P24 : MEETING

209 6 0
                                    

Sampai sahaja aku di Dusun Sahabat, terus Pak Samad dan Shauki menghampiri dan menyapaku.Lagipun aku memang sudah lama tidak datang ke sini.Kelibat Amir tiada di sini,
mungkin dia telah pulang rehat dirumahnya yang terletak tidak jauh dari sini.
"Camne bang?", tanya Shauki sebaik dia menghampiriku.

"Macam mana apa? Tempat ni macam mana masa aku tinggalkan? Okay ke tak? Sergahku kepada Shauki.Sengaja aku bergurau kasar dengannya.

"Sini okay je Wafi.Tiptop Shauki buat kerja.Kamu tu dengarnya dah lapor diri.Kamu bertugas kat mana?", celah Pak Samad.

"Hahaha.Rileks la Pak Samad.Saje je nak bergurau dengan budak hingus ni." Kataku yang merujuk kepada Shauki.
Shauki ketika itu tersenyum sipu sahaja.

"Kamu ni Wafi,Pak Samad tanya kamu tak jawab.Kamu kena bertugas di mana?", soal Pak Samad lagi sekali.Kali ni nada suaranya sedikit tinggi,mungkin kerana aku terlalu bergurau dengannya.

"Dekat Sekolah Menengah *****,kena jadi warden sekali.Tapi warden gantian lah.Seminggu sekali kena jadi warden tapi gilir-gilir", Terangku lagi.

"Dekat je.Tak sampai 30 minit pun dari sini.Syukurlah dapat dekat.Kalau jauh sedih kamu nanti." Kata Pak Samad sambil ketawa.
--------------------------------------------------------------
"Fazreen,kau tau tak next week ada warden baru masuk kat asrama?", Soal Mikael kepada kawannya itu.

"Warden baru? Siapa?", Balas Fazreen pula.

"Cikgu Amin cari kau tadi.Dah kau membuta dia bagitahu aku je.Dia suruh pesan kat kau untuk kumpul AJK Asrama Ahad pukul 5.Dengar cerita warden tu bekas student sini." Jelas Mikael kepada Fazreen.

Fazreen merupakan calon ketua asrama untuk tahun hadapan.Hampir 8 bulan dia berada di sini barulah kini hadir seorang warden untuk membantu Cikgu Amin di sini.Anak jati kelahiran Tampin itu merupakan seorang wakil atlet olahraga yang mewakili daerah ke peringkat negeri.Dia juga merupakan pelajar Ting 4 yang paling digilai oleh gadis di sekolah ini kerana ketampanannya. Tambahan pula dia mempunyai tubuh fizikal yang sangat baik.

Ketika ini,Fazreen diamanahkan oleh pihak pengurusan sekolah dan asrama untuk menyandang jawatan ketua asrama memandangkan Rizky daripada Ting 5 yang merupakan ketua asrama pada sesi tahun ini terlibat dalam SPM.Pihak sekolah mahu pelajar Ting 5 memberi tumpuan dan fokus untuk menghadapi peperiksaan besar itu.
Kerana itulah organisasi asrama yang bergerak sekarang ini terdiri daripada pelajar Ting 4.

Pada hari Ahad tepat pada masa yang dijanjikan,Wafi hadir ke pejabat warden untuk mengikuti meeting bersama AJK Asrama.Sewaktu Wafi tiba,Cikgu Amin dan AJK Asrama sudah sedia menantinya ketika itu.
"Jemput masuk Wafi dan duduk disebelah saya ni", kata Cikgu Amin.

"Selamat petang semua,cikgu nak perkenalkan ini ialah Cikgu Wafi.Dia akan mengajar subjek Sejarah untuk Tingkatan 3,selain tu Cikgu Wafi akan bertindak sebagai warden gantian bergilir tugas dengan saya mulai minggu hadapan.Cikgu Wafi,giliran kamu untuk perkenalkan diri." Ucap Cikgu Amin ketika itu.

"Selamat petang semua.Terima kasih pada Cikgu Amin atas pengenalan.
Nama saya Wafi,tak payah lah panggil cikgu,panggil abang je sebab umur baru 24 tahun.Akan bertugas sebagai guru dekat sini mulai esok.Selamat berkenalan pada semua dan moga kita dapat bekerjasama dengan baik", Ucap Wafi ringkas.

Selepas selesai sesi pengenalan bersama Jawatankuasa Asrama,sesi perbincangan mengenai asrama terus berjalan selepas itu.Cikgu Amin,Wafi dan AJK Asrama yang lain membincangkan tentang isu asrama terkini untuk diperhalusi dan diperbaiki sebelum menjelang pendaftaran penghuni pada tahun hadapan.Maklumlah sesi persekolahan kini telah hampir memasuki penggal keempat.

Cikgu Wafi diiringi Cikgu Amin dan AJK Asrama yang lain dibawa untuk berjumpa dengan semua penghuni asrama di situ yang sudah berkumpul. Dia kemudian menyampaikan pengenalan diri dan ucapan yang ringkas.

PENEMPATAN 2016Where stories live. Discover now