Aku mencelikkan mata apabila terdengar ketukan dari pintu bilikku. Aku memandang jam tidurku di sebelah.
9:30 ᴀᴍ
Mata aku membulat, '𝑤ℎ𝑎𝑡?! Ya allah aku dah lambat' getusku dan terus berlari mehala ke bilik air.
"Haih... Tulah kau Qis, lain kali tidur awal ni tak, " gumamku sambil membetulkan tudung di kepalaku.
Aku menuruni tangga pergi ke dapur dan duduk di kerusi bar itu. Aku memandang Kiri dan kanan kenapa sunyi sangat ni.
"Nek Tok... Mana umi dan ayah? " sambil menolong Nek Tok meletakkan pinggan.
"Datin Nazarila dan Tan Sri Qashir pergi keluar katanya, tapi dari pagi lagi Nek Tok tak nampak kelibat diorang, " terang Nek Tok.
Hati aku mula berdebar. "Diorang pergi bila Nek Tok?"
"Dalam pukul 7 pagi macam tu, " selepas sahaja aku mendengar jawapan Nek Tok cepat-cepat aku menghabiskan sarapanku dan menyalam Nek Tok.
"Nek Tok nanti jangan lupa kunci pintu tau, Qis dah nak pergi ni, " pesanku. Nek Tok hanya menganguk.
Aku berlalu keluar dan meloloskan masuk ke dalam kereta. "Nasib harini aku cuti sem, " gumamku.
Aku mengambil telefon dan menghubungi seseorang.
"Helo Amir, " ujarku.
"Ye helo, kau kenapa ni tercungap-cungap baru lepas kena kejar dengan kambing ke? " soalan mengarut dari Amir hanya berlalu begitu sahaja.
"Mana orang-orang kau? " tanya Aku.
Amir mengerut dahi. "Apa yang kau cakap ni mestilah tengah awasi umi dan ayah kau dekat rumah, "
"Umi dan ayah aku takde dekat rumah sekarang ni, orang-orang kau ada ikut tak umi dan ayah aku keluar? "
"Ha?! Eh kenapa diorang tak bagitau aku, " jerit Amir terkejut. Aku makin gelisah.
"Ya Allah, kau selamatkan kedua orang tuaku... " gumamku selepas menghentikan panggilan dari Amir. Hendak aku menekan minyak ada kelibat kereta yang aku kenali Umi! Ayah!
Aku terus keluar dari kereta dan menunggu diorang.
"Umi, ayah kenapa tak bagitau Qis yang ayah dan umi nak keluar? Buat Qis risau tau tak, " ujarku sedikit menahan marah. Tak sempat ayah aku mahu menjawab keluar sesosok lelaki tinggi yang serba serbi hitam dengan hoodienya dan memakai 𝑓𝑎𝑐𝑒 𝑚𝑎𝑠𝑘.
Aku tergamam. "Ayah bawa balik siapa ni, " tanyaku.
Ayah tersenyum dan terus menarik tanganku dan tangan umi masuk ke dalam rumah.
"Riev 𝑐𝑜𝑚𝑒 𝑖𝑛, " panggil ayahku.
_________________________________________
Aku memandang setiap inci tubuh lelaki itu. Aku tak pernah kenal dia kenapa tiba-tiba dia ada di sini.
"Qistina, apa tengok orang atas bawah macam tu, " tegur umiku. Aku hanya menayang senyuman kecil.
"Ayah dia ni siapa? Kenapa ayah bawa orang tak dikenali masuk rumah ni yah? " tanyaku.
Ayah pegang tanganku. "Ini ialah 𝑏𝑜𝑑𝑦𝑔𝑢𝑎𝑟𝑑 baru kamu, ayah rasa dia pandai dalam hal ni semua dan ayah rasa dia cekap pasal melindungi seseorang ni, " terang ayahku.
Membulat mataku dan melepaskan gengaman tanganku kepada ayah.
"Ayah, Qis tak perlukan 𝑏𝑜𝑑𝑦𝑔𝑢𝑎𝑟𝑑. Qis pandai jaga diri sendiri, " tolak aku mentah-mentah dengan menjeling lelaki itu yang hanya menunduk sejak tadi. 'Kenapa kena aku juga ada bodyguard? Aarrkkk rimas' getusku.
"Tapi ni untuk kebaikan kamu-"
"Tapi yah Qis pandai jaga diri sendiri, Qis tau apa yang Qis buat, " ujarku lagi.
"Ye ayah tahu Qis pandai jaga diri sendiri tapi ayah nak ada orang lindungi kamu masa ayah atau umi takde, " ujar ayah. Aku terdiam, tersepit rasa bersalah 'aaarrk aku benci perasaan ini' getusku.
________________________
"𝑠𝑡𝑜𝑝 𝑙𝑜𝑜𝑘𝑖𝑛𝑔 𝑎𝑡 𝑚𝑒 𝑤𝑖𝑡ℎ 𝑎 ℎ𝑎𝑟𝑎𝑠𝑠𝑖𝑛𝑔 𝑙𝑜𝑜𝑘, " ujar lelaki itu. Aku memandang muka dia.
"Kau siapa, " ujarku sambil berpeluk tubuh.
"Aku rasa ayah kau sendiri dah bagitau yang aku ni siapa dekat kau, " jawab lelaki itu.
Aku tersenyum sinis.
"Tiada hujan tiada ribut tiba-tiba kau ada dekat sini dengan memakai 𝑚𝑎𝑠𝑘 dan serba serbi hitam macam ni. Jadi 𝑏𝑜𝑑𝑦𝑔𝑢𝑎𝑟𝑑 untuk aku? Dalam mimpilah aku rasa patut kau minta berhenti jelah. Sebab... " ujarku sambil mendekati si lelaki itu."Sebab kau tak kenal aku ni siapa dan aku harap kau dapat berhenti kerja di sini dengan cepatlah ye, " sambil mengambil bag tangan dan hendak berlalu pergi tetapi dihalang oleh si dia.
"Kau nak pergi mana, "
"Patut ke kau tahu? " balasku dan terus berlalu.
"Qistina Amanda!" Aku berhenti. Aku memang tak boleh kalau orang luar menyebut nama panjang aku. Lagi-lagi dia.
"Kau siapa nak sebut nama panjang aku, " ujarku.
"Kenapa? Nama kau 𝑠𝑝𝑒𝑐𝑖𝑎𝑙 sangat ke, " balas lelaki itu.
"Soal 𝑠𝑝𝑒𝑐𝑖𝑎𝑙 tu takyahlah kau sebut tapi soal privasi aku sendiri, " dan berlalu pergi ke arah kereta milik Yika yang sudah sedia menungguku sejak tadi.
_________________________________________
TO BE CONTINUE...
YOU ARE READING
CINTA YANG SUKAR(OG) : Lueresta
Teen FictionHanyalah seorang perempuan yang memakai tudung labuh tetapi ada misi yang tersendiri. "Aku takkan sesekali biarkan orang lain menyentuh keluarga aku, " -Qistina Amanda Dalam sedang kau jalan misi untuk lindungi keluarga kau, datanglah 𝑏𝑜𝑑𝑦𝑔𝑢�...