P3 : WHATSAPP GROUP

259 10 0
                                    

Ramai rakan seusia Wafi telah pun menamatkan pengajian masing-masing dalan peringkat diploma dan kini sedang menunggu majlis konvokesyen mereka.Sedang riuh di dalam group whatsapp ketika ini untuk mereka mengadakan reunion.Tetapi seperti biasa,Wafi langsung tidak membuka pesanan tersebut di Whatsapp.

"Hello.Hi.U kat mana tu?", tanya Aida sebaik sahaja Wafi menjawab panggilan dari kekasihnya itu.

"Hi.Ada kat tempat kerja? Nape?", tanya Wafi kembali.

"I tau u mmg busy,tambah pula dekat tempat U buat tu.But please Wafi,baca text kat whatsapp tu." Tegur Aida kepadanya.

"Eh,Aida ada whatsapp saya ke? Tak perasan nanti saya tengok", kata Wafi kembali.

"Not from me Wafi.From our betch.
Dorang nak buat reunion lagi sekali and sekarang u sorang je yang diam dalam tu", kata Aida kepada Wafi lagi.

"Ouh okay.Sekejap lagi Wafi tengok eh," janji pemuda berusia 24 tahun itu kepada kekasihnya.

Wafi membelek pesanan dalam Whatsapp Group Ex Student MRSM,ada beribu pesanan dalam group tersebut yang perlu dia baca dan teliti satu persatu.Masing-masing bertanyakan khabar di dalam group tersebut,dalam masa yang sama juga ada diantara mereka yang menghantar gambar wajah terkini mereka.

Akhirnya Wafi menemui juga topik perbincangan kawan-kawannya untuk mengadakan reunion pada hujung minggu depan di A Famosa Resort,salah satu tempat peranginan terbaik di negeri Melaka.Mereka bercadang untuk menyewa 2 unit rumah di situ yang terletak bersebelahan,mudahlah untuk mereka menjalankan aktiviti nanti. Dalam masa yang sama juga kutipan akan dibuat untuk menampung kos tersebut.

Fakhrul ketika itu baru sahaja sampai di rumah selepas menghantar ibunya ke KLIA kerana ibunya mempunyai urusan perniagaan di luar.Dia membuka whatsapp dan dia gembira apabila kawan baiknya dahulu,Wafi memberikan persetujuan untuk menyertai reunion mereka pada minggu hadapan.

Sebenarnya sudah lama juga Fakhrul tidak bersembang dengan Wafi,apatah lagi berjumpa dengannya.Ada juga dia ingin memulakan perbualan dengan Wafi di Whatsapp ataupun membuat panggilan,tapi dia berasa segan. Tambahan pula memang Wafi dari dulu dikenali sebagai seorang yang suka membuat hal sendiri.

Rul,kau pun ada ke masa reunion tu? - Wafi.

Fakhrul yang ketika itu sedang membaca perbualan rakan-rakannya dalam group Whatsapp tersebut terkejut apabila Wafi menghantar pesanan tersebut.Segera dia membalasnya.

Aku pergi Wafi,kau jangan takde pulak. Nak jumpa kau dah lah susah.Budak-budak semua bising pasal kau. - Fakhrul

Hahahaha asal pulak? Aku adalah nanti, dah confirm dah join. - Wafi

Dah kau senyap macam biskut.Sampai budak-budak pun tak tahu kau hidup lagi ke tak. - Fakhrul

Aku busy lah.Banyak benda nak kena buat.Okay Rul jumpa nanti masa reunion tu. - Wafi.

Fakhrul tersenyum sendirian ketika ini.
Lega hatinya apabila Wafi memberikan jaminan akan menyertai reunion pada minggu hadapan.Sudah lama sebenarnya dia tidak berjumpa dengan Wafi.Dia tidak pasti bagaimana dengan paras rupa Wafi sekarang.Apa yang penting padanya dia mahu menghabiskan masanya dengan Wafi ketika itu.

Sedang dia mengelamun seorang diri, handphonenya berbunyi dan dia menjawab panggilan tersebut,

"Wafi join tu,camne nak try tak plan kita?" - ZulFakar

"Gila kau nak buat benda tu masa ramai-ramai orang". - Fakhrul

"Aku ada idea.Kau jangan risau." - ZulFakar

"Apa idea kau?" - Fakhrul

"Kita ajak Wafi datang sehari awal. Kita bertiga je bagi alasan yang kita ada benda kena prepare masa tu". - Zulfakar

PENEMPATAN 2016Where stories live. Discover now