P2 : KELUARGA

308 10 0
                                    

"Aku taknak kira pun duit ni sebenarnya.Cuma aku nak tahu,kenapa kau tak lari je dari sini? Duit ni cukup untuk kau buat hidup baru kat luar", kataku kepada Amir.

"Aku dah belajar dari kisah lama pi.Aku takkan kembali pada dunia aku dulu. Kau banyak bantu aku pun aku dah rasa syukur", jawab Amir kepadaku.
Aku hanya merenung matanya ketika itu,aku tahu itu adalah jawapan jujur dari Amir.

"Kau jangan ambil hati pulak apa yang aku tanya tu.Aku tahu kau betul-betul nak berubah.Aku harap kau dapat lah terus macam ni.Sebagai kawan,senang hati aku tengok kau macam ni", kataku sambil menepuk bahunya.

"Takdelah pi.Aku okay je.Kebetulan kau datang ni pun aku ada benda nak bagitahu kau.Aku harap kau dapat terimalah", kata Amir kepadaku.

"Apa benda?", soalku ringkas.

"Aku ada dapat rumah sewa kat area sini.Rumah kampung je tapi tak mahallah RM300 je sebulan.Aku ingat aku nak pindah situ.Berulang lah sini ke sana tiap hari.Tak jauhpun,dalam 10 minit sampai la dari sini", kata Amir kepadaku.

Amir sedang mandi di dalam tandas ketika ini,sebentar tadi dia ada memaklumkan hasratnya kepadaku untuk berpindah keluar dari sini.Katanya dia sudah pun menemui sebuah rumah kampung yang boleh dijadikan tempat tinggalnya.Aku menolak cadangan awal Amir itu pada awalnya,tetapi selepas dia berkeras dengan keputusannya akhirnya aku mengalah.

Bukannya aku tidak tahu rumah mana yang bakal disewa Amir itu,berdekatan sahaja dengan Dusun Sahabat.Tapi apa yang membuatkan aku berasa bimbang adalah kerana kedudukan tempat ini yang terpencil dan jauh ke dalam.Aku bimbang sekiranya terjadi sesuatu yang tidak baik kepadanya.Di sini sekurangnya ada juga Pak Samad dan rakan-rakannya yang mengawasi keselamatan kami di sini.

Para pengunjung mula meninggalkan kawasan Dusun Sahabat dan pulang ke rumah masing-masing.Tambahan pula esok sekolah sudah pun bermula selamat habis cuti hujung minggu. Golongan pekerja pula akan kembali mencari rezeki untuk diri sendiri serta keluarga mereka.Sementara aku melayani pengunjung yang sedang memulangkan kunci bilik dan chalet, Amir pula sedang melakukan pemeriksaan pada bilik atau chalet pengunjung,bimbang jika ada barangan peribadi milik mereka tertinggal.
--------------------------------------------------------------
Amir sedang berada di ruang tamu menonton televisyen,manakala kawannya Wafi sudah berada di dalam bilik untuk tidur.Lama juga mereka berbual berdua di sini tadi.Perbualan mereka berdua berkisar pada perancangan masa hadapan mereka masing-masing selepas ini.

Cerita yang ditanyangkan di televisyen ketika ini adalah berkisar tentang keluarga.Secara tiba-tiba Amir merindui keluarganya yang sudah sekian lama dia tidak berjumpa.Sudah 5 tahun rasanya Amir tidak bertemu dengan kedua orang tua dan adik beradiknya yang lain.Nilai kemesraan keluarganya bersama dia dahulu telah pun berakhir lama.

Semuanya kerana video klip miliknya yang tersebar luas semasa dia berusia 16 tahun.Keluarganya cukup malu apabila mengetahui perkara itu,apatah lagi video itu merupakan video songsang bersama kaum sejenis. Keluarganya dicaci,dihina dan dikeji oleh sanak saudara dan masyarakat sekeliling.

Di sekolah pula,kawan-kawannya yang selama ini rapat dengannya mula menjauhkan diri.Ada juga yang mengambil kesempatan mengejek Amir.Akibatnya Amir cukup tertekan, prestasinya dalam akademik semakin teruk dan dia tidak dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.Selesai sahaja SPM,dia terus merantau,membawa diri ke Tanjung Malim dan bekerja di sana.

Bertahun tahun dia memulakan kehidupan yang baru,dia berasa tenang dan dapat melupakan kisah lalunya.
Tapi itu hanyalah sementara,Mubin dapat menemuinya kembali dan apa yang menyedihkan,sekali lagi dia menjadi hamba nafsu songsang bersama kawan misterinya itu.Amir terpaksa melayan mereka berdua dalam keadaan mabuk dan tidak sedar dalam dunia yang sudah lama dia tinggalkan.

PENEMPATAN 2016Where stories live. Discover now