujarku selamba dan pantas peha Aku menjadi tempat sasaran Yika. "Yika... Sakit lah, " sambil mengosok-gosok pehaku.
"Padan muka, mulut tak bertapis betul, " balas Yika dan menoleh ke hadapan. Aku cuma tersenyum kecil.
_________________________________________
ASYRAF ARIEV IMAN
___Aku membetulkan songkokku dan mula melangkah ke tempat ceramah. Aku duduk bersilang kaki dan memandang seluruh manusia di dalam Masjid itu. Aku menarik nafas.
YOU ARE READING
CINTA YANG SUKAR(OG) : Lueresta
Teen FictionHanyalah seorang perempuan yang memakai tudung labuh tetapi ada misi yang tersendiri. "Aku takkan sesekali biarkan orang lain menyentuh keluarga aku, " -Qistina Amanda Dalam sedang kau jalan misi untuk lindungi keluarga kau, datanglah 𝑏𝑜𝑑𝑦𝑔𝑢�...