P1 : HASRAT

517 11 0
                                    

Rumah Uncle Adnan kelihatan cukup sepi sekali.Tiada lagi kelibat Untie Esah menyapu dihalaman rumahnya pada pagi ini.Tiada lagi tempat untuk aku bermanja selepas Uncle Adnan dibawa pulang ke rumah Maimun di Nilai.Hari ini sudah memasuki hari ketiga,cukup cepat masa berlalu.

Aku menghidupkan enjin keretaku dan ketika ini aku menuju ke Dusun Sahabat.Sudah agak lama sebenarnya aku tidak datang ke sini,aku tidak pasti suasana dan keadaannya bagaimana, tetapi aku yakin semua baik-baik sahaja di bawah pengurusan Amir.Setibanya aku di halaman rumah rehat Dusun Sahabat,Amir seperti sedang memberikan arahan kepada pekerja pembersihan.Aku membiarkan dia selesai barulah aku keluar dari kereta.

"Wah pi.Lama cuti", katanya kepadaku sambil menghulurkan tangan.

"Hahaha.Kau macam mana? Okay tak?" Tanyaku kepada Amir.

"Okay je pi.Kau duk situ dulu.Japg aku bawak keluar fail untuk kau semak." Kata Amir kepadaku.

Aku melabuhkan punggungku di kerusi meja makan di ruang dewan terbuka. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup di sini,meskipun tengahari sudah pun tinggi tapi aku tidak merasakan bahangnya.Amir kembali ke arahku sambil membawa fail untuk semakanku.
"Kau semaklah dulu pi.Aku nak ke kolam jap,Pak Samad call ada orang nak buat payment ikan.Atau kau nak uruskan kat sana?", tanya Amir kepadaku.

"Takpe Mir.Kau uruskan je dulu.Aku nak semak benda ni", kataku sambil tersenyum ke arah Amir.

Aku menyemak segala rekod tempahan dan pembayaran yang Amir catatkan dalam fail ini.Aku faham benda ini bukanlah perkara yang mudah untuk Amir uruskan,apatah lagi dia sememangnya tiada pengalaman sebelum ini.Sejujurnya aku amat berpuas hati dengan mutu kerja Amir, kelemahan itu sudah pasti ada,tetapi sekurangnya dia sudah mencuba yang terbaik.Perlu aku ingatkan pada diriku sendiri juga bahawa Amir hanya menjadi "bidan terjun" untuk menguruskan tempat ini.

Setengah jam selepas itu Amir kembali menemuiku.Ada sesuatu yang berada di dalam begnya,tertunggu juga aku untuk melihat apa yang dia mahu tunjukkan kepadaku.
"Pi,ni semua sales kolam ikan.Aku tak tau nak masuk dalam akaun mana.Jadi aku tanya Pak Samad,dia kata better aku pegang dulu.Ni semua resit jualan. Kau kira la tally ke tak dalam resit dengan duit yang aku bagi ni", kata Amir.

"Uishh dah bape kali dah orang beli ni Mir? Tanyaku sambil melihat duit di dalam sampul yang Amir berikan kepadaku.

"Sejak kau bertugas jadi cikgulah.Aku pun tak ingat berapa kali.Tapi semua resit bayaran tu aku letak dalam sampul tu sekali.Nanti kau kira lah.Kalau short tolak je la gaji aku", jawab Amir.

"Aku taknak kira pun duit ni sebenarnya.Cuma aku nak tahu,kenapa kau tak lari je dari sini? Duit ni cukup untuk kau buat hidup baru kat luar", kataku kepada Amir.

"Aku dah belajar dari kisah lama pi.Aku takkan kembali pada dunia aku dulu. Kau banyak bantu aku pun aku dah rasa syukur", jawab Amir kepadaku.
Aku hanya merenung matanya ketika itu,aku tahu itu adalah jawapan jujur dari Amir.

"Kau jangan ambil hati pulak apa yang aku tanya tu.Aku tahu kau betul-betul nak berubah.Aku harap kau dapat lah terus macam ni.Sebagai kawan,senang hati aku tengok kau macam ni", kataku sambil menepuk bahunya.

"Takdelah pi.Aku okay je.Kebetulan kau datang ni pun aku ada benda nak bagitahu kau.Aku harap kau dapat terimalah", kata Amir kepadaku.

"Apa benda?", soalku ringkas.

"Aku ada dapat rumah sewa kat area sini.Rumah kampung je tapi tak mahallah RM300 je sebulan.Aku ingat aku nak pindah situ.Berulang lah sini ke sana tiap hari.Tak jauhpun,dalam 10 minit sampai la dari sini", kata Amir kepadaku.

PENEMPATAN 2016Where stories live. Discover now